Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 28, 2019

PRU-14 TIDAK SAH, LIM GUAN ENG DAN TOMMY THOMAS HILANG JAWATAN?!!



Semuanya berpunca apabila Tommy Thomas mewujudkan sebuah tribunal yang dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong yang bertindak sebagai Pengerusi Tribunal tersebut selain Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Tribunal tersebut ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam orang bekas anggota SPR pada PRU-14 iaitu Othman Mahmood, Mohd Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong.

17 Oktober tahun lalu, terdapat laporan bahawa Kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal berkenaan. Namun pada hari berikutnya, kesemua 'yang tertuduh' telah mengumumkan perletakan jawatan dengan yang terakhir berbuat demikian adalah pada 27 November.

Bagaimanapun, hari ini, tribunal khas untuk menyingkirkan enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi keliru selepas seorang peguam yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara berkata tindakan itu adalah perkara akademik memandangkan semua mereka telah meletak jawatan.


Azam Aziz yang merupakan salah seorang peguambela bagi keenam-enam baks anggota SPR tersebut dalam muatnaik statusnya di Facebook berkata,

SPR yang kendalikan PRU14
Bersih mengadu kepada PM bahawa wujud salahlaku di pihak SPR ketika mengendalikan PRU14
PM minit kan surat aduan Bersih berkenaan kpd AG
AG menasihatkan PM utk menubuhkan Tribunal Khas bagi memecat Anggota SPR
AG merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.
AG membiarkan PM mengadap Timb YDPA dan mempersembahkan Representasi kpd YDPA bahawa satu Tribunal Khas perlu di wujud kan utk menyiasat salahlaku dan jika benar wujud salahlaku berkenaan maka kesemua 6 Anggota SPR berkenaan harus di pecat.
AG masih merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua 6 orang Anggota berkenaan telah meletakkan jawatan.
AG gagal menasihatkan PM bahawa Tribunal tidak boleh memecat mereka yg telah meletakkan jawatan.
Tribunal yg di tubuh kan di bawah Perkara 125(3) hanya mempunyai 1 kuasa iaitu kuasa memecat.

DI BAWAH PRINSIP RULE OF LAW, SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DI PECAT
DISEBABKAN TRIBUNAL INI TIDAK LAGI BOLEH MEMECAT JADI TIADA ASAS UNDANG2 UNTUK TRIBUNAL INI MENYIASAT SEBARANG ADUAN SALAH LAKU KERANA IANYA MEMBUANG MASA TRIBUNAL KERANA AKHIRNYA TAK BOLEH PECAT ORANG YG TELAH MELETAK JAWATAN.
Selepas PM menasihati Timb YDPA utk menubuhkan Tribunal ini, YDPA telah berkenan utk bersetuju dengan cadangan PM
AG sekali lagi GAGAL menjalankan tugas Perlembagaan beliau utk menasihati YDPA dan memaklumkan kepada Baginda bahawa sebenarnya pada Tarikh Perkenan Tuanku itu, kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.
Jika AG menasihatkan PM dan YDPA dan tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan PM dan YDPA maka besar kemungkinan tidak wujud KESIPUAN pada hari Persidangan Tribunal seperti yg berlaku pada hari ini.
Perjalanan Tribunal hari ini yg di anggota 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi Negara) telah berlangsung dgn keadaan penuh kesipuan kerana masing2 memahami bahawa prosiding ini adalah hasil dari KECUAIAN DAN KESILAPAN AG yang gagal menjalankan tugas beliau.
Di sebabkan itu, yang melakukan "Salahlaku" sekarang adalah AG dan suatu Tribunal Khas perlu di bentuk di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan utk memecat Peguam Negara.

APABILA MELAYU-MELAYU PEMBODEK LIM GUAN ENG DILANTIK MENGETUAI AGENSI DAN SYARIKAT AKHBAR, JANGANKAN LUDAH DAN DEDAK, TAIK LIM GUAN ENG PUN MEREKA JILAT DAN KUNYAH!!!



Banyak pihak yang melahirkan kehairan ekoran akhbar-akhbar seperti New Sunday Times di bawah NST Group enggan menyiarkan walau sepatah pun tentang kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Cameron Highland pada muka hadapan akhbar tersebut. Sedangkan walau sebarang kejayaan, meskipun terlalu kecil yang melibatkan Kerajaan Pakatan, NST akan menggunakan ruang sebesar-besar mungkin pada muka hadapan untuk menyiarkan dan meuwar-uwarkannya.

Atau sebenarnya NST mahu memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa berita kemenangan Barisan Nasional, tidak ada sebarang nilai seperti NST beranggapan Barisan Nasional yang sudah kehilangan kuasa, tidak lagi bernilai kerana tidak boleh diperah dananya seperti ketika zaman kekuasaan BN sebelum ini?

Mujurlah ada media sosial yang dipenuhi dan dikerumuni oleh netizen untuk membaca dan mengetahui perkembangan terbaharu. Malahan dari semasa ke semasa, hantaran-hantaran maklumat baru tentang PRK Cameron Highland jauh lebih cekap dan tepat berbanding yang dibuat oleh NST sendiri.

Situasi ini pastinya berbeza sama sekali jikalau keputusan PRK Cameron Highland berpihak kepada DAP. Tentu sekali NST akan meraikannya dan merayakannya dengan pelbagai tajuk-tajuk hebat yang memuji-muji kehebatan Lim Guan Eng dan gerombolan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.


Nak harap apa kalau Editor Kumpulan NST adalah Mustapha Kamil?

Sebelum dilantik, dialah pejuang media yang lebih terbuka, lebih adil, lebih saksama kononnya. Sebelum dilantik, dialah yang paling lantang dan paling galak menuduh media-media arus perdana termasuklah NST sudah tidak ada kredibiliti, menjadi alat kerajaan dan menyorok berita terutama yang membabitkan pembangkang.

Tetapi apabila dia dilantik dan didudukkan sebagai orang yang berkuasa di NST, apa yang dikatakan dan dituduhnya, itulah yang dia buat. Malahan AMALAN MEMAKAN DEDAK yang diamalkannya jauh lebih menjijikkan dan lebih meloyakan kerana selain MEMAKAN DEDAK, dia dan Kadir Jasin juga menghirup kahak dan ludah mereka sendiri.

Sudah tidak ada elemen kritis. Sebaliknya yang wujud hanyalah bodek ampu dan angkat mengangkat bagi menyelamatkan dan mengekalkan kedudukannya. Semuanya perlu ikut telunjuk Mahathir dan Kadir Jasin.

Itulah keterbukaan media di bawah Era Malaysia Baru... lebih tepat lagi di bawah kepimpinan kali kedua Mahathir dan DAP.

Sebenarnya NST tidak bersendirian. Turut kelihatan bodoh adalah BERNAMA, agensi rasmi Kerajaan. BERNAMA sudah tidak lagi profesional, malah jauh dari bebas berbanding sebelum ini. Laporan-laporan BERNAMA yang diketuai oleh Azman Ujang yang cukup kuat DAPnya, lebih menyerupai ROKET, organ media rasmi DAP.


Seperti kata Fakhrul Mohd Salihin:

Dahulu ketika era BN, beliau licik membodek dan kini pada era Pakatan Harapan, lagi galak membodek malah menjadi suara DAP. Ramai wartawan dan staf Bernama, kecewa melihat hilangnya kredibiliti Bernama sekarang.

Satu lagi media yang mengecewakan adalah Astro Awani. Sentiasa ada sahaja usaha untuk menafikan BN dan Pas sebaliknya menjadi alat Pakatan Harapan secara terang-terangan.

Kemenangan BN di Cameron Highlands semalam misalnya dilaporkan secara sinikal dan angle yang menampakkan seolah-olah ia bukan kemenangan sebenar.

Mereka lupa dalam demokrasi menang apatah lagi majoriti besar adalah kemenangan kepada rakyat dan demokrasi. Hormatilah keputusan rakyat.

Nampaknya Kumpulan NST, Bernama dan Astro Awani kini bukan lagi berorientasikan rakyat tetapi menjadi alat kerajaan semata-mata. Memalukan dan tiada kelas.

Dengan NST, Bernama dan Astro Awani semakin tidak relevan, rakyat akan lebih banyak beralih kepada media sosial sebagai sumber rujukan.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh media arus perdana yang menyokong kerajaan secara taksub akan makan diri.

Sejarah telah membuktikan dan belajarlah daripada sejarah.

SETAKAT BERKALI-KALI MAKAN ANGIN DI LUAR NEGARA DAN DITANGGUNG RAKYAT SEPENUHNYA, ITU YANG DIKATAKAN MAHATHIR KERJA KUAT?!!



Menteri Besar Johor, Osman Sapian berkata, penjawat awam sepatutnya bekerja kuat seperti Mahathir. Katanya lagi, apabila seseorang memilih untuk berkerjaya sebagai penjawat awam, bererti mereka membuat pilihan untuk berkhidmat dan menabur bakti untuk rakyat dan negeri. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, apa yang susah sangat nak kerja macam Mahathir? Hanya berjalan makan angin ke luar negara dan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh rakyat. Orang buta huruf pun boleh bekerja macam Mahathir. Malah lebih 'keras' dari itu pun, ramai yang boleh.


Selama 8 bulan kembali menjadi Perdana Menteri, sekurang-kurangnya sudah 16 kali Mahathir melancong ke luar negara termasuklah ke Jepun sebanyak tiga kali. Dalam kesemua perjalanan makan angin itu, Mahathir hanya membawa pulang hutang dari Bon Samurai berjumlah RM10 bilion.

Selebihnya, Mahathir hanya membazirkan wang rakyat Malaysia berpuluh-puluh juta semata-mata untuk membiayai kegemarannya melancong ke luar negara demi mewuar-uwarkan kejayaannya kembali sebagai Perdana Menteri meskipun sudah berusia 94 tahun, sekaligus menjadi Perdana Menteri tertua di planet ini.


Sesuatu yang amat pasti ialah, semenjak 9 Mei 2018, iaitu pada hari kejatuhan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional, ekonomi dan kewangan negara jatuh semakin teruk. Nilai Ringgit Malaysia berbanding matawang-matawang lain, termasuklah matawang Papua New Guinea, juga jatuh teruk.

Metafora kononnya, jatuh Najib akan menaikkan nilai Ringgit, rupa-rupanya terbalik. Jatuh Najib, Ringgit Malaysia juga jatuh lebih teruk. Malah sudah semakin menghampiri nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika sebelum diikat pada RM3.80 pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir sendiri.

Begitu juga dengan harga komoditi. Semuanya jatuh teruk. Kejatuhan tersebut semakin membimbangkan ekoran kecenderungan Mahathir untuk membela kroni utamanya, Robert Kuok yang menguasai pasaran sawit di Indonesia.

Robert Kuok merupakan salah seorang pemilik ladang terbesar di Jepun dan pada masa yang sama, penguasa kartel minyak sayuran yang menguasai pasaran di Malaysia.

Pembatalan banyak projek-projek mega yang Negara China ada kepentingannya di Malaysia atas alasan mahu menyelamatkan Malaysia, sedang menyaksikan bukan Malaysia semakin selamat, sebaliknya hidup rakyat yang semakin merempat ekoran sekatan yang dikenakan oleh Negara China meskipun secara tidak rasmi ke atas Malaysia.

16 kali bersiar-siar di luar negara, apa keberhasilan yang dibawa masuk untuk rakyat Malaysia oleh Mahathir?

28 kali makan angin di luar negara, apa kejayaan Azmin Ali selaku Menteri Ekonomi yang kuat menyokong Mahathir?

Masih lagi nak menyalahkan Najib? Cukupkah dengan alasan semuanya ini kerana 1MDB dan Najib-Rosmah?

Rasa-rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia sudah semakin muak dan bosan dengan alasan melepas diri sebegitu rupa.


KERAJAAN NEGERI PAHANG BUAT SILAP BESAR DAN MASIH TIDAK SEDAR SEBAB BAGI PERMIT TANAH KEPADA PEKEBUN SAYUR DI CAMERON HIGHLAND!!!



Lima hari lepas, Kerajaan Negeri Pahang memberikan permit kepada 73 pekebun sayur di Cameron Highland dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Cameron Highland seluas kira-kira 146 hektar. Tindakan tersebut dilihat sebagai LANGSUNG TIDAK KENA memandangkan pada masa yang sama, kempen PRK Cameron Highland sedang berlangsung.

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar, 64 orang pekebun sayur yang menerima permit tersebut adalah pengusaha yang telah beroperasi secara haram selama lebih 10 tahun. Kata Menteri Besar Pahang itu lagi, ketiadaan penguatkuasaan sebenarnya adalah untuk menunjukkan kepada para pekebun haram tersebut tentang kebaikan Kerajaan Barisan Nasional. (RUJUK SINI)

Jahanamnya ekosistem di Cameron Highland adalah disebabkan pekebun-pekebun sayur ini. Ditambah pula dengan ketiadaan penguatkuasaan, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila saban kali munculnya berita tentang warga asing khususnya dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang mengusahakan kebun sayur secara haram di Cameron Highland di dada-dada media.


Keputusan PRK Cameron Highland jelas menunjukkan keinginan sebenar Kerajaan Negeri Pahang yang tulus itu, tidak langsung dihargai. Dengan hanya 1% daripada jumlah undi yang diterima calon Barisan Nasional dari pengundi Cina iaitu sekitar 120 undi sahaja berbanding undi untuk calon DAP berjumlah 7216, jelaslah tindakan lembut dan lembik lutut Kerajaan Negeri Pahang memakan diri sendiri.

Kerajaan Negeri Pahang seharusnya menggunakan kaedah yang sama seperti Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Walaupun Perdana Menteri yang kelihatan adalah Dr. Mahathir, tetapi hampir kesemua dasar dan polisi termasuklah memecat penjawat awam, datangnya dari DAP.

Tony Pua suatu ketika dahulu menyatakan penjawat awam merupakan satu bebanan kepada negara. Justeru apabila DAP menguasai Kerajaan Pusat, perkara pertama yang mereka lakukan adalah membuang belasan ribu orang dalam tempoh 24 jam sahaja.

Surat pekeliling tentang pengecilan saiz kakitangan awam sebanyak 1% atau 16,000 orang baru-baru ini tular di media-media sosial. Tiada seorang pemimpin DAP pun yang muncul untuk menjawab atau menerangkan rasional tindakan tersebut. Malahan Perdana Menteri yang kononnya akan membela Melayu dan Islam, turut berdiam diri.


Kerajaan Negeri Pahang seharusnya berbuat perkara yang sama. Permit-permit yang diberikan itu, HARUS DITARIK BALIK dan penguatkuasaan terhadap pembukaan tanah-tanah baru serta penerokaan haram, perlu dikuatkuasakan terutama sekali di kawasan yang diketahui kubu kuat DAP.

Mengapa dalam soal undang-undang negara dan negeri, para penganut dan penyokong DAP perlu dikecualikan, bahkan mereka diberikan layanan yang langsung tidak diterima oleh anak-anak negeri? Apatah lagi, penganugerahan permit tanah itu, tidak akan menurunkan harga sayur walau satu sen pun.

Atau sememangnya Kerajaan Negeri Pahang takut dengan penyokong-penyokong DAP kerana berlainan spesies?

Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang belajar dari sejarah, bagaimana kaum berkenaan diberi tumpang, kemudian diberi hak pajakan 99 tahun, kemudian apabila mereka berkuasa, mereka menuntut agar ditukarkan 99 tahun menjadi 999 tahun dan akhir sekali mereka mendakwa, merekalah yang memajukan negara ini manakala warga asal pula sekadar menumpang dan tidak memberikan sebarang kebaikan untuk negara.



Sunday, January 27, 2019

NAJIB SERANG LIM GUAN ENG LAGI... KADAR MAKANAN DI SBP DAN TARIF ELEKTRIK YANG DINAIKKAN SERTA REBAT YANG DIMANSUHKAN!



Antara yang menjadi kepantangan besar kepada para pemimpin Pakatan, khususnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah Najib Abdul Razak.

Setiap kali Najib menulis di media sosialnya, sama ada di Twitter apatah lagi di Facebook, tulisannya seakan-akan ditunggu oleh ramai 'peminatnya'.

Namun yang paling pasti, ramai yang tertunggu-tunggu, apa lagi isu yang akan disebut dan dibangkitkan oleh Najib.

Kerana setiap kali Najib membangkitkan sesuatu isu, setiap kali itulah, Lim Guan Eng akan sibuk membuat u-turn dan cuba memperbetulkannya semula. Seolah-olah Najib telah membuka tembelang dan temberangnya, dan demi menutup tembelang serta temberang tersebut, Lim Guan Eng yang seringkali cuba menunjukkan dia seorang yang bijak, terpaksa ikut cakap Najib.

Paling ketara adalah tentang harga minyak apabila Najib membangkitkan isu bagaimana Lim Guan Eng menyebat duit rakyat menerusi harga minyak yang sepatutnya telah diturunkan ekoran penurunan harga dunia. Pada ketika itu, harga minyak RON95 yang dijual di Malaysia adalah RM2.20 seliter, harga yang sama ketika harga minyak dunia masih mahal ketika kali terakhir Najib bergelar Perdana Menteri.


Ketika harga minyak dunia telah turun lebih rendah, sepatutnya harga kepada rakyat Malaysia juga perlu direndahkan. Tapi Lim Guan Eng mengekalkan harga RM2.20 menjadikan rakyat terpaksa membayar lebihan RM0.30 bagi setiap liter yang dibeli. Sekaligus membolehkan Kerajaan merompak lebih RM200 juta setiap minggu selama tiga bulan.

Malu kerana terdedah pembohongan dan rompakan dilakukan, akhirnya Lim Guan Eng terpaksa menggunakan kaedah yang telah pun diperkenalkan oleh Najib iaitu pengapungan harga mingguan.

Dan Najib tidak berhenti setakat itu sahaja.

Terkini, Najib membangkitkan isu, ketika Sekolah-Sekolah Persendirian Cina memperolehi lebih RM12 juta tanpa melalui prosedur kewangan negara dan tanpa dibentangkan untuk mendapatkan persetujuan Ahli Dewan Rakyat, pelajar-pelajar di Sekolah Berasrama Penuh yang majoritinya adalah Melayu-Bumiputera pula terpaksa berhadapan dengan pemotongan belanja makan. 

Apakah kali ini Dr. Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pelajaran yang lebih dikenali sebagai Menteri Kasut dan Stokin Hitam akan memberikan jawapan sama seperti jawapan tentang peruntukan gelap untuk sekolah-sekolah persendirian Cina itu iaitu, potongan tersebut tidak dibuat menerusi kementeriannya?

Najib turut membangkitkan tentang rebat caj bil elektrik RM20 yang telah dimansuhkan dan pengguna berkenaan yang sebelum ini tidak perlu membayar bil, di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perlu mengeluarkan belanja lebih. Terutama sekali apabila pada Mac nanti, tarif elektrik akan dinaikkan!


PERTEMBUNGAN DI DUN SEMENYIH SEBENARNYA PERTEMBUNGAN SIAPA? PAS-UMNO MELAWAN PAKATAN ATAU AZMIN ALI-MAHATHIR MELAWAN RAFIZI-ANWAR?



PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2018. Penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Februari manakala pengundian awal adalah pada 26 Februari. Tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga 11:59 malam pada 1 Mac.

Pilihanraya kecil ini diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu, Bakhtiar yang mewakili PPBM menewaskan calon Barisan Nasional, PAS dan PSM dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar juga merupakan Ketua Bahagian PPBM Hulu Langat. Dia berjaya memperolehi undi sebanyak 23,428 dalam PRU itu.


Secara tidak langsung, PPBM akan mencalonkan ahli mereka di kerusi tersebut berbanding PKR dan DAP. Perkembangan terkini pula menunjukkan PPBM akan berhadapan dengan gabungan PAS-UMNO-MIC-MCA.

Sesuatu yang amat menarik memandangkan komposisi pengundi di DUN Semenyih memberi kelebihan kepada PAS-UMNO-MIC-MCA.

Untuk PRK ini, seramai 992 orang petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK N.24 Semenyih. Manakala sebanyak 26 buah Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 119 Saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRK ini adalah sehingga Suku Ketiga Tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 54,503 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 53,520 orang pengundi biasa, 951 orang pengundi awal dan 32 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Daftar pemilihan pilihanraya pada 2013 menunjukkan pecahan kaum bagi DUN Semenyih adalah seperti berikut: Melayu 56.07%, Cina 25.15% dan India 17.23%. Bagaimanapun dijangkakan daftar bagi pemilihan pilihanraya DUN Semenyih sehingga 11 Januari 2019 menyaksikan pertambahan ketara jumlah pengundi terutama sekali pengundi-pengundi Cina memandangkan jumlah pengundi terkini adalah 53,520 orang berbanding 42,344 pada 2013.

PRK Semenyih bagaimanapun mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan PRK Cameron Highland walaupun isunya mungkin berbeza.


Di Cameron Highland, calonnya adalah dari parti dominan dalam Pakatan Harapan iaitu DAP. Justeru tidak hairanlah semua pembesar Pakatan, baik yang bergelar Menteri, mahupun Timbalan Menteri atau pun pembesar-pembesar utama parti komponen Pakatan turun padang untuk berkempen dalam usaha memenangkan M.Manogaran.

Malangnya, usaha yang bersungguh-sungguh ternyata tidak mendatangkan hasil apabila M.Manogaran kalah lebih besar berbanding ketika dia menjadi calon mewakili Pakatan pada PRU-14 lalu di kerusi yang sama.

Antara yang turut bertungkus lumus adalah pemimpin dan tenaga kerja PPBM. PPBM seperti yang diketahui bergantung sepenuhnya kepada kekuatan Mahathir. Selagi mana Mahathir bersama-sama DAP, wujudlah PPBM sebagai sebuah parti. Tanpa Mahathir dan tanpa DAP, PPBM akan pupus dan lenyap.

Justeru tidak menghairankan seandainya PPBM akan berharap, DAP akan membalas budi di Semenyih. Lebih-lebih lagi dengan pengundi Cina yang ramai di Semenyih, pastinya amat diharapkan dapat ditarik oleh DAP untuk menyokong calon PPBM.

Namun, PPBM juga memerlukan kerjasama dan jentera kekuatan PKR terutama dari pihak Azmin Ali memandangkan Semenyih juga kawasan pinggir bandar di mana Melayu pinggir bandar lebih cenderung kepada PKR berbanding UMNO-PAS.



Azmin Ali sebaliknya sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar di dalam partinya. Sokongannya secara terbuka kepada Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, pastinya akan mengecilkan hati penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang amat berharap Mahathir akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan takhta Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang sudah mengidamkannya semenjak sekian lama.

Sokongan terbuka yang diberikan oleh Azmin Ali seandainya diperhalusi, pasti akan memperlihatkan kepentingan dan kedudukannya dalam hierarki yang mengatasi Anwar Ibrahim. Sedangkan pada masa yang sama Anwar Ibrahim sendiri semakin lama semakin tidak relevan dan 'pasaran politik' masa kini.

Anwar telah terbukti tidak lagi diminati menerusi siri kempennya di Cameron Highland. Tidak seperti sebelum ini, ramai orang yang menadah telinga mendengar ceritanya, di Cameron Highland, kamera wartawan dan juru propaganda pun segan nak alihkan lensa kamera mereka dari tubuh badan Anwar.

Bagaimana pula dengan Rafizi Ramli yang diketahui ramai, merupakan ayam tambatan Anwar Ibrahim? Beberapa kenyataan propagandanya dalam kempen PRK Cameron Highland, seandainya diperhalusi lebih menyindir Azmin Ali walaupun nama yang disebut adalah Najib Abdul Razak.

Lebih-lebih lagi apabila sudah terbocor cerita yang Azmin Ali sepanjang 8 bulan bergelar Menteri Kabinet Mahathir telah, 28 kali ke luar negara tanpa sesen pun pelaburan asing yang berjaya dibawa balik.




Wujud beberapa teori termasuklah 'keseronokan' Mahathir dan PPBM dengan kekalahan calon DAP di Cameron Highland. DAP kalah bererti, DAP tidak mampu menambah kerusinya di Parlimen. Walaupun kini DAP merupakan kuasa dominan dalam Pakatan dengan hampir semua keputusan kerajaan yang diterajui Mahathir adalah keputusan DAP, namun percaturan politik tidaklah berfungsi secara satu haluan semata-mata. DAP memerlukan tambahan kerusi untuk memastikan Mahathir terus tunduk dan kekal di bawah tapak kaki mereka. Ketundukan Mahathir sekarang, masih tidak cukup kerana sebarang usaha mengerat peruntukan untuk Melayu-Bumiputera masih dicabar dan ditentang oleh sebilangan Melayu-Bumiputera di dalam PPBM sendiri.

Dengan apa yang berlaku di Cameron Highland, apakah DAP akan membalas dendam dan menunjukkan kepada PPBM siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dan siapa sebenarnya yang perlu tunduk kepada siapa?

Dan sememangnya pertembungan di DUN Semenyih pastinya akan masih berkisar tentang Najib, 1MDB, hutang negara, kleptokrasi, rasuah dan Melayu Pemalas. Apatah lagi audiens di Semenyih lebih menyukai bahan-bahan tersebut berbanding yang melibatkan kehidupan rakyat seperti di Cameron Highland.


AIR LIUR PAKATAN DAN ISU NAJIB TIDAK LAKU DI CAMERON HIGHLAND, ADAKAH DI SEMENYIH IANYA LARIS?



Salam Kembali....

Setelah lebih 8 bulan tidak menulis tentang politik negara menggunakan blog, hari ini penulis terpanggil untuk kembali atas permintaan kawan-kawan dalam usaha menghidupkan sesawang ini walaupun di media sosial lain, penulis sebenarnya tidak pernah berhenti.

Semalam, PRK Cameron Highland telah menghasilkan keputusan. Walaupun Najib Abdul Razak tidak bertanding sebaliknya bekas pegawai kanan polis yang pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan merupakan dari suku Semai yang dikenali oleh penduduk Asli Cameron Highland, namun sepanjang kempen 14 hari oleh Pakatan, hanya Najib yang diberikan tumpuan dan sasaran serangan.

Pakatan masih beranggapan, Najib adalah modal terbaik mereka untuk terus meraih kemenangan seperti 9 Mei 2018. Para pemimpin Pakatan, khususnya Mahathir, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, malahan Mat Sabu memberikan tumpuan sebesar-besarnya kepada Najib Abdul Razak walau di mana pun mereka berceramah.

Sedangkan pada masa yang sama, Najib yang turut berkempen, kelihatan sangat santai dan langsung tidak tertekan walaupun Mahathir 'terpaksa' menyewa sebuah helikopter milik sebuah syarikat yang memperolehi kontrak dari Kementerian Pertahanan untuk ke Felda Sungai Koyan semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib.



Ceramah dan hasutan Mahathir menghasilkan keputusan yang sungguh di luar dugaan. Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 yang pernah memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan terutama pada PRU-14, berubah menjadi kubur besar Pakatan Harapan. Keseronokan kononnya ceramah Mahathir dihadiri ramai orang, tidak sahaja diperjuih, malahan digelakkan kerana hampir kesemua yang datang ke ceramah Mahathir dan memenuhi bawah khemah adalah mereka yang didatangkan khas dengan bas-bas rombongan, semata-mata untuk menyeronokkan Pengerusi PPBM merangkap Pengerusi Pakatan itu.

Semua orang tahu apa yang berlaku di Cameron Highland, termasuklah ulah SPR dan perlanggaran-perlanggaran semua undang-undang membabitkan calon DAP. Namun sesuatu yang pasti ialah, Cameron Highland merupakan pertembungan sebenar antara pasukan Melayu-Bumiputera-Islam menentang pasukan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.


Pasukan Melayu-Bumiputera-Islam turut dibantu oleh 'pasukan kecil' MCA dan MIC yang bergerak senyap di kalangan kaum mereka manakala PAS dan UMNO memainkan peranan utama meyakinkan  majoriti pengundi di Cameron Highland untuk memilih calon langsung Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor.

Hasilnya, keputusan PRK Cameron Highland menyebabkan Lim Guan Eng malu besar. Calon DAP, M.Manogaran menyalahkan perkauman sebagai punca kekalahannya buat kali ketiga berturut-turut. Namun kalau diperhatikan trend jumlah undi untuk Manogaran dalam ketiga-tiga pilihanraya, menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang amat ketara walaupun untuk menyedapkan hati, Lim Guan Eng mengatakan undi untuk DAP naik 7%.

Analisa II pecahan undi PRK CH

PRK 2019

BN - 11,381
Melayu - 72%
Cina - 1%
India - 2%
Lain2 - 35% (Orang Asal)

PH - 7,182
Melayu - 8%
Cina - 82%
India - 4%
Lain2 - 6% (Orang Asal)


Cakaplah apa pun, berilah apa-apa alasan sekalipun, yang pasti, Kerajaan Pakatan sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis terburuk selepas menjadi Kerajaan Pusat kerana perangai sombong bodoh mereka sendiri. Mereka tersilap menilai rakyat. Mereka fikir dengan air liur, sudah cukup untuk meyakinkan rakyat terus memilih dan mendewa-dewakan mereka.

Pakatan silap besar!


Cameron Highland sudah, sekarang giliran Semenyih pula. Kalau 41 ribu orang Melayu dan Asli, 31 ribu orang Cina dan 17 orang India di Semenyih masih mengekalkan kepercayaan mereka kepada calon Pakatan Harapan dalam PRK Semenyih nanti, baguslah. Tapi kalau kos sara hidup, harga barang, janji pilihanraya yang tidak tertunai, pembuangan kerja bagi penjawat-penjawat awam, harga komoditi selain ancaman terhadap peruntukan-peruntukan membabitkan Melayu, Bumiputera dan Islam dalam Perlembagaan menjadi isu yang terus diperkatakan dan dititik beratkan, Pakatan bakal sekali lagi berhadapan dengan masalah besar mempertahankan kemenangan mereka.


 
Blogger Templates