Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 5, 2017

PEMBOHONG TOTOK PRO-TUN LUPA, ZAMAN NAJIB, TIDAK ADA BANK YANG DILUPUSKAN LAGI ATAU BAIL-OUT MACAM BANK BUMIPUTERA PADA ZAMAN MAHATHIR!!!



Rafizi tukang cucuh api... dia yang merintis jalan tetapi tukang pembohong adalah jentera propaganda yang kuat menyokong Dr. Mahathir. Kononnya dengan aura Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat yang pernah dilahirkan di Malaysia, maka apa yang mereka katakan yang bersandarkan daripada kata-kata Dr. Mahathir adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Cerita Bank Rakyat tak ada duit sebab duit Bank Rakyat dah kena sapu dek Perdana Menteri untuk 'bail-out' 1MDB dan tutup skandal RM2.6 bilion adalah cerita yang paling kerap didengar beberapa minggu lepas, terutama daripada mulut-mulut dan tulisan para penyokong Dr. Mahathir. Mereka jadi sangat serba tahu sehinggakan yang jual emas di Masjid India dan pagi-pagi perlu telan whisky pun bercakap pasal Bank Rakyat dah tak ada duit juga.

Semuanya kerana Bank Rakyat 'lambat' mengumumkan pembayaran dividen. Jadi, kelambatan itu disamaertikan sebagai skandal besar dalam Bank Rakyat yang telah menyedut wang Bank Rakyat, sekaligus akan menyebabkan satu lagi institusi kewangan akan ditutup seperti pada zaman Mahathir dengan penutupan dan pelupusan Bank Bumiputera Malaysia Berhad, Bank Sime, UMBC dan sebagainya - sebahagiannya dengan alasan penggabungan. Sebahagian lagi, memang ditutup sebab duit dah habis - menjadikan Najib adalah seorang Menteri Kewangan yang paling lemah.

Hari ini, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15% berjumlah RM450 juta kepada ahli-ahli bagi tahun 2016, kadar  yang lebih tinggi berbanding dividen 13% untuk tahun 2015.

Lepas ni apa pula yang akan ditemberangkan oleh para penyokong Dr. Mahathir yang semakin hari semakin kuat bohong dan belitnya?




RAFIZI MEMPEROLOK-OLOKKAN LAPORAN POLIS OLEH KETUA HAKIM SYARIE KE ATASNYA KERANA TAHU, DIA BOLEH MANIPULASIKAN UNDANG-UNDANG UNTUK TANGGUH PERBICARAAN!!!



Rafizi Ramli memperolok-olokkan tindakan Ketua Hakim Syarie membuat laporan polis ke atasnya setelah dia menghina Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dengan menyifatkan hakim-hakim berkenaan mudah makan rasuah dan membuat keputusan perundangan syariah berdasarkan siapa bayar lebih.

Penghinaan yang dibuat oleh Rafizi Ramli terhadap institusi mahkamah syariah khususnya hakim-hakim dan pegawai-pegawai syariah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Walaupun Rafizi mungkin didaftarkan dan mengaku beragama Islam, tetapi penentangannya terhadap apa-apa juga yang bersifat Islam di negara ini, termasuklah pentadbiran hal-ehwal Islam, juga bukanlah sesuatu yang disembunyikannya.


Justeru apabila Ketua Hakim Syarie membuat laporan polis bagi membolehkan Rafizi Ramli diseret ke muka pengadilan, ia merupakan satu tindakan awal yang memperlihatkan ketegasan pihak berkenaan menangani masalah penghinaan yang semakin kerap dilemparkan kepada badan perundangan syariah di negara ini. 

Bagaimanapun Rafizi Ramli menyifatkan tindakan tersebut hanya untuk mengheretnya ke dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam dan orang Melayu untuk menutup isu rasuah yang cuba dijuarainya.

Pada 10 April lalu, dalam sesi 'parlimen olok-olok bagi membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, Rafizi berkata, menaikkan had hukuman mahkamah syariah tanpa melibatkan kenaikan gaji hakim boleh membuka ruang kepada rasuah.


Ini adalah kerana, menurutnya JUMLAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH YANG TERLIBAT RASUAH adalah LEBIH TINGGI BERBANDING HAKIM MAHKAMAH SIVIL.

Paling menarik ialah, Rafizi berkata, dia bersedia diheret ke mahkamah dan mempunyai pelbagai bukti untuk dibentangkan di mahkamah nanti, walaupun semua orang tahu, Rafizi sebenarnya tidak ada sebarang bukti sepertimana dia dalam kes BAFIA yang belum pun dibicarakan sepenuhnya walaupun telah memakan masa selama 5 tahun melainkan memanipulasikan undang-undang dengan meminta penangguhan demi penangguhan. (BACA DI SINI)

Rafizi Ramli mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad dan tidak pernah didedahkannya walaupun dia kerap cuba mendedahkan sumber kewangan dan dana politik Perdana Menteri bagi membolehkan dia menyewa dan mengupah seberapa ramai peguam untuk proses pemanipulasian undang-undang Malaysia bagi mendapatkan penangguhan demi penangguhan.

Semalam, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahamad Ibrahim dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Muhammad Abdul Karim Wahab membuat laporan polis secara berasingan terhadap Rafizi.

Thursday, May 4, 2017

SIAPAKAH AHLI POLITIK YANG TERLIBAT RASUAH BERPROFIL TINGGI YANG BAKAL DIHERET SPRM KE MAHKAMAH SELEPAS PRU NANTI?



Siapakah ahli politik yang terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi yang yang bakal diheret ke muka pengadilan selepas PRU nanti?

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Dzulkifli Ahmad membuat kenyataan terbuka yang boleh menimbulkan spekulasi pelbagai berhubung tindakan tegas SPRM yang kebelakangan ini menggentarkan ramai pengamal dan pemberi rasuah.

Menggantikan Tan Sri Abu Kassim untuk jawatan yang disandangnya, beberapa tindakan penguatkuasaan berprofil tinggi oleh SPRM termasuklah ke atas Lim Guan Eng menunjukkan iltizam sebenar pentadbiran masakini untuk memerangi wabak dan bencana berkenaan.

Walaupun ada pihak yang cuba mempolitikkan tindakan penguatkuasaan SPRM, namun itu tidak mematahkan semangat agensi berkenaan untuk memeranfi rasuah menerusi tangkapan demi tangkapan yang melihatkan ratusan juta
ringgit kalau tidak pun berbilion dalam urusan rasuah.

Bagaimanapun kenyataan terbaharu Ketua Pesuruhjaya SPRM itu terlalu menarik untum dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Berbanding pemimpin-pemimpin dari BN terutama sekali UMNO yang diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, puak-puak PKR dan DAP paling kuat melompat dan membuat pelbagai andaian termasuklah kes rasuah yang mereka hadapi adalah konspirasi UMNO selain menuduh SPRM melaksanakan kerja-kerja politik bagi pihak UMNO-BN.



KERANA LOGO 'BURUK DAN MEMALUKAN', LATHEEFA KOYA KEMBALI BERGASAK DENGAN RAFIZI RAMLI!!!



Logo Pakatan Harapan yang ramai mengatakan, diciplak daripada logo jenama kacang goreng terkenal, 'Ngan Yin' mendapat kecaman daripada netizen. Malah dua lagi rekabentuk logo Pakatan Harapan yang dimuatnaik oleh Rafizi Ramli turut menerima kritikan dan sindiran tajam.

Tiga logo tersebut dikatakan telah disenarai pendek oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lepas.



Teruk dikecam dan malu, Rafizi kemudiannya menafikan dia sebenarnya yang merekabentuk ketiga-tiga logo Pakatan Harapan itu. Malahan dia cuba meletakkan kesalahan kepada Fahmi Fadzil, Sim Tze Zin, Syed Ibrahim dan pasukan rekabentuk yang mencipta ketiga-tiga logo 'teruk dan memalukan' itu. Sebaliknya kata Rafizi, walaupun dia mempunyai kuasa untuk menolak, dia telah berkeras untuk menunjukkan kepada netizen bagi mendapatkan persetujuan.

Apa yang berlaku selepas itu adalah sesuatu yang memalukan Rafizi sendiri!

Kerana logo 'BURUK DAN MEMALUKAN' itulah, Latheefa Koya yang sudah sekian lama tidak menyerang Rafizi Ramli,


Latheefa Koya mengungkit tentang jutaan ringgit yang telah dikutip oleh Rafizi Ramli, tetapi hasil daripada jutaan ringgit tersebut adalah tiga buah logo yang sangat buruk dan langsung tidak layak dipanggil logo. 

"You hav collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design- the cheek! putting it for the people's vote? Embarassing!"


Permusuhan peribadi antara Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli bukannya baru. Pada Mei 2016, Rafizi telah melabelkan Latheefa sebagai 'peguam bacul' dalam satu pertengkaran di WhatsApp. (RUJUK SINI)

Screenshot pertengkaran di WhatsApp itu telah didedahkan kepada awam sekaligus telah membuktikan bahawa antara permusuhan antara Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memang wujud. 

Rafizi difahamkan telah mencabar Latheefa untuk berdebat dalam group WhatsApp Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga melabelkan Latheefa sebagai 'peguam bacul' kerana keengganannya untuk berdebat di khalayak ramai. Kata Rafizi, Latheefa sepatutnya dibiarkan 'MENYALAK' seorang diri. 

Bagaimanapun, Latheefa membalas balik dengan berkata, Rafizi sebenarnya yang telah menarik diri daripada perdebatan tersebut. Latheefa kemudiannya mengarahkan Rafizi untuk menganjurkan satu majlis debat antara mereka. 

Pertengkaran tersebut adalah kemuncak daripada pengakuan Rafizi bahawa mesej di WhatsAp yang mendakwa rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor, adalah miliknya. 

Mesej tersebut bocor daripada sebuah grup tertutup yang terdiri daripada ahli-ahli parti dan penyokong Reformasi, yang mengancam untuk mendedahkan dakwaan bagaimana wanita dan wang merupakan sebahagian daripada urusniaga rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali. 


Sama seperti sebelumnya, Latheefa Koya menjadi mangsa serangan 'budak-budak' Rafizi di media sosial. Latheefa Koya dimaki sebagai 'kaki kecoh, kaki lawyer, kaki skandal, betina sial, poyo betina kartel' dan pelbagai gelaran yang cukup menjijikkan.

Hanya kerana tiga biji logo yang sebenarnya TEPAT SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN LATHEEFA KOYA - buruk dan menjijikkan! - wanita yang cukup terkenal dengan garang dan agresif itu tidak bertangguh-tangguh memalukan Rafizi Ramli sehinggakan manusia yang cuba berlagak genius itu, malu sendiri dan akhirnya terpaksa menyalahkan orang lain kononnya dia tidak tahu apa-apa tentang rekabentuk ketiga-tiga logo yang hodoh itu!


DITUDUH SESAT YANG MENYESATKAN, HANIPAH MAIDIN TAMPIL MEMBELA IDOLANYA, LIM GUAN ENG!!!



Ahli Parlimen Sepang yang menang atas tiket PAS tetapi melompat masuk PAN, Hanipah Maidin mengeluarkan satu kenyataan yang membela Lim Guan Eng daripada tuduhan sesat oleh Naib Ketua Pemuda PAS semalam.

Menurutnya, tiada faedahnya PAS atau sesiapa pun membenci DAP walaupun orang PAS sangat sensitif dan marah apabila Lim Guan Eng menggunakan istilah PAS Sesat.

Hanipah Maidin juga berkata komen-komen daripada pemimpin tertentu di dalam PAS adalah persepsi salah dalam memahami istilah SESAT yang digunakan oleh Lim Guan Eng. Ahli Parlimen Sepang itu kemudiannya memetik pepatah orang Arab yang mengatakan, 'hukum kita ke atas sesuatu adalah cabang kepada tasawwur kefahaman kita atas sesuatu itu' yang bermakna jikalau tasawwur kefahaman kita atas sesuatu perkara itu salah, maka kita juga akan tersalah hukum.

Katanya lagi, istilah SESAT yang digunakan oleh Lim Guan Eng terhadap PAS bukanlah dalam koneks SESAT BERAGAMA seperti yang difahami sebagai al-dholal, sebaliknya lebih merujuk kepada istilah astray dalam Bahasa Inggeris yang lebih kurang maksudnya melencong atau tersasar.

Ahli Parlimen Sepang itu turut menyelar seorang pemimpin PAS dari Pahang yang memuatnaik status di Facebook dan menuduh, Lim Guan Eng meminjam istilah Abu Jahal yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w sebagai sesat. Katanya, pemimpin PAS itu sangat silap bahkan telah mengundang persepsi yang amat bahaya dengan meletakkan seolah-olah PAS dan Lim Guan Eng pada dua penjuru, sekaligus meletakkan PAS sebagai semulia Nabi Muhammad s.a.w manakala Lim Guan Eng pula adalah sesesat Abu Jahal.

Hanipah turut menyelar seorang pemimpin muda PAS dari Kelantan yang berkata, 'musuh PAS sekarang bukan UMNO tetapi DAP'. Katanya, itu bukanlah pendirian PAS tetapi hanyalah ucapan seorang perwakilan dalam muktamar yang cuba berlagak pandai.

Lagipun kata Hanipah, Lim Guan Eng tahu apa yang sedang berlaku antara PAS dan UMNO.

Fuhhhh... berapi-api betul Hanipah Maidin membela DAP. Hairannya, kenapa dia tak masuk DAP sahaja sebaliknya terpaksa berselindung di sebalik imej agama dengan menyertai PAN?


Wednesday, May 3, 2017

BUDAK MELAYU PENJILAT DAP HINA RAKYAT SABAH!!!



Asal sahaja sokong DAP mesti akan memandang hina orang lain selain Cina.

Dengan menggunakan muka dan bangsanya sebagai Melayu  Fahmi Zainol, salah seorang anak muda penjilat DAP yang merupakan 'graduan Sekolah Demokrasi' tajaan DAP, memperlekeh-lekehkan dan menghina orang Sabah yang baginya merupakan golongan pariah hanya kerana Sabah berada di bawah pentadbiran UMNO-BN dan Sabah tidak boleh bebas dikunjungi kerana perhubungan utamanya dengan negeri-negeri lain adalah pesawat udara.

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Fahmi Zainol anat menjijikkan.

Rakyat Sabah sepatutnya mempertahankan maruah mereka daripada diinjak-injak oleh penjilat DAP seperti Fahmi Zainol dan kawan-kawannya. Apatah lagi Sabah kalau dibandingkan dengan Pulau Pinang, tidak pernah mengamalkan dasar pembersihan etnik dan menghalau mana-mana ras, malah setiap orang tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan bahasa mempunyai hak yg sama.

Kesediaan kaum pribumi dan bumiputera berkongsi kekayaan hasil mahsul bumi tercibta dengan golongan imigran yang menjadi idola Fahmi Zainol, sekali lagi telah memberikan gambaran salah, kononnya mereka mahu dijajah.

Kalau lebih 70 tahun lalu, prnjajahnya datang dari Barat, selepas merdeka, penjajahnya pula adalah orang yang diberikan kerakyatan walaupun matlamat mereka sebenarnya ingin menjadi rakyat United Kingdom!

KRISIS KEPERCAYAAN SEDANG MEMBARAH DI DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!



Beberapa pihak telah menyebut nama-nama ADUN Pakatan terutama dari PKR Selangor yang akan menyeberang ke kem Khalid Ibrahim-Faekah Hussin. Sekurang-kurangnya dua orang daripada nama yang disebutkan itu berada bersama-sama dengan Azmin Ali dalam usaha Menteri Besar Selangor itu menyelamatkan kedudukannya pada saat-saat akhir dengan alasan membawa delegasi termasuklah yang dicurigai, ke beberapa negara Afrika Utara dan Jordan dalam apa yang dikatakan sebagai Skim Peduli Siswa, yang selama ini TIDAK DIPEDULIKAN pun!


Antara terawal yang membuat penafian adalah Dr. Daroyah Alwi, ADUN Sementa yang merupakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor.

Menurut Daroyah, dia tidak tahu menahu tentang hal 'lompat' parti itu apatah lagi dia sedang bersama-sama delegasi Menteri Besar di luar negara pada ketika itu.

Azmin Ali turut menafikan ada ADUN PKR yang akan lompat parti. Dua nama yang disebutnya adalah Daroyah dan Yaakob Sapari.


Awal sebelum itu, Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda merangkap SETPOL Azmin Ali, telah membuat penafian dan menyifatkan berita tentang lompat parti itu merupakan berita palsu yang dibuat untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran Selangor.

Manakala seorang lagi Exco, Elizabeth Wong pula memberitahu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan walaupun PAS dalam Muktamar Ke-63 mereka beberapa hari lepas di Kota Sarang Semut membuat ketetapan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor kerana PKR telah melanggar beberapa syarat, termasuklah turut menentang Islam dan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini.


Walaupun pukul canang dan gong di Selangor sekarang merupakan 'false alarm' tetapi keterdesakan Azmin Ali membawa lari Exco-Exco dan ADUN-ADUN yang disyaki akan lompat untuk menyokong kem Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin sudah cukup untuk menunjukkan, di kalangan barisan 'kabinet' negeri pun, kepercayaan sudah semakin menipis.

Seperkara lagi, seandainya Azmin Ali benar-benar yakin kekuatan Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) di Selangor, sudah tentu dengan penuh yakin dia akan membuat usul kepada KDYMM Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan, sepertimana yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud ketika krisis kepimpinan melibatkannya dengan Allahyarham bapa saudaranya merangkap mentornya, Tun Abdul Rahman Yaakob pada tahun 1987.

Terlalu banyak khabar angin yang kedengaran, tetapi pada masa yang sama, terlalu banyak penafian dan kemudian, ianya bertepatan sepertimana yang dijangkakan menerusi reaksi seperti yang dilakukan oleh Azmin Ali dengan melarikan ADUN-ADUN berkenaan ke luar negara bagi memanjangkan tempoh sekaligus membolehkan pujukan dilakukan.



Terbaharu ialah, Azmin Ali diberitakan sudah pun menghantar permohonan untuk menghadap KDYMM Sultan Selangor pada Jumaat nanti. Sekaligus, menandakan tempoh seminggu sebelum dia tergesa-gesa mengumpulkan ADUN-ADUN dan Exco-Exco tersebut untuk dilarikan...

Walau apa pun yang berlaku di Selangor, yang pastinya DAP tetap yakin kemenangan tetap berpihak kepada mereka memandangkan UMNO dan Barisan Nasional Selangor sendiri pun, tidak sekuat, bahkan tidak begitu berselera untuk kembali memerintah Selangor.

Manakala PAS Selangor pula... sudah tentu, ditelan mati emak, diluah mati bapa... apatah lagi setelah dua penggal hidup selesa dengan jawatan dan kedudukan yang turut menjamin kewangan...




 
Blogger Templates