Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 4, 2018

TIMBALAN PRESIDEN WARISAN DIBURU SPRM SETELAH MELARIKAN DIRI DALAM KES SONGLAP DUIT RISDA!!!



Timbalan Presiden WARISAN, Peter Anthony kini sedang diburu oleh SPRM setelah melarikan dan menghilangkan diri.

Peter Anthony merupakan orang yang sebelum ini dituduh menggunakan pistol untuk mengugut seorang kapitan Cina di Sabah setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu. 

Sebelum ini, Peter Anthony telah ditahan dan direman dalam satu kes rasuah. Dia bagaimanapun menghilangkan diri dan gagal dikesan oleh SPRM untuk siasatan satu lagi kes rasuah dan penyelewengan. 

Kes terbaru ini berkaitan dengan RISDA di mana deposit 10% telah dibayar oleh RISDA pada tahun 2014 untuk mebeli tanah yang bernilai RM155 juta. Tanah itu kemudiannya didapati berstatus Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tidak boleh dijual atau berpindah milik.

Deposit bernilai RM15.5 juta itu enggan dikembalikan dan dipercayai telah dimasukkan ke akaun individu-individu tertentu yang sedang disiasat oleh SPRM. 

Seorang lagi adalah dipercayai peguam yang menguruskan transaksi tersebut. SPRM dipercayai telah memburunya selama berbulan-bulan. (RUJUK SINI

Individu yang dipercayai berstatus peguam dan diburu oleh SPRM itu adalah Michael Persius Ubu, 61, yang memiliki nombor kad pengenalan 561129-12-5235 dan alamat terakhir yang diketahui adalah Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Pada Mac 2016, Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul telah membuat laporan polis terhadap firma yang mengendalikan urusniaga pembelian tanah berkeluasan 2,430 hektar di Daerah Tongud di Sandakan. 

Dalam laporannya, Datuk Zahidi mendakwa firma tersebut enggan mengembalikan deposit 10% yang berjumlah RM15,545,400 bagi pembelian tanah yang kemudian baru diketahui berstatus NCR dan bernilai lebih RM150 juta. 

RISDA pada ketika itu berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diketuai oleh Shafie Apdal. 


RARA OTHMAN PUN NAIK MENYAMPAH DENGAN PERANGAI GELOJOH DR. MAHATHIR YANG KEMARUK NAK JADI PERDANA MENTERI BALIK!!!



Bukan rahsia lagi, sebilangan besar penyokong DAP tidak suka langsung dengan langkah Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Dr. Mahathir. Malah tidak kurang juga yang sangat meluat apabila Dr. Mahathir mendabik dada yang dia adalah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Setakat ini, para pemimpin besar DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Mudah untuk difahami mengapa DAP yang diketahui amat agresif, bertindak pasif dalam isu Dr. Mahathir. Selain kerana Dr. Mahathir kini adalah sekutu mereka, harapan besar DAP adalah agar Dr. Mahathir dapat menarik seramai mungkin sokongan serta undi orang Melayu untuk DAP walaupun atas nama PPBM.

Proses yang sama juga berlaku membabitkan PAN dan Mat Sabu.

Kegusaran para penyokong dan pemimpin DAP dengan tarikh perbicaraan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Lim Guan Eng dan rakan kongsi isterinya, Phang Li Koon pula langsung tidak memberikan kelebihan kepada parti chauvinis tersebut. Hampir seluruh perhatian dan usaha kini dilakukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng.

Gagal dalam perbicaraan selepas gagal menunda atau mencabar kesahihan undang-undang Malaysia berkenaan rasuah dan salahguna kuasa, bermakna Lim Guan Eng hilang peluang untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN. Sekaligus dia juga akan hilang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kehilangan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bermakna segala penyelewengan dan skandal akan terdedah dan didedahkan. Sama ada oleh puak-puak DAP sendiri mahupun oleh pihak lawan mereka, Barisan Nasional.

Umum mengetahui, dalam DAP Pulau Pinang, terdapat dua fraksi yang saling bertentangan antara satu sama lain. Satu puak kuat menyokong Lim Guan Eng manakala satu lagi puak menyokong Chow Kon Yeow. Lim Guan Eng sebelum ini telah bertindak dengan menyingkirkan beberapa orang ADUN DAP yang diketahui dari kem Chow Kon Yeow. Salah seorang daripada mereka adalah ADUN Kebun Bunga dan ADUN Tanjung Bungah.

Disebabkan itulah, hampir tidak kedengaran langsung ulasan daripada kem DAP dalam Pakatan Harapan.

Namun, itu bukan bermakna DAP merestui apa yang dilakukan oleh bekas musuh ketat mereka.

Young Safura Othman atau Rara Othman yang dikatakan bakal menjadi calon DAP di DUN Dusun Tua pada PRU-14 nanti ternyata tidak dapat menahan diri daripada menzahirkan rasa meluatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir dan para pengikutnya.

Jawatan Perdana Menteri yang direbut-rebutkan dan menjadi modal Dr. Mahathir dan puak-puaknya, kata Rara, tidak sepatutnya direbut-rebut. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah memenangi PRU-14 terlebih dahulu.


Seorang lagi dari DAP, Zaid Ibrahim turut melahirkan perasaan yang sama. Cuma dia menyindir secara tidak langsung, kononnya dia tidak dijemput ke Konvensyen Pakatan Rakyat Ahad hadapan kerana tidak mempunyai 'PM Material'.

Pada PRU-13 lalu, isu siapa jadi Perdana Menteri, menjadi ribut di dalam PKR. Belum pun menang dan belum pun bertanding dalam PRU-13, PKR sudah bersungguh-sungguh menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak milik mutlak Anwar Ibrahim. PAS pada ketika itu masih bersama-sama Pakatan, turut mempunyai calon mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan DAP walaupun DAP secara 'berseloroh' menyokong kuat Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-7.

Malangnya Pakatan gagal menguasai Parlimen.

Kini, berbekalkan status sebagai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir mempotretkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri ke-7 yang paling afdal. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, berbanding PAS dan PKR, PPBM masih belum teruji di medan PRU. Bahkan PPBM sendiri sedang berhadapan dengan kemungkinan akan diharamkan oleh ROS kerana melanggar Perlembagaan Partinya sendiri.


Wednesday, January 3, 2018

NASIB MALAYSIA AKAN SAMA SEPERTI SRI LANKA KERANA BUAT PINJAMAN MUDAH DARIPADA CHINA UNTUK ECRL? INI JAWAPANNYA!!!


Penulis: Eric-See-To.
1. Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat dakyah mengenai pajakan 99 tahun yang diberikan oleh kerajaan Sri Lanka ke atas pelabuhan Hambantota kepada sebuah syarikat China untuk mengurangkan hutang kepada China – ditambah dengan tuduhan akan memberikan kesan kepada kedaulatan negara tersebut apabila kapal perang China belayar masuk ke dalam pelabuhan tersebut.

2. Pakatan juga mendakwa projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) juga akan mendapat nasib yang sama kerana menggunakan pinjaman mudah (soft loan) dari China.

3. Perbandingan sedemikian mungkin menggerunkan kepada mereka yang kurang pengetahuan tetapi setelah mereka memahaminya perbezaan tersebut, anda akan mentertawakan dakyah tersebut.

4. Pertamanya, kapal perang China tidak akan belayar menggunakan ECRL kerana tidak ada keretapi tentera, tidak ada apa yang perlu digusarkan.

5. Begitu juga dengan penyokong Mahathir tidak menekankan mengenai pajakan pelabuhan selama 99 tahun tersebut kepada China – bukannya pemilikan kekal. Tidak ada bezanya dengan tindakan Mahathir memajakkan 54,000 ekar tanah di Johor kepada Singapura selama 72 tahun sebagaimana di dalam perjanjian yang beliau sendiri tandatangani pada tahun 1990.

Namun tiada pula orang menuduh Mahathir “menjual negara”.

6. Keduanya, pelabuhan Hambantota ialah sebuah projek gajah putih dan sebahagian daripada kegagalan kerajaan Sri Lanka untuk membangunkan sebuah bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Hambantota di dalam wilayah Hamtantota terletak kira-kira 240km dari Colombo.

7. Bilangan penduduk yang dinyatakan oleh kerajaan Sri Lanka di Bandar Hambantota hanyalah 11,200 pada tahun 2001. Kini bilangan penduduknya yang menetap di sana dianggarkan seramai 50,000 orang sahaja. Malahan bilangan penduduk Kepong sahaja dua kali ganda jumlahnya.

Lihat di dalam peta Google yang jelas menunjukkan betapa kecilnya kawasan tersebut.

8. Selain daripada pelabuhan, kerajaan Sri Lanka juga membina Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di sana yang disebut sebagai lapangan terbang antarabangsa yang kosong.
http://www.cnbc.com/…/india-and-china-rivals-compete-for-co…

9. Sebab itulah pelabuhan Hambantonta sukar untuk menarik atau mempunyai kapal untuk berlabuh di pelabuhan tersebut – menyebabkan kerugian yang besar setiap tahun.

10. Kerajaan Sri Lanka menghadapi cabaran yang besar untuk merealisasikan kedudukan pelabuhan tersebut di suatu kawasan yang terasing. Berbanding dengan ECRL yang akan menampung keperluan pengangkutan kargo dan penumpang di negeri-negeri pantai timur dengan jumlah penduduk lebih dari empat juta orang.

11. Malahan, kerajaan Sri Lanka terjebak di dalam hutang dengan perbezaan hutang dan KDNK sebanyak 86.9% berbanding dengan Malaysia hanya 50.7%.

12. Dan yang paling malang sekali ialah hutang Sri Lanka menggunakan matawang asing iaitu sebanyak 43% berbanding dengan Malaysia hanya 2.5% sahaja.

13. Simpanan matawang asing (FOREX) Sri Lanka juga rendah iaitu US$5.12 bilion sehingga Mac 2017 berbanding dengan Malaysia sebanyak US$102.2 bilion.

14. Ditambah dengan keadaan di mana Sri Lanka mengalami defisit dagangan dan imbangan bayaran berbanding dengan Malaysia yang mengalami lebihan untuk kedua-duanya – menyebabkan Sri Lanka menghadapi masalah untuk meningkatkan simpanan FOREX.

15. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kos projek ECRL yang bernilai RM55 bilion tidaklah tinggi dengan ansuran pembayarannya selama 20 tahun dan juga dengan mengambilkira kepada saiz ekonomi Malaysia berjumlah RM1.3 trilion pada masa kini.

16. Malahan, pegangan tunai Petronas sahaja berjumlah RM129 bilion pada hari ini, KWSP pula dengan RM780 bilion - bermakna Malaysia lebih daripada berupaya untuk membiayai projek ECRL tanpa bantuan kewangan asing jika dikehendaki berbuat demikian.

17. Oleh itu, tidak wajar membandingkan dengan keadaan di Sri Lanka dengan merujuk pelabuhan Hamtantota dengan projek ECRL tersebut.

Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang.

MARAH SEBAB PAS UMUM AKAN BERTANDING 130 KERUSI PARLIMEN, MAHATHIR LABELKAN HADI AWANG SEBAGAI 'KAFIR'!!!



Kebencian Mahathir terhadap PAS tidak pernah berkurangan. Walaupun beberapa kali Mahathir menggunakan pentas PAS untuk menghentam pemimpin UMNO seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi, sikap Mahathir terhadap PAS memang tidak pernah berubah. Lebih-lebih lagi apabila PAS tidak pernah mahu mengikut kehendaknya. Malahan PAS sentiasa kritikal terhadapnya berbanding sikap PAS terhadap Najib Abdul Razak yang jauh lebih mesra. 

Lain dengan sikap Dr Mahathir terhadap DAP dan Lim Kit Siang. Biarpun DAP tidak pernah berhenti membencinya, Dr. Mahathir sanggup menebalkan muka dan menjatuhkan maruahnya untuk bersama-sama DAP termasuklah sentiasa mencari jalan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng terutama dalam isu yang membabitkan skandal rasuah dan penyelewengan yang kini sudah sampai ke peringkat mahkamah.

Terbaru, Malaymail Online melaporkan, Dr. Mahathir melabelkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat dan kafir ekoran keputusan parti tersebut mahu bertanding di 130 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. 

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menuduh Hadi telah membawa PAS 'bekerjasama' dengan UMNO dan sebelum itu DAP sedangkan kedua-dua belah parti tersebut telah dilabelkannya sebagai 'kafir'.

Dr. Mahathir juga berkata, Hadi tidak mempunyai sebarang impian untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan sebaliknya hanya mahu mengganggu PRU bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. 

Ini kerana katanya, Hadi tahu kebanyakan kerusi tersebut, PAS akan kalah. Tetapi Hadi lebih berminat untuk membantu Najib memenangi PRU-14 dengan memecah belahkan undi pembangkang. 

"Ini adalah tujuannya dan ia langsung tidak Islamik. Orang Melayu menggelarkannya sebagai pengkhianat." (RUJUK SINI

Mahathir turut mengungkit ucapan-ucapan Hadi pada tahun-tahun 1980-an yang seringkali menggambarkan UMNO sebagai parti kafir, malahan Dr. Mahathir turut berkata, Hadi seringkali mengaitkan sesiapa yang bekerjasama dengan UMNO sebagai kafir. 

Hakikatnya, Dr. Mahathir cuba untuk menyalahkan Hadi Awang kerana permusuhan PAS terhadapnya dan UMNO yang dipimpin olehnya. Perubahan pucuk pimpinan UMNO kepada Abdullah Badawi dan Najib Abdul Razak menyaksikan perubahan besar sikap PAS terhadap UMNO. Sekaligus menunjukkan bahawa permusuhan PAS kepada UMNO sebenarnya adalah permusuhan ahli-ahli dan kepimpinan PAS terhadap Dr. Mahathir yang sentiasa mencari jalan untuk menganiayai parti tersebut, termasuklah kerapkali cuba menggambarkan PAS sebagai sebuah parti militan. 

Di sepanjang pentadbiran Mahathir, ramai pemimpin PAS terutama dari Dewan Pemuda, termasuklah anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ditangkap dan ditahan di Kamunting di bawah ISA kerana dituduh terlibat dengan gerakan militan biarpun tiada sebarang bukti yang ditampilkan.

Kata Mahathir lagi, daripada 130 kerusi yang bakal ditandingi itu, PAS akan kalah kesemuanya tetapi itu sudah cukup untuk PAS membantu rakan baik mereka yang sebelum itu merupakan kafir-kafir dari UMNO. 

"Pada masa yagn sama, PAS juga akan bekerja dengan kafir. Ini menjadikan dia (Hadi) sebagai kafir," kata Mahathir yang merujuk kepada DAP. 

Kemarahan Mahathir terhadap Abdul Hadi Awang semakin bertambah apabila Presiden PAS itu mengumumkan, PAS akan bertanding di 130 kerusi Parlimen dan telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru melibatkan Pakatan dan BN. 

Puak pembangkang berjaya memperolehi jumlah kerusi yang agak besar pada PRU 2008 dan PRU 2013 menerusi persekongkolan antara PKR-DAP dengan PAS. Bagaimanapun, hubungan PAS dengan DAP dan PKR berakhir pada 2015 apabila Lim Guan Eng dan DAP menghalau PAS dari Pakatan dalam usaha menggertak parti itu supaya menuruti kehendak DAP terutama dalam menentang isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia.

Dr. Mahathir pernah beberapa kali memujuk PAS supaya bekerjasama dengan PPBM khususnya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, terutama sekali selepas menyedari PAS mempunyai kelebihan berbanding PKR dan DAP terutama dari segi sokongan mahupun logistik. Malahan kelebihan PAS itulah yang telah membantu PKR dan DAP. Bagaimanapun, pujukan Mahathir ditolak, sekaligus menyebabkan Dr. Mahathir semakin meradang dan berkata, PAS menyertai PRU-14 kali ini semata-mata untuk menolong Najib walaupun sekiranya PAS menyertai Pakatan, PAS sebenarnya membantu Lim Guan Eng dan Mukhriz Mahathir!


Tuesday, January 2, 2018

AKHIRNYA MAHATHIR BERPERANG DENGAN WANITA DUA BERADIK DARI PERAK DAN PARA PENYOKONG MAHATHIR DILANDA KEBIMBANGAN LUAR BIASA!!!



Sama ada dalam atau luar negara, para pemerhati politik khususnya pada era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia seringkali mengulas tentang sikap Dr. Mahathir yang akan melakukan serangan demi serangan secara bertali arus untuk mennutup perbuatan songsangnya, sekaligus membuatkan orang ramai terlupa tentang masalah yang telah diciptanya, atau wang negara dilarikan untuk kroni dan anak-anaknya. Seringkali juga, taktik Mahathir itu berjaya sehingga akhirnya, ramai orang terlupa tentang masalah-masalah besar yang diciptanya bermula dari zaman dia dilantik sebagai Senator pada tahun 1973.

Perhimpunan Agung PPBM Kali Pertama telah diadakan minggu lepas. AGM tersebut mendapat kritikan dari banyak pihak ekoran perlanggaran banyak syarat-syarat serta Perlembagaan PPBM sendiri.


Meskipun jentera propaganda PPBM cuba 'memperbetulkan' kenyataan tersebut dengan menyatakan, AGM PPBM yang dianjurkan di Shah Alam itu adalah sah di sisi undang-undang dengan hujah-hujah dangkal mereka, namun bekas Naib Presiden PPBM yang keluar dari parti tersebut, Dato Hamidah Osman mempersoalkan perjalanan AGM berkenaan.

Berdasarkan kepada perlembagaan PPBM sendiri, AGM perlu dimulakan dengan mesyuarat Cawangan, Bahagian yang kemudian akan melantik perwakilan. Sepanjang tempoh PPBM ditubuhkan, berdasarkan hujah-hujah para penyokong PPBM sendiri, hanya Bahagian Pagoh sahaja yang didaftarkan. Bermakna, perwakilan-perwakilan yang datang ke AGM itu adalah 'perwakilan haram'... trick mudah untuk memudahkan ROS mengharamkan PPBM dan kemudian menyalahkan UMNO-BN kononnya takut dengan Dr. Mahathir dan PPBM sehingga perlu mengharamkan parti berkenaan.

Mahathir tahu, zaman sudah berubah. Trick sebegitu mudah dibaca. Orang ramai juga tidak lagi tertahan-tahan untuk memberikan pendapat berdasarkan pengetahuan mereka.


Dan sedar bahawa salah seorang yang akan menghentam teruk PPBM kerana mengadakan AGM haram adalah bekas orang kuat parti itu yang juga merupakan pengasas PPBM di Perak, Dato Hamidah Osman dan adiknya, Hamizura, Dr. Mahathir terlebih dahulu dalam ucapannya dalam AGM PPBM yang dilihat lebih kepada melepaskan geram terhadap Najib Abdul Razak, mengibaratkan mereka yang keluar dari PPBM adalah 'SAMPAH'.

Mahathir menyerang terlebih dahulu sebelum Hamidah dan Hamizura menyerangnya dan PPBM. Mahathir mengumpan kemarahan orang lain dengan harapan, pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal kewangan negara semasa dia berkuasa dahulu, dilupakan terutama sekali yang membabitkan RCI Forex dan satu lagi RCI yang bakal diadakan, RCI Memali.

Kedua-dua beradik itu telah pun melancarkan dan mengisytiharkan 'perang'. Walaupun kedua-duanya pernah beridolakan Mahathir, malah Dato Hamidah Osman sendiri secara berterus-terang pernah menyatakan, dia mahu melihat Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, perangai buruk Mahathir menyebabkan kedua-duanya mula mempersoalkan kewibawaan Mahathir sendiri.


Berbanding Mahathir, Hamidah Osman dan adiknya, hanyalah nama kecil. Tetapi cerita bagaimana mereka mewujudkan PPBM di Perak sehingga sanggup membakar jambatan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak, adalah cerita besar. Bahkan setelah PPBM wujud di Perak, kedua-duanya diketepikan untuk memberi laluan kepada orang yang tidak pernah peduli pun tentang PPBM, akhirnya menyebabkan PPBM Perak berpecah dan runtuh seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Dalam sejarah, satu-satunya wanita yang Mahathir pernah bergaduh adalah Margaret Thatcher. Sepanjang sejarah kerjaya politiknya, Mahathir terlalu kuat bergantung kepada Wanita. Dari zaman Aishah Ghani sehinggalah ke zaman Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman dan seterusnya Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan kuasa dan kedudukannya.

Tetapi sekarang, sejarah juga bakal mencatatkan, Mahathir diserang oleh dua orang wanita yang pernah berbudi kepadanya dan Mukhriz Mahathir!


Monday, January 1, 2018

TAK SALAH PAKATAN GEMBIRA PEMANSUHAN TOL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN... NAK HARAPKAN KERAJAAN AZMIN ALI, KENYANG CERITA RETORIK SAJALAH!!!



PEMBEBASAN Lebuhraya Persekutuan daripada kutipan tol akhirnya dimuktamadkan apabila kutipan tol di pondok tol Batu Tiga dan Sungai Rasau secara rasmi berakhir pada tengah malam tadi. Bermula dari jam 12:01 tengah malam sehinggalah sampai bila-bila tiada lagi kutipan tol di lebuhraya berkenaan.

Semua pihak bergembira. UMNO Shah Alam mendakwa, perjuangan merekalah yang menyebabkan Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2018 pemansuhan kutipan tol di kedua-dua pondok tersebut. Manakala Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali pula mendabik dada bahawa Kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur untuk menutup dan memansuhkan kutipan tol di kedua-dua lokasi berkenaan. Ini adalah kerana sebelum UMNO Shah Alam meminta dan mendesak Perdana Menteri agar memansuhkan kutipan tol di situ, terlebih dahulu Pakatan pada 5 tahun lampau telah melakukannya.


5 tahun lalu, ketika Pakatan yang ketika itu dianggotai oleh PKR-DAP-PAS memekak tentang kutipan tol di kedua-dua lokasi, banyak persoalan dilontarkan khususnya kepada DAP yang sentiasa cuba menjadi juara mendesak kutipan tol dimansuhkan. Ini adalah ekoran kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memansuhkan tol Sungai Nyior meskipun berada di bawah kawalan kuasa Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan banyak tol di lebuhraya-lebuhraya Lembah Kelang di mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan termasuklah di Kesas mahupun di Jalan Cheras-Kajang.

Baik Kerajaan DAP mahupun Kerajaan PKR Selangor, kedua-duanya tidak pernah mempunyai keinginan untuk menghapuskan tol lebuhraya kerana sedar, pampasan untuk konsesi adalah terlalu tinggi ekoran perjanjian berat sebelah yang dimeterai pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tiada sebarang usaha daripada DAP mahupun PKR untuk memansuhkan kutipan tol di negeri masing-masing.

Tetapi apabila membabitkan Kerajaan Persekutuan, DAP dan PKR cukup kuat menyalak. Meskipun pada masa yang sama, peruntukan MARRIS dan PBT yang diserahkan kepada kedua-dua negeri saban tahun, hilang entah ke mana, tetapi baik Azmin Ali mahupun Lim Guan Eng bijak mengalihkan isu dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan.


Dalam menuntut kredit seperti yang dilakukan oleh Pakatan, mungkin bagi UMNO dan para penyokong mereka, sesuatu yang menjengkelkan. Apatah lagi di sebuah negeri yang pertumbuhan industri maksiat, jenayah dan dadah selain kadar demam denggi yang tertinggi di seluruh Malaysia. Kenaikan pelbagai cukai termasuklah cukai dan premium tanah di Selangor, selain skandal dan penyelewengan yang turut melibatkan seluruh keluarga Menteri Besar Selangor, sebenarnya jauh lebih besar berbanding penutupan pondok tol Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Justeru, tidak sepatutnya para penyokong dan pemimpin Pakatan yang mahu merasai sedikit keseronokan daripada nikmat pentadbiran Barisan Nasional menerusi pemansuhan kutipan tol di kedua-dua lokasi terbabit diperlekehkan. Sebaliknya, mereka perlu diraikan.



Bukan mudah untuk berasa gembira di sebuah negeri yang penuh dengan retorik, yang penuh dengan cerita-cerita indah di atas kertas tetapi praktikalitinya entah di mana, yang rakyatnya kenyang dengan pelbagai cerita mendabik dada oleh Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri tetapi gagal sehingga kini untuk menerangkan ke mana hilangnya peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM2 bilion sedangkan mutu jalanraya di Selangor di bawah Kerajaan Negeri jauh lebih teruk berbanding di kawasan pedalaman Sabah mahupu Sarawak.

Biarkan mereka gembira...


MAHFUZ OMAR KELUAR PAS, PAN DAN CAP BUNGA SUKA... AHLI DAN KEPIMPINAN PAS LAGI GEMBIRA!!!



Akhirnya, setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang menang atas tiket PAS pada PRU lalu, mengisytiharkan diri keluar dari parti yang menjadi asbab, keluarnya dia dan keluarganya dari garis kemiskinan. 

Mahfuz Omar membuat pengisytiharan dalam satu sidang media pada 31 Disember 2017 antara jam 2:15 sehingga 2:55 petang di Bilik Mesyuarat 2, Hotel Royale Signature, Jalan Tengah, Alor Star Kedah. Pengisytiharan keluar parti itu berkuatkuasa pada jam 12:00 tengah malam 1 Januari 2018.

Sidang medianya dihadiri lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan Negeri Kedah dan para wartawan. Antara yang datang termasuklah: 

(a) Phahrolrazi Zawawi, ADUN Pengkalan Kundor
(b) Tan Kok Yew, ADUN Derga
(c) Asmirul Anuar Aris, Ketua Pemuda PAN Kedah
(d) Muhammad Mujaheed Mahfuz, anak lelakinya


Dalam sidang medianya, Mahfuz memberitahu halatujunya kini adalah bersama-sama Pakatan Harapan. Dia tidak lagi boleh bersama-sama PAS kerana PAS tidak lagi bersama-sama Pakatan. Walaupun dia kononnya  mahu 'menyelamatkan' PAS tetapi apabila PAS tetap enggan bekerjasama dengan Pakatan, terutama sekali selepas memutuskan hubungan dengan DAP dan seterusnya PKR, hatinya sudah tawar dengan PAS. Ditambah pula apabila PAS melarang ahli-ahli PAS supaya tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan, membuatkan Mahfuz semakin yakin, tidak tidak perlu lagi berada di dalam PAS.

Selepas DAP menerusi Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS selepas isu RUU355 pada penghujung 2015, Mahfuz merupakan antara yang paling tidak senang duduk. Dia berusaha pelbagai cara termasuklah menentang kepimpinan tertinggi PAS bagi membolehkan PAS diterima semula menjadi sebahagian daripada DAP sepertimana yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13.

Bagaimanapun, Mahfuz gagal dalam aspirasi dan perjuangannya itu. Bahkan dia semakin tersisih apabila pucuk pimpinan PAS berulangkali 'menghalaunya' keluar dari parti itu. Untuk menutup malu, Mahfuz menyatakan, PAS tidak dilihat memberikan komitmen tinggi lagi terhadap perjuangan rakyat dan agama Islam di Malaysia. Malah katanya, ahli-ahli PAS telah dipermain-mainkan dalam isu RUU355 walaupun dalam sidang Dewan Rakyat, yang berusaha menangguhkan dan melakukan pelbagai provokasi agar RUU tersebut tidak dibentangkan adalah puak-puak Pakatan, terutama dari DAP dan PAN sendiri. 


Mahfuz menyertai PAS pada 12 Mac 1984 dan bernombor keahlian 0166398. Jawatan terakhirnya dalam PAS adalah Naib Presiden PAS sebelum barisan pro-ulama mengenepikan kumpulan parasit yang dibiayai oleh DAP pada pemilihan tahun 2015. Bagaimanapun, Mahfuz meskipun gagal mempertahankan jawatannya, tidak bersama-sama Mat Sabu dan golongan kecewa tersebut keluar dari PAS untuk menyertai parti yang dibiayai oleh DAP, PAN.

Menurutnya, dia akan mengambil satu tempoh bertenang sebelum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti. Kononnya dia telah mendapat tawaran daripada DAP, PPBM dan PAN. Bagaimanapun, dia berazam untuk menarik seramai mungkin ahli-ahli PAS untuk bersama-sama menyokong Pakatan Harapan. 


Menariknya, Mahfuz turut memaklumkan bahawa isteri dan anak perempuannya juga akan menuruti jejak langkahnya dalam masa terdekat. Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkannya sebagai 'menuruti jejaknya'. Besar kemungkinan dia memaksudkan yang mereka juga akan keluar dari PAS. 

Daripada pemerhatian, ramai yang hadir semalam terdiri daripada ahli-ahli dan para penyokong PAN. Bagaimanapun pada 29 Disember 2017, maklumat yang diterima, ahli-ahli PAN Kawasan Pokok Sena telah menghantar memo bantahan kepada pimpinan PAN Pusat bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap Mahfuz Omar sebagai calon di Parlimen Pokok Sena pada PRU-14 kerana dia gagal menyatakan pendirian untuk menyertai parti mana. Besar kemungkinan atas faktor tersebut, Mahfuz akhirnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS untuk membolehkan sokongan agar dia kembali dicalonkan di Parlimen Pokok Sena pada PRU kali ini. 


Cuma yang menariknya ialah, rata-rata ahli-ahli PAS menyambut baik dan bergembira dengan pengumuman Mahfuz Omar. Malah ada yang memanjat kesyukuran dengan keputusan yang dibuat oleh Mahfuz Omar itu. 



 
Blogger Templates