Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 21, 2017

STATUS DR. ZAKIR NAIK BUKAN BIDANG KUASA MENTERI KESIHATAN, KATA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT!!!



1. Saya menasihatkan  Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.

2. Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

3. Sebagai seorang Menteri juga sepatutnya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengetahui dan memahami  tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini.

4. Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

5. Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada.

6. Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya. Mengaitkan Dr. Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

7. Sebagai seorang yang menjawat Menteri Kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr. S. Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini.

Sekian.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, April 20, 2017

BUKAN MELAYU SAJA, CINA PUN KENA TUTUP KEDAI GARA-GARA PULAU PINANG TAK ADA DUIT!!!



Acap kali kita disajikan berita tentang kezaliman Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBT-PBT di bawahnya terhadap golongan penjaja dan peniaga kecil Melayu.

Hakikatnya kezaliman Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Guan Eng tidak hanya ke atas orang Melayu tetapi sesiapa sahaja yang berstatus marhein.

Kebencian DAP kepada golongan marhein terserlah dan terbukti apabila mereka langsung tidak diberikan tempat dan perhatian sebaliknya hanya dijadikan sebagai bahan menarik undi dan sokongan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, golongan marhein tidak dianggap langsung sebagai manusia yang bernilai sebaliknya hanya benda yang boleh dimanipulasikan dan dijadikan bahan untuk Lim Guan Eng melakonkan watak hero.

Itulah yang berlaku apabila gerai Ais Kacang Swatow Lane yang terkenal, terpaksa ditutup dan perniagaan tersebut terpaksa dihentikan pada hujung bulan ini selepas beroperasi setiap hari hampir seratus tahun. Perniagaan yang pada mulanya menggunakan gerai di suatu sudut di Swatow Lane pada tahun 1923.

Perniagaan milik keluarga yang kini dijalankan di medan selera New World Park selama 15 tahun, terpaksa ditamatkan.


Pengendali kedai, Lee Eng Lai, 67, berkata mereka terpaksa berhenti berniaga kerana tidak mampu menanggung kos sewa kedai yang meningkat berkali-kali ganda selain syarat-syarat lain yang dikenakan oleh pengurusan bangunan.

Semenjak tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan kenaikan sewa premis lebih 100% yang ditentang keras oleh peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil.

Menurut Lee Eng Lai lagi, mereka sudah tidak ada tempat lain untuk berniaga dan tidak ada pilihan selain menutup perniagaan mereka. Hari terakhir mereka berniaga di New World Park adalah pada 30 April.

ESOK, RAFIZI RAMLI BERHADAPAN TUDUHAN BAFIA, MANAKALA ADAM ROSLY DI BAWAH AKTA AMLA!!!



Selepas 5 tahun Rafizi Ramli berjaya melengah-lengahkan perbicaraan BAFIA dengan menggunakan pelbagai taktik termasuklah mencabar penghakiman, meminta hakim ditukarkan, mencabar undang-undang dan kemudian membuat beberapa rayuan apabila kalah, esok pagi, buat kali pertamanya Rafizi akan berhadapan dengan perbicaraan melibatkan BAFIA di mahkamah. 

Rafizi akan didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) 1989 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) di bawah Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah. 

Pendengaran akan dibuat pada jam 9:30 pagi esok. 

Sebelum ini, Rafizi telah pun kalah dalam kes isu fitnah 'lembu dalam kondo' pada Oktober tahun lepas dan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM300,000 selain kos kepada NFCorps.

Kes BAFIA melibatkan Rafizi amat menarik untuk diperhalusi memandangkan Rafizi menggunakan tenaga kerja dalam bank bagi mendapatkan maklumat-maklumat sulit berkenaan kewangan. Dalam kes ini, melibatkan seorang pekerja bawahan Public Bank yang turut didakwa bersama-samanya. Rafizi Ramli cuba berdalih kononnya itu adalah Wistleblower yang dilindungi di bawah Akta Wistleblower.

Kejayaan besar Rafizi Ramli dalam kes ini ialah menghapuskan saingan kepada kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging lembu di Malaysia yang bernilai RM3 bilion setiap tahun. NFCorps dilihat menjadi saingan utama kepada kartel-kartel tersebut yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan keperluan untuk menghapuskan NFCorps dilaksanakan oleh Rafizi Ramli. 

Dalam perbicaraan-perbicaraan saman fitnah melibatkan NFCorps sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR termasuklah Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution telah didapati bersalah menfitnah. Manakala Rafizi Ramli yang mencuri maklumat menerusi pekerja bank bagi tujuan meminda maklumat kewangan tersebut bagi tujuan menghasut dan menfitnah, sebelum ini telah pun didapati bersalah dan perlu membayar gantirugi. Kini dia sedang berhadapan dengan Akta BAFIA yang merupakan akta yang digunapakai oleh semua negara di seluruh dunia dalam melindungi sistem kewangan dan perbankan mereka.

Sementara itu, ADAM ROSLY, Ketua AMK Ampang, akan dihadapkan ke mahkamah esok di bawah Akta AMLA. Adam Rosly yang didedahkan memiliki kekayaan luar biasa, sebelum ini mencabar agar laporan ke atasnya dibuat dan dia akan membuktikan yang dia tidak bersalah. Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, beberapa hari lepas menafikan Adam Rosly adalah pegawai khasnya.


BERMARUAH WALAUPUN DIDAKWA 33 TUDUHAN RASUAH BERBANDING LIM GUAN ENG YANG MASIH ENGGAN LETAK JAWATAN WALAUPUN TUDUHAN RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA!!!



Kenapa agaknya pemimpin-pemimpin DAP seorang pun tidak berani bercakap apa-apa tentang perletakan jawatan oleh Exco Perumahan Johor Datuk Abdul Latif Bandi ekoran pendakwaan ke atasnya atas tuduhan rasuah. Walaupun mengaku tidak bersalah ketika dakwaan dibacakan kepadanya, namun Abdul Latif tetap melepaskan jawatan yang disandangnya.

Menariknya juga, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang mempertahankan Abdul Latif Bandi sebaliknya menyerahkan kepada sistem perundangan Malaysia untuk mengadili Abdul Latif Bandi sama ada bersalah atau sebaliknya.

Berbeza pula dengan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan sebuah hartanah dan status tanah bersama-sama kawan rapat Betty Chew, isterinya, Phang Li Koon.

Lim Guan Eng bukan sahaja tidak melepaskan semua jawatannya termasuklah sebagai Exco Tanah, bahkan Lim Guan Eng mengulangi tindakannya pada tahun 1997, apabila dia enggan membayar denda sebanyak RM15,000 sebaliknya berkempen dan berceramah mengkritik keputusan mahkamah selepas dia didapati bersalah di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang menyebabkan dia akhirnya dipenjarakan kerana menghina mahkamah.

Kini, Lim Guan Eng menggunakan kaedah yang sama bagi menutup cerita sebenar tentang rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi semakin banyak pendedahan tentang penyelewengannya termasuklah isu membabitkan terowong dasar laut yang kemudian ditukarkan menjadi jambatan ketiga sedangkan pada masa yang sama, dia masih tidak dapat menjawab tentang wang sebanyak RM305 juta yang telah dibayar kepada entiti yang membuat kajian kebolehlaksanaan sahaja. Apabila diminta oleh Kementerian Kerja Raya, Lim Guan Eng gagal memberikan laporan tersebut dan terpaksa berdalih lagi untuk meminta tangguh selama enam bulan dengan kesalahan dituduhnya kepada Kerajaan Negeri Barisan Nasional terdahulu.

Lim Guan Eng banyak berbohong, khususnya tentang penambakan laut dan penggondolan puncak bukit yang turut melibatkan kroni-kroni utamanya. Kaitan Betty Chew di dalam setiap projek-projek besar, tidak  mampu dilindunginya lagi.

Justeru melihat Lim Guan Eng terpaksa menimbulkan pelbagai isu remeh termasuklah usul mengecam Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabuddin Yahya kononnya Ahli Parlimen UMNO itu menyokong mangsa rogol bawah umur berkahwin dengan perogol, dilihat tidak ubah hanyalah cubaan bodohnya untuk menutup tembelang sebenar. DAP dan Lim Guan Eng terpaksa memutarbelitkan kenyataan Shabuddin dan pada masa yang sama, buat-buat bodoh dan tidak faham Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Shabuddin Yahya.

Masih juga menunggu-nunggu sebarang ulasan daripada para pemimpin DAP walaupun Timbalan Presiden PAN, Salehuddin Ayob menyatakan Menteri Besar Johor juga perlu disiasat tentang rasuah, untuk mengulas perletakan jawatan dan tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Abdul Latif Bandi.

Nak tengok sama ada mereka berani atau tidak menyungkit Lim Guan Eng yang terus bertahan untuk tidak melepaskan jawatan dan bersedia untuk berhadapan dengan sistem perundangan Malaysia.


AZMIN ALI SEMAKIN HAMPIR KEHILANGAN TAKHTA MENTERI BESAR SELANGOR WALAUPUN PAS SELANGOR TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR DAN MAJLIS SYURA!!!



Dewan Pemuda PAS Selangor telah memutuskan dan mendesak mendesak agar PAS Selangor memutuskan hubungan dengan PKR Selangor dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor Ke-51. (RUJUK SINI) Sekaligus, Dewan Pemuda PAS Selangor meminta agar semua wakil rakyat PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah PBT selaku Ahli-Ahli Majlis, melepaskan jawatan yang sedang mereka sandang sekarang.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang berasingan Sallehan Mukhyi yang mewakili PAS Selangor menyatakan, PAS Selangor mengambil pendekatan yang berbeza dengan PAS Pusat iaitu akan meneruskan kerjasama dengan PKR, sekaligus akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor serta PBT-PBT Selangor sehinggalah PRU-14.

Ramai juga yang mengecam keputusan ADUN Sabak itu. Malah ada yang membuat teori kononnya PAS Selangor yang sedang mabuk kemewahan, tidak berani untuk meninggalkan kemewahan yang sedang mereka nikmati hasil tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP pada dua PRU lalu.

Berbeza dengan negeri-negeri lain, di Selangor, PAS merupakan sebahagian daripada 'kabinet' Kerajaan Negeri. Sekurang-kurangnya terdapat 4 orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS walaupun jawatan yang mereka sandang, sebenarnya adalah jawatan-jawatan picisan yang kurang berguna berbanding jawatan-jawatan Exco yang disandang oleh ADUN-ADUN PKR dan DAP.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

PKR kehilangan satu kerusi apabila ADUNnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dipecat dari parti menjadikan penguasaan PKR hanya 13 kerusi DUN. 

Jadi, mengikut pecahan, PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP jumlah yang sama, PKR memegang 13 manakala BN 12 dan Bebas 1 (pro BN). Jika atas kertas, katalah PAS bersedia bergabung dengan BN, maka jumlah kelihatan sama banyak yakni 28 dan 28.

Namun hakikatnya, BN bersama PAS mampu membentuk kerajaan negeri baru kerana undi speaker Selangor, Hannah Yeoh tidak dikira.

Undang-undang Tubuh Selangor menetapkan speaker tidak boleh mengundi.
Dengan semakin hampirnya PRU-14, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor akan mendorong kepada masalah yang lebih besar, sekaligus menekan Azmin Ali untuk membubarkan DUN lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Dalam keadaan sekarang di mana PAS Selangor sendiri masih menapis-napis di kalangan mereka bagi menyaring kaum 'HARUM MANIS' yang bersembunyi di dalam PAS Selangor, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor adalah tindakan yang tidak bijak. Apatah lagi dengan hadirnya PAS di dalam Kerajaan Negeri, setidak-tidaknya DAP yang diketahui amat memusuhi PAS, tidak akan melampau-lampau kerana bimbang banyak rahsia yang diatur akan sampai ke pengetahuan PAS yang mereka musuhi. 
Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad menyatakan PAS Selangor hanya akan membuat sebarang keputusan berhubung kemelut hubungan antara PAS Selangor dengan PKR berdasarkan proses di muktamar dan Majlis Syura Ulama PAS yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. (RUJUK SINI)

HILANG KATA-KATA DENGAN GAMBAR 'PASANGAN BERCIUM', GUAN ENG PILIH UNTUK BUAT-BUAT BODOH DAN ENGGAN MENGULAS!!!



Kalau bab orang lain, terutama apabila membabitkan pemimpin UMNO, belum tegak kepala, Lim Guan Eng sudah pun mengeluarkan kecaman dan kutukan seolah-olah dia adalah seorang yang sangat bermoral dan penuh etika. Dia tidak akan membuang banyak masa untuk mengeluarkan kecaman dan memburuk-burukkan peribadi pihak lawan. Bahkan dia tidak akan membuang banyak masa untuk membuat ceramah dan kempen untuk membuktikan bahawa keseluruhan UMNO dan BN itu adalah kebobrokan, rosak, curang dan khianat. 

Tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang kesayangan sendiri, Lim Guan Eng jadi kura-kura yang menyembunyikan kepala di dalam cengkerang. 

Itulah yang berlaku apabila Lim Guan Eng berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen berhubung gambar-gambar kontroversi yang membabitkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. Apatah lagi pasangan Zairil di dalam gambar tersebut adalah Dyana Sofya, orang kesayangan bapanya, Lim Kit Siang.

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengawal kerosakan dan kemerosotan pengaruh DAP yang lebih teruk apabila memilih untuk tidak membuat sebarang ulasan berhubung gambar-gambar tersebut.

Ironinya, orang yang paling kuat memanipulasikan undang-undang pun, tidak berani mengambil tindakan tersebut. 

Sehingga setakat ini, walaupun sudah tiga kali isu yang sama melanda Zairil Khir Johari, malah tiga kali juga dia berdalih kononnya gambar-gambar tersebut adalah palsu dan pemalsuan tersebut bertujuan untuk merosakkan imejnya, tiada laporan polis yang dibuat setakat ini. 

Insiden pertama pada Oktober 2014, Zairil dan Dyana menafikan mereka adalah orang di dalam beberapa keping gambar yang dimuatnaikkan ke Internet. Mereka hampir hendak membuat sidang media, di mana selepas itu mereka akan membuat laporan polis, tetapi membatalkan sidang media tersebut pada saat-saat akhir. Kedua-duanya juga tidak membuat laporan polis berhubung dua klip video yang dimuatnaikkan di Internet.

Seandainya benar gambar-gambar dan video-video tersebut adalah palsu, laporan polis akan membolehkan polis menyiasat menerusi kaedah forensik untuk menentukan kesahihanya.

Namun sekiranya polis mendapati, gambar-gambar tersebut adalah tulen dan orang di dalam gambar itu adalah Zairil dan Dyana sendiri, sudah pasti mereka akan didakwa membuat laporan palsu yang akan dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan atau didenda sehingga RM2000 atau kedua-duanya sekali. 

Sebagai alternatif, kedua-duanya boleh membuat Akuan Bersumpah yang gambar-gambar tersebut tiada sebarang kaitan dengan mereka. Tetapi hukuman di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana membuat Akuan Bersumpah palsu jauh lebih berat dan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 7 tahun atau didenda atau  kedua-duanya sekali. 

Sesuatu yang menarik ialah, betapa hebatnya PEMALSU GAMBAR berkenaan seandainya ia adalah gambar-gambar palsu seperti yang didakwa oleh Zairil Khir Johari. Hebatnya kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada pemimpin-pemimpin barisan hadapan sebaliknya hanya memangsakan pemimpin-pemipin barisan ketiga seperti Zairil dan Dyana. Hebat kerana pemalsu tersebut sangat 'baik hati'. 

Lim Guan Eng sepatutnya menasihati Zairil untuk membuat laporan polis atau Akuan Bersumpah.

Yang pasti, sekiranya orang seperti Zairil mampu berbohong begitu mudah seperti dalam kes gambar-gambar ini walaupun telah didedahkan berkali-kali dan bukti-bukti gambar serta video amat meyakinkan, bermakna Zairil mampu berbohong untuk apa-apa sahaja, termasuklah darah Melayu dalam tubuhnya. 

Pengundi yang waras sudah tentu tidak akan memilih Ahli Parlimen yang terang-terang berbohong tanpa rasa bersalah. Para pengundi beragama Islam, sudah tentu tidak akan merestui perangai seperti yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari kerana ia bertentangan dengan agama mereka. 

Pengundi-pengundi wanita pula, sudah pasti tidak akan memilih seorang suami yang curang atau wanita yang menggoda suami orang yang telah pun mempunyai anak.

Justeru tidak mustahillah mengapa Lim Guan Eng memilih untuk tutup mulut!


ZAIRIL BUKA MULUT DAH, TAPI MACAM BIASA, DIA NAFI DAN KATA GAMBAR-GAMBAR TU SEMUANYA PALSU!!!



Apa yang dilakukan oleh Zairil Khir Johari dengan Dyana Sofya sebenarnya adalah urusan mereka sendiri. Sama ada mereka menyalahi undang-undang negara, mahupun adat resam, itu adalah bukanlah perkara besar bagi masyarakat Malaysia yang semakin terbuka dan semakin jauh meninggalkan adat budaya yang telah dianggap kuno dan menyalahi adat budaya LGBT.

Namun sebagai orang politik yang seringkali digembala dan dicanang-canangkan sebagai contoh teladan, gelagat kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian. Dengan kata lain, mereka telah menjadi public figure yang sudah tentu tertakluk kepada undang-undang dan etika tidak bertulis.

Alasan dan dalih yang diberikan oleh Zairil Khir Johari kononnya gambar-gambar yang tersiar, semuanya adalah PALSU semata-mata, adalah alasan yang sangat lemah.


Orang ramai sebenarnya tidak peduli dengan masalah rumahtangga Zairil dan isterinya atau hubungannya dengan Dyana Sofya sehingga menyebabkan gambar-gambar intim di dalam kereta muncul buat kali pertama di Internet. Orang ramai juga tidak peduli sama ada Zairil dengan Sofya Dyana sudah bernikah secara sah tetapi dibuat secara senyap-senyap atau sebaliknya.

Tetapi apabila gambar-gambar keintiman mereka di tempat awam, terdedah, sudah tentulah reaksi yang diberikan adalah pelbagai terutama sekali yang bersifat negatif.

Dyana Sofya sudah pun membuat pengakuan walaupun secara tidak langsung bahawa wanita di dalam gambar tersebut adalah dirinya. Bagaimanapun, dia menyifatkan gambar-gambar tersebut sebagai salah satu serangan peribadi ke atasnya dan dia mengecam budaya serangan peribadi sebegitu walaupun pada masa yang sama, dia sendiri banyak terlibat dalam serangan peribadi ke atas individu lain, termasuklah ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

Peliknya, dalam hal ini, Zairil Khir Johari yang juga merupakan Pengerusi DAP Kedah memilih untuk menjadi bacul dan penakut. Walaupun sudah kali ketiga gambar-gambar lelaki yang SANGAT-SANGAT MENYERUPAINYA muncul di Internet, kesemuanya ditanggapi sebagai GAMBAR-GAMBAR PALSU. Malah klip video yang bermutu rendah menggunakan kamera telefon juga dikatakannya sebagai palsu. (RUJUK SINI)


Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh Zairil Khir Johari? Takut dimarahi Lim Guan Eng? Takut kehilangan semua jawatan? Takut kehilangan kelayakan sebagai calon sepertimana yang berlaku kepada Dyana Sofya apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberikan isyarat dia bukanlah calon DAP yang dikehendaki lagi?

Atau sebenarnya, memang tabiat Zairil Khir Johari tidak akan mengaku apa yang telah dibuatnya walaupun terkantoi teruk, sepertimana dia masih tidak mengaku, dia sebenarnya adalah anak tiri arwah Pak Khir dan dia sendiri tidak mempunyai setitik darah Melayu pun?

Zairil Khir Johari sepatutnya menjadi lebih jantan seperti Chua Soi Lek, bekas Presiden MCA yang berterus-terang bahawa lelaki 'perkasa' di dalam sebuah klip video menjelang pemilihan parti tersebut, adalah dirinya. Bukannya terus membuat penafian dan kemudian menuduh kesemua gambar-gambar tersebut adalah palsu!

Mungkin Zairil Khir Johari sebenarnya sekadar meneladani perangai Lim Guan Eng yang tidak akan mengaku sebarang kesalahannya walaupun terkantoi, sebaliknya dengan segera menuduh dan menyalahkan orang lain.


 
Blogger Templates