Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 21, 2016

BAJET 2017: SEJAK BERKAWAN DENGAN LIM KIT SIANG, DR. MAHATHIR PUN JADI NYANYOK CAMPUR BANGANG!!!



Mahathir mengatakan pembayaran BRIM kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, bahasa, mahupun fahaman politik, seandainya merek alayak, merupakan satu rasuah dan DEDAK.

Mahathir juga kata, mulai 1 Januari 2016, Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu membayar gaji petugas-petugas awam lagi kerana kantung negara telah kering dikerjakan oleh Najib.

Tetapi dalam bajet yang baru dibentangkan tadi, Najib menaikkan kadar BRIM dari RM1,000 kepada RM1,200 mulai tahun hadapan. Tiada juga Najib menyatakan, kakitangan awam akan bertugas tanpa gaji mulai 1.1.2017. Sebaliknya beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk kakitangan awam termasuklah kemudahan pinjaman perumahan yang telah dinaikkan dari RM200,000 kepada RM750,000.

Walaupun diberikan pelbagai gambaran-gambaran separuh dewa, ternyata, selepas bersara dan terutama sekali selepas berkawan baik dengan DAP, Mahathir ternyata telah 'gagal matematik' walaupun sebelum ini telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dengan membuat pelbagai kira-kira keuntungan berangka mega untuk kroni dan anak bininya.

Atau boleh jadi juga, Mahathir sengaja membiarkan dia kelihatan bodoh walaupun sebenarnya dia genius bagi mengimbangi kebangangan abadi para penyokong Cap Bunga masih cuba menyelak-nyelak buku Matematik Darjah 6 mencari formula untuk mengira peratusan dan nisbah.

Atau tidak mustahil juga, Mahathir telah menggunakan khidmat MS Excel cetak rompak yang kerapkali digunakan oleh DAP sehingga untuk mengira undi CEC dan mendapatkan keputusannya, masih gagal sehingga ke hari ini walaupun sudah lebih dua tahun berlalu.

Atau sebenarnya, Mahathir sengaja menulis begitu semata-mata bagi membolehkan dia mengganyang Najib demi melunaskan dendamnya yang masih belum terbalas, sebaliknya Najib pula yang berjaya mengakal-akalnya si negarawan sasau itu.


Penasihat manakah yang telah menunjuk ajar kepada Mahathir bahawa RM20 bilion daripada RM267 bilion adalah 13%? Kira macam mana sekalipun, jumlah adalah 7.5%, iaitu sedikit tinggi daripada
6.2% bajet Mahathir pada tahun 2000, sedangkan pada masa yang sama Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib Abdul Razak mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding Jabatan Perdana Menteri sewaktu berada di bawah Mahathir.

Mahathir sendiri tahu, Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib menjadi 'bapa' kepada 51 divisyen yang telah berulang-ulang kali disebut.

Jabatan Perdana Menteri diuruskan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan. Kini, antara agensi yang berada di bawahnya dan tidak ada pada zaman Mahathir adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mempunyai bidang kuasa di wilayah 12 batu nautika, menguatkuasakan EEZ dan tidak diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan memandangkan ia bukanlah pasukan tentera.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Menteri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta. Istana Negara, Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), kesemuanya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tidak dilupakan juga adalah Pejabat Sekretariat untuk bekas Perdana Menteri yang digunakan oleh Mahathir sendiri, tidak wujud sehinggalah dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diwujudkan oleh pentadbiran selepasnya... juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tak tahulah, siapa sebenarnya yang mahu ditipu oleh Mahathir setelah dia berjaya menipu rakyat Malaysia, khasnya ahli-ahli UMNO selama lebih 30 tahun dengan pembodohan sebegini.

Atau sebenarnya, orang kiri dan kanannya yang sebenarnya mahu memperlihatkan Mahathir sebagai sudah nyanyuk dan bangang dengan artikel dalam blog CheDet yang tidak ditulis oleh Mahathir seperti dalam beberapa kes yang lepas?


MURSYIDUL AM PAS SAKITKAN HATI GUAN ENG-KIT SIANG DAN MAHATHIR BILA NYATAKAN, PAS TAKKAN BANTU JATUHKAN NAJIB!!!



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin semakin menambahkan kebencian pakatan yang diterajui oleh DAP dan Mahathir apabila sekali lagi mengulangi kenyataan yang sebelum itu dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan membantu menggulingkan Najib Abdul Razak.

PAS menurutnya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menggulingkan kerajaan Najib Abdul Razak.

Itu yang terkandung dalam ucapannya di Kota Bharu malam tadi. Sekaligus melebarkan lagi permusuhan antara DAP dengan PAS dan mengecewakan Dr. Mahathir serta Muhyiddin Yassin yang berharap, PAS akan menggerakkan ahli-ahlinya untuk demonstrasi BERSIH pada November nanti.

Menurut Hashim Jasin, sebuah parti yang baru ditubuhkan telah mempelawa PAS untuk bersatu dan memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Namun, PAS tidak akan bekerjasama dengan pihak lain semata-mata untuk menumbangkan kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri memandangkan ini tidak akan menguntungkan PAS.

Dalam sebuah majlis di Shah Alam minggu lepas, Pengerusi Cap Bunga, Dr. Mahathir berkata, satu-satunya cara untuk mengalahkan Barisan Nasional adalah dengan mengumpulkan semua parti pembangkang di bawah satu simbol, satu manifesto dan seorang calon.



Pada BERSIH 4.0 yang menyaksikan PAS tidak mengambil bahagian dan tidak menghantar ahli-ahlinya seperti dalam demonstrasi-demonstrasi BERSIH terdahulu, telah menimbulkan kemarahan para penyokong DAP. Para penyokong DAP telah menjadikan gambar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai sasaran untuk dihina, dicemuh, bahkan Abdul Hadi Awang difitnah menerima upah dan rasuah daripada Najib Abdul Razak dan UMNO.

PAS yang suatu ketika dahulu ditatang dan dipuja oleh DAP, bahkan perjuangan PAS turut didokong oleh DAP, menjadi bahan belasahan apabila PAS meneruskan iktikad untuk memperkemaskan perjuangan mereka. DAP cuba menggertak PAS walaupun hakikatnya, kekuatan DAP sebenarnya datang daripada PAS, bukan sebaliknya dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat, bahkan Pakatan Rakyat dilupuskan oleh Lim Guan Eng.

Kini, PAS 'maju setapak lagi' dalam perjuangan barunya yang memperagakan politik matang. Kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS itu, selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Abdul Hadi Awang pada Jun tahun ini yang telah menolak tawaran 'dedak' Mahathir.

Menurut Hashim, PAS akan mengetuai, bukannya mengikut.

"Kita tidak boleh membiarkan pihak lain mengepalai kita. Kita yang memimpin mereka." (RUJUK SINI)


Thursday, October 20, 2016

MARIA CHIN TOTOK DAP YANG ULANGI HELAH 'DISIMBAH CAT MERAH' BILA TERDESAK!!!



Taktik meraih simpati gaya DAP, kini dipraktikkan pula oleh Maria Chin.

Seperti biasa, apabila sudah terkantoi, mulalah keluar cerita CAT MERAH DISIMBAH. Kalau dah terkantoi teruk pula, cerita tentang 'KIRIMAN PELURU' pula akan digembar-gemburkan.

Ramai pemimpin DAP yang menggunakan kaedah ini. Salah seorang daripada mereka yang paling popular adalah Teresa Kok apabila Pusat Khidmatnya di Seputeh, dilaporkan telah disimbah cat merah dan dihadiahkan ayam mati. 


Menariknya, jeriji besi yang menutup tangga yang dikatakan dibaling cat tersebut, bersih daripada sebarang percikan cat, kecuali pada bahagian dalam. Jeriji itu juga berkunci dan bertutup. Sebaliknya pangkal cat merah tersebut adalah pada anak tangga paling atas. Rakaman CCTV pula, tidak pernah ditunjukkan walaupun Teresa Kok kata, ianya adalah perbuatan orang UMNO!

Siapalah yang memberikan idea kepada Maria Chin untuk mencipta cerita kononnya, kereta anaknya dibaling cat merah sebagai ancaman ke atas nyawanya dan anak-anak serta keluarganya?

Maria Chin sebenarnya tidak cuba mendapatkan simpati daripada golongan yang terdedah kepada pembohongan DAP, tetapi lebih kepada masyarakat yang tertutup dan hanya bergantung sepenuhnya kepada media-media pro-DAP yang berbahasa Inggeris dan terutamanya berbahasa Cina.


Ini adalah kerana, budaya baling cat merah, lebih dikaitkan dengan mereka, berbanding masyarakat-masyarakat lain di negara ini. Kalau ada pun masyarakat lain, mereka hanyalah meniru MO puak-puak pro-DAP itu. 

Selepas Maria Chin menyiarkan gambar editing yang menunjukkan dia diancam sembelih oleh IS, kini Maria Chin muncul pula dengan cerita kereta anaknya dibaling cat merah.  Dan dia membuat laporan polis atas dakwaan-dakwaan tersebut.

Peliknya, siapa anak lelakinya? Ada sesiapa yang kenal memandangkan Maria Chin tidak pernah memperkenalkan anak-anaknya kepada media sebelum ini? Siapakah yang lebih kenal Maria Chin dan keluarganya sehingga memudahkan mereka mengenalpasti kereta anak lelaki Maria Chin?

Pihak polis seharusnya melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini. Tangkap dan hukum mereka yang bertanggungjawab, dan termasuklah jikalau laporan-laporan polis yang dibuat itu, sengaja dibuat untuk pemanipulasian undang-undang. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, memperlekeh-lekehkan undang-undang Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh BERSIH dan Maria Chin sendiri membabitkan Akta Perhimpunan Aman dan Akta Polis.






JENIS BACA TAJUK DAN BUAT KESIMPULAN... ITU YANG DIMANIPULASIKAN OLEH MALAYSIAKINI DALAM ISU JAKIM VS PRETZEL DOG!!!




Gempar mengenai status halal 'Auntie Anne's', dan macam biasa apabila ianya bersangkut paut dengan badan penguasa bagi umat Islam, media pertama yang akan 'cover' mengenai benda ini adalah media alternatif.

Tak lain tak bukan, media alternatif bertaraf 'holy grail' bagi rakyat Malaysia. Malaysiakini.

Mari kita lihat tajuk yang diberikan oleh malaysiakini apabila mereka cover mengenai isu ini.


Tajuknya adalah: Exec: Auntie Anne's halal application rejected over 'Pretzel Dog'

Kalau dalam bahasa melayu, lebih kurang maksudnya "Permohonan Auntie Anne's untuk status halal ditolak kerana 'Pretzel Dog'.

Sungguh 'misleading' lagi mengelirukan.

Dan macam biasa melompat 'kawan-kawan' non muslim kita bila nampak tajuk, tersebut, Di antara komen-komen panas adalah seperti berikut :


1. Aliahkowmutu Mutuahkowali: Islam does not teach to hate dogs but fake islamists in malaysia do so to go against allah's words...in Surah al-Kafh there were mentioning of pious muslims with their dog, clearly this is not followed and they follow their own invented satanic verses they call hadiths

2.Jarden Mahendra : Hahahaha first ban pretzel dog
Then ban all BBQ flavoured snacks cos it sounds like BABI➖Cute
They're all not clean

3. Susantini Sugumar :Is it just because of the word "dog". Omg! Dont know to cry or laugh! 😂😂😂 Go ahead and ban hot dogs in Malaysia la. Make it simple. It may cause confusion and problem in future.

4. Eugene Kl: Nice, maybe they are reluctant to pay for the Halal certificate? Leave it to them to decide what is Halal and not not Jakim or Jais? They are just for $$$$$$$

Panas tengkuk aku nak copy paste satu. Kau orang bacalah sendiri (Rujuk gambar-gambar yang disertakan). Hmmm.

___________________________________________________


1. Jelas sejelasnya Exec Auntie Anne's Farhatul Jamilah telah menjelaskan bahawa, isu kenapa mereka belum dapat sijil Halal adalah kerana:

a. JAKIM meminta mereka untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

b. JAKIM mahukan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Ini adalah prosedur biasa seperti yang belaku pada Sushi King.

c. Dan akhir sekali baru beliau mention mengenai menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai.


Lihat bagaimana Malaysiakini menggunakan kaedah 'Cherry Picking' untuk mewujudkan perasaan prejudis kawan kawan non muslim terhadap JAKIM secara khusus dan juga perlaksanaan Halal secara amnya.

Makin confius lah mereka dibuatnya.

Jahat sungguh, kalah syaitan.

Walhal apa yang dilakukan JAKIM adalah selari dengan prinsip Islam untuk berhati hati dalam membuat keputusan lebih lebih lagi jika ia melibatkan kemaslahatan umat.

Malaysiakini tahu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa adalah rakyat MalasCa (malas + membaca).

Mereka tahu bahawa majoriti rakyat MalasCa eh Malaysia hanya akan baca tajuk dan terus membuat kesimpulan tanpa membaca isi kandungan berita yang akan dibawa.

.
2. FYI, tujuan aku mengumpul komen komen sebgini bukanlah untuk mewujudkan kebencian sesama rakyat Malaysia, tapi aku nak tunjukkan bagaimana media yang kononnya menjadi harapan untuk menjadi saluran alternatif bagi rakyat Malaysia ini seringkali mewujudkan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam secara tidak sedar.

Agar kita boleh mengenali permainan manipulasi dan meracun emosi kebencian yang sering dimainkan oleh mereka.

Berhati-hatilah kalian. Janganlah menjadi bidak bidak agen pembenci sebegini.


3. Ada diantara kita yang akan emosi dan berkata, kenapa ada rakan rakan non muslim kita sanggup melontarkan komen komen sebegini, apakah mereka benci pada kita?
Nanti dulu.

Bukan semua dari mereka berperlakuan begini.

Jangan pukul rata.

Sikap begini bukan terhasil dalam satu hari,

Its a results from a chain of event.

Percayalah.

Ini lah hasil daripada suntikan-suntikan halus dan juga momokkan momokkan karut (omputeh panggil 'fear mongering') yang menjadikan ada sebahagian daripada kawan kawan non muslim kita berada dalam keadaan 'fear of the unknown' yang seterusnya menjerumuskan golongan mereka ini ke dalam perangkap prejudis dan di dalam kes ini jelas ada diantara mereka sudah terbelenggu dengan penyakit Islamophobic.

Kasihanilah golongan seperti ini, kerana sebenarnya mereka sedang hidup dalam sebuah kebodohan dan ketidaktahuan.

Janganlah kita pula membenci membabi buta.
.
.
.
.

4. Buat rakan rakan non muslim yang memberikan komentar-komentar seperti diatas, fahamilah kami orang Melayu Islam sangat sayang akan agama kami.

Dan sungguh tidak wajar untuk kamu yang tinggal dinegara yang 67% rakyatnya beragama Islam untuk tidak memahami hati budi kami. Aku pasti yang kita pernah berlaga bahu mahupun punggung diantara kita samada di sekolah,pasar malam, lowyat, KLCC mahupun di panggung wayang.

Nasihat aku, jika kamu tidak mengetahui, bertanyalah. Elakkan untuk memberi komen komen yang boleh menyakitkan hati.

Hentikanlah sikap prejudis kamu. Kerana jika kita begini, sampai bila bilalah kita tidak akan mampu untuk bersama maju kehadapan.
.
.
.
.
5. Kepada orang Islam, terasa lah.

Terasalah akan permainan media media seperti ini yang saban hari cuba mengikis reseptor sensitiviti kita sebagai orang Islam mahupun Melayu.

Apa tujuan mereka buat begini?

Mudah.

Untuk mewujudkan ketidak percayaan kita terhadap badan agama kita yang seterusnya akan menghakis sistem belief kita untuk terus beramal dengan agama kita.

Menggambarkan bahawa badan penguasaan Islam/Melayu itu kolot menyusahkan dan dungu.


Lihat saja, di gambar yang aku sertakan ada juga orang 'kita' yang memberi komen sinis mengenai JAKIM dan definisi pelaksanaan agama semacam mereka tidak lagi percaya dengan badan agama dan prinsip halal itu sendiri.

Inilah goal mereka.

Ada juga diantara kita yang akan cuba mengaitkan isu ini dengan isu isu lain seperti rasuah, ketirisan dan sebagainya (Wallahi aku juga benci akan rasuah).

Mereka akan menggunakan hujah falasi logikal jenis "red herring" untuk menarik sistem belief dan keyakinan kita terhadap pelaksanaan Islam oleh badan penguasa seperti JAKIM dan lain lain.

Berhentilah kalian daripada terus menjadi golongan apologetic muslim/guillible Muslim.

Kerana sesungguhnya kalian sedang membantu mereka mencapai 'KPI' mereka.

.
.
.
.
6. Akhir sekali, akan ada umat Islam sendiri yang akan berbunyi,

"Hiraukan mereka bro. Tak yah acah-acah nak pertahan Islam sangat."

Islam tidak memerlukan aku untuk mempertahankannya.

Cukuplah Allah sebagai penjaganya.

Dan ketahuilah kalian aku bukanlah sedang pertahankan JAKIM mahupun Islam.

Tapi

Aku sedang mempertahankan hak/kemudahan aku untuk mempraktikan Islam sebagai cara hidupku.

Titik.


DAP DIKATAKAN CUBA HAPUS SEJARAH MELAYU DI PULAU PINANG... DI PERAK, MACAM MANA PULAK? BUKAN BENDA YANG SAMA KE?



Secara rasminya Tanah Melayu dijajah oleh British menerusi Perjanjian Pangkor pada 1874 dan pembunuhan Residen pertama Inggeris di Tanah Melayu, JWWW Birch membuka ruang kepada penguasaan penuh British menggunakan kesultanan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Menariknya, penjajahan tersebut tidak dilihat sebagai penjajahan sebaliknya Negeri-Negeri Melayu diletakkan di bawah 'Kuasa British' dengan kemasukan imigran-imigran, terutama sekali di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Kesannya, hari ini, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menyaksikan dominasi kaum imigran. Malah dari negeri-negeri itulah, keturunan imigran bersurah kononnya, Negeri-Negeri Melayu tidak wujud sebelum 1400 iaitu pembukaan Melaka oleh Parameswara, dan orang Melayu adalah pendatang dari negara-negara lain, sama seperti mereka di bumi ini.

Terlalu lembut dan terlalu mengabaikan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan fakta sejarah, akhirnya menyaksikan BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.

Perak sebagai negeri 'pencetus penjajahan' (walaupun Kedah mendahului menerusi serangan Ayuthayya, Sukhothai dan beratus tahun sebelum itu, Mahabalipuram) nampaknya, kurang memberikan penekanan kepada kesan-kesan sejarah ketamadunan Melayu di negeri berkenaan terutama sekali penentangan orang Melayu terhadap penjajahan dan kedatangan imigran.

Tidak hairanlah Taiping yang dinamakan sempena perjanjian damai dalam Perang Tinju di China, namanya mengambilalih nama Melayu, Klian Pauh. Begitu juga dengan Pulau Pangkor yang dinamakan sempena nama penghulu orang Cina di pulau tersebut, telah memadamkan terus nama Pulau Dinding, nama asalnya.

Di bawah adalah copy-paste daripada FB Syed Azharul Asriq yang melawat kawasan bersejarah PASIR SALAK YANG TELAH DIABAIKAN oleh pihak berkuasa di Perak.

## ******* ##


Pada 24-25 September 2016, saya bersama rakan-rakan UIA telah pergi ke Perak untuk menjelajah kawasan-kawasan sejarah di sana. Kami menjejakkan kaki ke Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh dan Pasir Salak.

Seronok dapat menziarahi kawasan sejarah, warisan bangsa. Di Taiping, kami menziarahi War Cemetary dan Muzium Perak. Sempat juga kami menziarahi Muzium Larut. Berdekatan Muzium Larut, adanya makam seorang pahlawan bangsa, Dato' Sagor namanya. Dato' Sagor dihukum gantung oleh British pada 20 Januari 1877 atas kesalahan bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch pada 2 November 1875.



Tiada papan tanda menuju ke Makam Dato' Sagor. Kami dengan menaiki kereta meredah kawasan kampung sehingga kami tiba di tapak pelupusan sampah. Saya turun dari kereta, bertanya kepada pak cik pengawal tapak pelupusan sampah itu, di mana lokasi makam Dato' Sagor. Rupanya kawasan makam pahlawan bangsa ini di sebelah tapak pelupusan sampah sahaja.

Kecewalah kami melihat suasana persekitaran makam Dato' Sagor. Sudahlah lokasinya berdekatan tapak pelupusan sampah, makam ini bersemak dan pondoknya hampir roboh. Papan tanda juga sudah tertanggal. Mengapa makam seorang pahlawan bangsa dibiar sedemikian rupa? Apa sudah jadi? Adakah kita sudah merdeka dari British, terus kita lupakan jasa mereka yang terkorban untuk menghalau British?




Sungguh mengecewakan. Di katakan sebelah makam Dato' Sagor ialah Makam Dato' Maharajalela. Terbiar bersemak....

Kami pergi pula ke Kompleks Sejarah Pasir Salak keesokannya, pada 25 September 2016. Malang sekali, jauh kami datang, kompleks sejarah ini ditutup rupanya. Kami bertanya kepada pengawal yang menjaga kawasan ini, katanya kompleks sejarah ini ditutup sejak banjir 2014. Katanya, barang banyak rosak, tiada penjaga yang menjaga muzium. Tahun ini tahun 2016, sudah 2 tahun berlalu, mengapa masih ditutup lagi?


Makam Sepuntum, seorang lagi pahlawan bangsa juga terletak berdekatan dengan kompleks sejarah Pasir Salak. Kawasan perkuburan di hadapan kompleks sejarah ini tinggi juga semaknya.

Mengapa kawasan sejarah ini terbiar tidak terjaga? Pasir Salak ialah lambang kemerdekaan tanahair kita. Di sinilah bermulanya gerakan menghalau British di Tanah Melayu. Namun setelah British sudah lama pergi, Pasir Salak dilupakan dan terbiar....

Sejarah tidak berulang, namun kesilapan nenek moyang boleh berulang. Siapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulangi kesilapan sejarah yang sama.

Syed Azharul Asriq,
Pelajar UIA,

Penulis buku "Siput Yang Mengubah Sejarah" yang kecewa melihat kawasan sejarah bangsa, tidak dipedulikan sesiapa


PATUTNYA TANYA, BERAPA RAMAI ANAK-ANAK CINA DAP BERBANDING MELAYU UMNO/PAS DALAM PERMATA PINTAR NEGARA!!!



Pastinya berita yang disiarkan ini dianggap sebagai mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk.

Namun ia merupakan salah satu bukti keberkesanan pengesanan bakat dan kebolehan kanak-kanak dari peringkat lebih awal yang membolehkan pasukan pendidik menfokuskan keupayaan dan kebolehan mereka.

PERMATA PINTAR mendapat kecaman teruk daripada DAP dan PKR. Walaupun pada masa yang sama, jumlah permohonan kemasukan pelajar-pelajar dari aliran Cina bertambah saban tahun, bahkan menguasai PERMATA PINTAR, namun demi politik dan kepentingan sempit, DAP berusaha memburuk-burukkan PERMATA sebagai salah satu entiti yang membuang duit rakyat.

Gambaran yang diberikan adalah PERMATA merupakan 'tabungan' Rosmah Mansor yang menjarah wang rakyat Malaysia untuk keseronokannya.

SINAR HARIAN melaporkan seramai 732 orang pelajar telah menerima tawaran untuk memasuki Kolej PERMATA PINTAR bermula dari tahun 2011 sehingga 2016 dan seramai 415 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA PINTAR. Pelajar-pelajar tersebut juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam dan luar negara.

Itu jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said di Parlimen, yang turut menyatakan semenjak tahun 2009, Pusat PERMATA PINTAR NEGARA telah mengenalpasti seramai 5330 orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai 'genius' atau pintar pada tahap yang berbeza-beza.

Pelajar dari kumpulan pertama iaitu seramai 115 orang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Sarjana Muda dan sebahagian daripada mereka pula telah berjaya mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam ternama di dalam dan luar negara.

Lebih menarik lagi ialah, 95% daripada pelajar-pelajar tersebut belajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), manakala selebihnya adalah dalam bidang sains sosial.

Salah seorang daripada pelajar PERMATA PINTAR juga telah diterima bekerja dengan APPLE INC. sebaik-baik sahaja tamat pengajiannya dari University California, Los Angeles.

Kolej Permata pintar adalah sebuah institusi pendidikan sekolah menengah yang diberi taraf sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan April 2014.

Kolej ini mula mengambil pelajar yang pertama pada tahun 2011.

Perhatikan... 

Ketika DAP bersungguh-sungguh menternak dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu terutama dari aliran Sains Sosial dari universiti-universiti awam, mereka pada masa yang sama, amat menyokong kemasukan puak mereka ke dalam PERMATA PINTAR. Walaupun pada masa yang sama, mereka sering melalak dan menyalak tentang meritokrasi dan bukannya kuota, atau lebih tepat penguasaan majoriti sesuatu kaum, penguasaan anak-anak mereka dalam PERMATA PINTAR pula dianggap sebagai sesuatu yang sangat wajar.

Berita sebegini sudah tentu akan disenyapkan oleh para penentang PERMATA. Namun pada masa yang sama, mereka tidak akan mati akal untuk terus mencari helah dan fitnah-fitnah baru yang boleh memperlekehkan PERMATA dengan mengaitkannya sebagai satu pembaziran walaupun pada masa yang sama, yang banyak menikmati kemudahan tersebut adalah puak mereka sendiri.

SAMALAH MACAM PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN... pergi tengok sendiri, siapa yang paling ramai menggunakannya... nak lebih yakin, masuk ke wad dan tengok majoriti mereka dan bagaimana mereka menjadikan jururawat dan kakitangan wad sebagai kuli tebusan yang bukan wujud manusia dengan lagak seolah-olah mereka adalah tuan besar yang boleh memerintah sesuka hati!!!


Wednesday, October 19, 2016

ORANG MUDA SEPERTI NIK ABDUH PUN TAHU, DEDAK 'ROYALTI MINYAK KELANTAN' MAHATHIR ADALAH SATU PEMBODOHAN!!!


Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)? 

Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu. Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'. 

Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut : "Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika). 

Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar. Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa. 

Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan. Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa? 

Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan. Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut. 

Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain. 


Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). 

Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun. 

Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri. 

Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri. 

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000). 

Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara. 

Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan. Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.




 
Blogger Templates