Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 4, 2019

ANWAR IBRAHIM KEKAL DENGAN GELARAN, PM-IN WAITING TERLAMA DI DUNIA BILA AZMIN ALI DILAPORKAN BAKAL DILANTIK TPM SELEPAS RAYA CINA!!!



Tiga hari lepas (1 Februari 2019), page FB Kedahan69ers menyiarkan satu status berhubung Azmin Ali.

Status yang tertulis:

"TAHNIAH AZMIN ALI...

Admin diberitahu, gazet Kementerian Ekonomi yang diterajui Azmin Ali, telah ditarik balik

Sebabnya...

Azmin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baru Cina."

Hari ini, Sinar Harian telah mengeluarkan satu artikel tentang ura-ura Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Wan Azizah, sekaligus menyepak ke tepi calon Perdana Menteri paling lama di dunia, Anwar Ibrahim. Artikel tersebut bagaimanapun, telah dikeluarkan dari siaran oleh Sinar Harian.

Besar kemungkinan kerana komplen daripada kem Azmin Ali yang cuba mengurangkan masalah, terutama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli.


Namun berita tersebut diulang siar semula oleh Utusan Online yang bersandarkan kepada artikel daripada blog, Another Brick In The Wall (RUJUK SINI).

Menurut Utusan dan blog berkenaan, Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sambutan Tahun Baru Cina.

“Tiada apa-apa perbezaan kepada Mahathir tentang bagaimana Azmin akan dibawa ke atas, sama ada dia dan pengikutnya meninggalkan PKR atau menyertai Bersatu atau membentuk parti baharu, dia patut tahu apa yang perlu dilakukan apabila berada di kedudukannya.

“Azmin juga memutuskan untuk terus bersama PKR, ia lebih ekonomikal daripada memulakan sesuatu. Pasukannya juga menguasai ahli-ahli PKR dan Majlis Pimpinan Pusat, pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden tidak signifikan kerana dia tidak setanding dengan Azmin dan Mahathir,” ujar blog itu lagi.

Mengulas mengenai nasib Anwar, penulis blog itu juga mendakwa Presiden PKR itu akan sekali lagi menjadi mangsa fitnah namun kali ini tidak melibatkan kes liwat tetapi berkemungkinan berkaitan isu dana amanah.

“Dengan perancangan untuk menggagalkan laluan Anwar (sebagai Perdana Menteri), usaha melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kaedah yang logik,” katanya.

Tambahnya, Perdana Menteri juga telah memberikan pelbagai tugas penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.


Khabar-khabar angin dan desas-desus ini semakin kuat di Group WhatsApp, apabila dikhabarkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah menarik kembali semua warta atau gazet Kementerian Ekonomi. 

Ada dua kemungkinan penarikan itu. Sama ada jawatan Menteri Ekonomi yang sekarang ini yang disandang oleh Azmin, digantikan dengan orang lain atau kementerian baru itu hendak dilupuskan. 

Difahamkan, warta atau gazet tersebut perlu kalau hendak menukar menteri atau kementerian baru. Untuk menukar menteri yang disandang oleh Azmin, warta lama perlu dibatalkan terlebih dahulu. 

KERANA FENOMENA 'APA MALU BOSSKU', PARA PEMIMPIN PAKATAN BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK MENANGI HATI RAKYAT SEMULA!!!



Fenomena 'Malu Apa Bossku' terus menular. Bahkan penularannya sehingga ke luar negara. TV3 dalam siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu malam tadi pun, tidak segan silu melaungkan 'Malu Apa Bossku' dengan disambut tepuk sorak penonton.

Dan 'Malu Apa Bossku' merupakan perwakilan tubuh badan Najib Abdul Razak sendiri. Slogan itu adalah slogan bekas Perdana Menteri itu. Dan rakyat secara keseluruhannya menyambut slogan tersebut dengan gembira dan bersemangat, jauh berbeza daripada tanggapan awal para pemimpin Pakatan Harapan yang mahu rakyat membenamkan Najib Abdul Razak buat selama-lamanya.

Kini 'Bossku' sudah menjadi fenomena. Sudah menjadi gelombang besar. Sudah mula menimbulkan
kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Pakatan dan meresahkan penyokong-penyokong kuat Pakatan Harapan.

Kalau ada pun pemimpin Pakatan seperti Mahfuz, Saifuddin Nasution, Lim Kit Siang, bahkan Dr. Mahathir sendiri pun yang memperkecil-kecilkan fenomena Najib Abdul Razak, ia tidak lebih daripada cubaan menutup malu dan kebimbangan.

Laporan polis yang dibuat oleh lima orang penyokong PPBM di Langkawi ekoran percutian Najib di Langkawi, sudah cukup untuk menunjukkan fenomena 'Bossku' amat menakutkan.

Lain yang dirancang dan dilaksanakan, lain pula hasil yang ditunjukkan!

Para pemimpin tertinggi Pakatan boleh terus membuat self-denial tentang fenomena 'aneh' ini. Tetapi sesuatu yang mereka tidak boleh nafikan ialah, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, lelaki yang mereka cuba perosokkan ke dalam penjara, telah mencipta gelombang besar ke mana sahaja dia pergi dan di mana sahaja dia berada.

Lebih ironi, Najib dan 'Bossku' mendapat momentum luar biasa di media-media sosial, platform yang dikuasai oleh Pakatan khususnya DAP semenjak tahun 2008 lagi.


Contoh terbaik ialah, gambar dia sedang makan nasi lemak bungkus bersama beberapa orang penduduk tempatan di sebuah warung di Langkawi telah mendapat 104,000 LIKES. Malah dalam tempoh lima minit selepas status tersebut dimuatnaik sahaja, LIKES yang tercatat sudah melebihi 10,000. Jumlah yang jauh mengatasi daripada mana hantaran individu yang lebih popular seperti Neelofa mahupun Siti Nurhaliza apatah lagi Dr. Mahathir.

Kehadiran dan kedatangan Najib di 'kandang singa' yang dianggap kubu kebal musuh utamanya, Dr. Mahathir, ternyata lebih menakutkan penyokong-penyokong Mahathir sendiri.

Pasar Malam Langkawi yang menjadi lokasi Najib mencari apam balik, tiba-tiba sahaja diserang keriuhan. Orang ramai mengambil kesempatan bersalam, bersentuhan, bergambar, malahan tidak melepaskan peluang memeluk bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Lelaki yang pernah dilihat sebagai 'golongan bangsawan' atau aristokrat, jauh lebih bersikap selamba berbanding Ahli Parlimen Langkawi yang sentiasa menjarakkan diri untuk bersama-sama rakyat marhein.

Ramai yang menjangkakan, akibat fenomena dan gelombang besar di Langkawi, Najib bakal berhadapan dengan beberapa lagi tuduhan jenayah komersial selepas Tahun Baru Cina ini. Sebabnya, sebelum ini pun, itulah yang berlaku. Setiap kali rakyat mula memberikan perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Najib di media sosial, setiap kali itulah juga, Najib akan dikehendaki hadir di mahkamah untuk mendengar tuduhan-tuduhan baru.



Sudah ada seruan agar pemimpin Pakatan mencontohi Najib. Ambiga Sreevanesan yang merupakan orang yang disebut oleh Clare Rewcastle-Brown sebagai pemberi maklumat dalam kes fitnah PAS dan Presiden PAS berkata, para pemimpin Pakatan seharusnya menukar cara mereka memerintah negara sekarang. Pakatan katanya, perlu menunaikan segala janji yang dibuat pada PRU-14 lalu. (RUJUK SINI)

Peperangan politik di media sosial ini sememangnya adalah antara Najib dengan para pemimpin Pakatan. Sesuatu yang Dr. Mahathir gagal tandingi. Dr. Mahathir masih terkongkong dalam stigma konvensional dan cara lama. Dan dia sudah terlalu tua untuk mahir seni peperangan politik cara baru.

Mahathir masih lagi dilihat terlalu bergantung kepada media-media cetak dan portal-portal atas talian tradisional sedangkan audiens sudah pun beralih kepada media sosial yang lain.

Namun persoalannya kini ialah, berapa lama fenomena "Bossku" boleh bertahan? Adakah sehingga April, iaitu ketika kes Najib mula diperdengarkan dan dibicarakan di mahkamah? Dengan 42 kes jenayah sivil yang difailkan oleh Peguam Negara yang tidak berani mengadakan sidang media, dan kemudian beberapa kes diminta tangguh kerana pihak pendakwaraya belum bersedia atau siasatan belum lengkap, atau kertas pendakwaan belum dibuat, adakah fenomena 'Bossku' dan kegagalan Peguam Negara itu sendiri bakal merencatkan peluang Azmin Ali menjadi Perdana Menteri?



Sunday, February 3, 2019

LEBIH MAHAL KAMERA AES ANTHONY LOKE BERBANDING KAMERA AES NAJIB, TAPI YANG HEBAT KATA BOLEH BELI DENGAN HARGA RM15,000 DULU PUN, TIBA-TIBA DAH JADI TOLOL!!!



Sebelum ini, Anthony Loke adalah antara watak utama yang menentang keras AES. Mangkuk-mangkuk tambah lain termasuklah Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Lim Guan Eng dan sebagainya. 

9 Mei 2019, mereka naik jadi kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka yang menggerakkan penentangan terhadap penguatkuasaan AES, telah diangkat menjadi Menteri. Anthony Loke sendiri telah dilantik ke jawatan Menteri Pengangkutan. 

Suatu ketika dahulu, para pemimpin Pakatan yang menentang AES, mempersoalkan tentang kos pembelian kamera AES yang menurut mereka terlalu mahal dan besar kemungkinan telah duit negara telah disonglap oleh pentadbiran Najib. 


Kata mereka, mereka boleh mendapat kamera AES itu dengan harga RM15,000 sahaja seunit berbanding RM170,000 seunit seperti yang diperolehi oleh Kerajaan Najib. 

Namun terkini, Anthony Loke mengumumkan bahawa pembelian 11 lagi kamera AES setelah AES tidak jadi dibatalkan bahkan ditambah dan kuatkuasanya diperketatkan menerusi kenyataannya 'I don't care' apabila ditanya tidakkah dia bimbang rakyat akan marah, akan menelan kos lebih kurang RM200,000 bagi setiap unit. 



RM200,000 seunit adalah anggaran sahaja. Harga sebenarnya mungkin lebih mahal dari itu, terutama apabila dicampur dengan komisyen dan 'simpan tepi'. Apatah lagi, harga mahal yang dibeli oleh DAP, bukanlah perkara baru. Laporan Kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang pun berharga RM305 juta walaupun tidak sebaris ayat pun berkenaan kajian projek berkenaan disiapkan dan ditulis. 

Dengan penuh bangga dan tanpa rasa bersalah, Anthony Loke berkata, pembelian kamera-kamera tersebut tidak ditanggung oleh Kerajaan. Sebaliknya, PLUS yang akan menanggungnya sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Cina DAP seperti Anthony Loke memang suka membodohkan rakyat Malaysia walaupun pada masa yang sama, mereka sendiri adalah bodoh dan cuba menunjuk pandai. 



PLUS merupakan milik Kerajaan menerusi 51% pegangan Khazanah dan 49% milik KWSP bermula dari tahun 2011. Secara tidak langsung, pembelian kamera-kamera AES dengan harga mahal itu, akan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat dan pengguna lebuhraya!

Sebelum menang, Pakatan kata mereka mahu hapuskan AES yang zalim. Kata mereka lagi, Kerajaan BN terlebih bayar 10 kali ganda kerana membeli kamera dengan harga RM170,000. 

Namun selepas menang, apa yang dilakukan oleh Pakatan untuk membuktikan mereka telah menghapuskan AES ialah dengan mengubah nama AES kepada AWAS. Pakatan juga  menambah lebih banyak kamera, sekaligus memastikan pengguna jalanraya disaman tanpa sebarang kompromi. Dan seperti yang dikatakan oleh Anthony Loke, tiada lagi diskaun saman. Rakyat juga perlu membayar kos kamera yang bakal menzalimi mereka sehingga ke syiling terakhir!

Kalau namanya Pakatan, cakap memang tidak pernah serupa bikin!

Memang Pakatan adalah KAKI KENCING!!!

DI LONDON, CLARE YANG MINTA SUPAYA KES TIDAK DIPANJANGKAN DAN SELESAI DI LUAR MAHKAMAH, DI MALAYSIA, MELAYU MACAI DAP (PAN) KATA PAS YANG TAKUT DAN MINTA SELESAI LUAR MAHKAMAH!!!



Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS-UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut, semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu-Melayu yang menjadi macai dan orang suruhan DAP.

Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.

Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.


Hakikatnya, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri fitnah yang dilemparkan oleh macai-macai dan Melayu-Melayu suruhan DAP itu, terlalu jauh daripada hakikatnya.

Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada 'widespread suspicion'.

Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.

Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.


Dalam sesi pendengaran tersebut, mahkamah menolak kenyataan pembelaan Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih  mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.

Clare juga secara rasmi telah meninggal-biarkan permohonannya untuk meminta pembelaan 'kebenaran'nya bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Defendan kemudiannya memberikan gambaran bahawa dia cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi deraf pembelaan berkenaan rakaman audio yang merupakan cubaan kali ketiga bagi pembelaan 'kebenaran'nya.

Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.

Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.

Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.


Hakim kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes dan tarikh perbicaraan iaitu pada awal April 2019.

Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.

Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!




KENAPA BERBEZA SANGAT LAYANAN ORANG RAMAI TERHADAP PERDANA MENTERI YANG CUBA SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN BEKAS PERDANA MENTERI YANG DITUDUH SEBAGAI PEROMPAK DAN PENCURI?!!!



Nak harap Menteri Besar Kedah datang ke Langkawi, Mukhriz lebih kerap berada di Kuala Lumpur berbanding di Kedah. Kalau pergi ke Langkawi pun, dia lebih kerap berada di sebuah pusat peranginan yang orang Langkawi takkan mampu jejak kaki kalaupun tidak mampu membayar harga secawan kopinya. Kalau dia ke Langkawi pun, semata-mata kerana kapal anaknya parking di salah sebuah marina di Langkawi.

Nak harapkan Ahli Parlimen Langkawi yang juga merupakan Perdana Menteri, juga sebagai bapa kepada Menteri Besar Kedah dan tok wan kepada pemilik salah sebuah kapal pelayaran yang berlabuh di Langkawi, lagilah tak boleh harap. Satu-satunya acara Mahathir bersama-sama rakyat adalah masa dia jadi doktor kerajaan di pulau tersebut tahun 60-an dulu. Selepas itu dia hanya berjalan untuk meninjau-ninjau tanah dan kali terakhir, dia menjejakkan kaki bersama rakyat untuk meraih undi untuknya menjadi Ahli Parlimen pada PRU-14 lalu.

Mahathir dan seluruh ahli keluarganya adalah EKSKLUSIF. Sudah tidak lagi berjiwa rakyat. Mereka sudah ada dan sudah duduk dalam satu kelas atasan yang tersendiri. Jurang antara rakyat dengan Mahathir dan keluarganya sudah terlalu jauh.




Kelebihan Najib pula ialah, dari awal kerjaya politiknya, turun padang adalah amalannya. Ketika dia menjadi Perdana Menteri, dia memperkenalkan budaya turun padang kepada orang politik. Namun budaya tersebut akhirnya berjaya dimanipulasi dan diambil peluang oleh para pemimpin Pakatan.

Selepas kehilangan jawatan dan kerajaan, Najib diasak dengan pelbagai tuduhan jenayah komersial. Untuk seketika, Najib seperti kehilangan dirinya sendiri.

Namun kebelakangan ini, Najib kembali ke trek asalnya, TURUN PADANG.



Dua hari sudah sehingga hari Rabu, Najib bercuti di Langkawi. Dan sudah pastilah, percutian Najib membawa maksud bertemu dengan rakyat yang pernah diterajuinya. Lebih ironi lagi, di kubu kuat yang menyaksikan kembali Mahathir Mohamad sebagai Ahli Parlimen selepas bersara selama 15 tahun dan kembali diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kehadiran Najib di Langkawi sampai ke pendengaran rakyat. Justeru ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut meriah oleh rakyat. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Najib.


Ternyata sambutan hangat yang diberikan kepada Najib, tidak menyenangkan hati kepimpinan PPBM Langkawi. Lima orang daripada mereka membuat laporan polis setelah mendapat tahu, Najib akan bertemu rakyat di Pantai Chenang. Begitu juga dengan program seperti bersarapan dan bersantai dengan orang ramai di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Laporan polis dibuat kononnya untuk memastikan semua program Najib tidak mengandungi hasutan dan fitnah terhadap kerajaan dan khususnya terhadap Dr. Mahathir. Lebih daripada itu, lima orang yang membuat laporan itu juga mempersoalkan permit kebenaran yang diperlukan Najib untuk berselfie bersama-sama orang ramai.




Dikecam netizen dan penyokong sendiri, akhirnya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga merupakan pemimpin PPBM dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith berkata, laporan polis itu dibuat adalah bagi memastikan ketenteraman Pulau Langkawi.

Dengan kata lain, PPBM berpendapat kehadiran Najib di Pulau Langkawi boleh mencetuskan rusuhan dan kekacauan kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013 dulu.

Usaha menghalang pertemuan antara Najib dengan orang ramai di Langkawi diteruskan apabila penghadang besi digunakan di Pantai Chenang bagi tujuan tersebut. Namun Najib yang berkesempatan ke Pantai Chenang, sekali lagi diserbu orang ramai. Penghadang besi yang digunakan pula, langsung tidak berfungsi.

Malam tadi, Najib ke Pasar Malam Langkawi. Orang ramai tetap berpusu-pusu untuk bergambar bersama-samanya.

Orang ramai mula membandingkan sambutan khalayak terhadap Dr. Mahathir yang bergelar Perdana Menteri pula. Kehadiran Dr. Mahathir di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan pada malam Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dijadikan sebagai perbandingan.


Friday, February 1, 2019

TRANSKRIP WHATSAPP JUSTO-CLARE REWCASTLE-BROWN AKHIRNYA TERBUKTI BENAR APABILA TONG KOII ONG BAYAR RM8.2 JUTA UNTUK TUTUP MULUT XAVIER JUSTO SUPAYA TIDAK BOCORKAN RAHSIA!!!



Pada 24 Julai 2015, Xavier Justo mengakui bahawa dia telah ditawarkan sebanyak USD2.7 juta (RM11.15 juta) oleh pemilik The Edge Group, Tong Koii Ong dan editornya, Ho Kay Tat bagi mencuri maklumat-maklumat daripada majikannya Petrosaudi untuk digubah dan kemudian digunakan untuk menyerang sekaligus menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak pada PRU-14.

Orang hubungan Xavier Justo dengan Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat adalah Tony Pua dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. (RUJUK SINI)


Selain Tong Koii Ong, Ho Kay Tat, Clare Rewcastle-Brown dan Tony Pua, turut terlibat dengan Xavier Justo adalah Nurul Izzah dan Tian Chua.

Xavier Justo sendiri telah mengakui kepada Polis Diraja Thailand bahawa dia sebenarnya sekadar memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi tetapi kesempatan itu turut diambil oleh pihak-pihak berkepentingan di Malaysia yang melihat kejatuhan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional adalah satu-satunya cara untuk mereka menjarah dan merompak harta negara ini. (RUJUK SINI)

Beberapa artikel tentang Xavier Justo, konspirasi Tong Koii Ong, Ho Kay Tat, Clare Brown dan Tony Pua boleh dibaca DI SINI.

Pemberian RM8.2 juta oleh Tong Koii Ong kepada Xavier Justo dalam satu upacara gilang-gemilang, sebenarnya tidak lebih daripada menunaikan janji yang tertangguh selepas Xavier Justo menjadi antara orang yang berjaya meyakinkan pengundi-pengundi Malaysia bahawa 1MDB memang bermasalah tanpa melihat fakta sebenar.

Janji Justo yang dia akan lebih berazam untuk membantu Kerajaan Pakatan untuk menyelesaikan isu 1MDB sebenarnya tidak lebih daripada janji seorang pencuri dan pemeras ugut, yang antara lain membawa maksud Kerajaan Pakatan perlu membayarnya kalau tidak mahu dia menceritakan dan menghebahkan perkara sebenar kepada masyarakat Malaysia.



Tidak semua orang mempunyai salinan transkrip WhatsApp Justo dengan Clare Rewcastle-Brown, Tong Koii Ong, Ho Kay Tat dan Tony Pua. Namun yang jelas, menerusi transkrip tersebut, wujud konspirasi yang berjaya dilaksanakan menerusi PRU-14.

Lebih menarik, hasil konspirasi tersebut, Tong Koii Ong dan The Edge Groupnya berjaya memperolehi kontrak lumayan MyFund Home, manakala Xavier Justo pula memperolehi RM8.2 juta, sekalipun kurang RM3 juta dari janji awal.

SELEPAS KEMENANGAN GABUNGAN PAS-UMNO DI CAMERON HIGHLAND DENGAN MAJORITI BESAR, TIBA-TIBA SELURUH PEMIMPIN DAP SAYANGKAN UMNO DAN INGATKAN TENTANG BAHAYANYA PAS!!!



Tak sangka...

Sayang sungguh DAP dan para pemimpinnya kepada UMNO.

Dalam sehari sahaja, berkali-kali para pemimpin UMNO diingatkan oleh para pemimpin kanan DAP tentang 'bahayanya' PAS. Berulang-ulang kali para pemimpin DAP yang diketahui amat memusuhi UMNO dan kedudukan orang Melayu-Bumiputera serta Islam di negara ini, mengingatkan yang PAS bukanlah sekutu yang boleh dipercayai dan boleh menyebabkan UMNO lumpuh kalau terus bekerjasama dengan PAS.

Semuanya kerana UMNO-PAS berjaya mengalahkan DAP di Cameron Highland pada pilihanraya kecil minggu lepas. Majoriti yang diperolehi oleh calon DAP yang sudah tiga kali dicalonkan di Cameron Highland, semakin merosot dan gabungan UMNO-PAS juga bukan sahaja berjaya menambah jumlah majoriti tetapi juga membangkitkan semangat yang sama di seluruh Malaysia, kalau tidak pun di seluruh Semenanjung.

Data-data dan fakta-fakta dari PRU-14 lalu menunjukkan kemenangan Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR sebenarnya adalah disebabkan perpecahan undi antara Barisan Nasional, PAS dan Pakatan. 126 kerusi Parlimen, kalau undi PAS dan Barisan Nasional digabungkan, Pakatan Harapan hanya tinggal harapan.

Secara tidak langsung, kalau sewaktu PRU-14 lalu PAS dan UMNO bekerjasama membentuk satu pakatan sepertimana pada tahun 1973 lalu, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan dan PAN yang boleh menjadi Menteri Kabinet pada hari ini.




Pada masa yang sama, tidak ada sesen pun duit negara dari cukai rakyat yang diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sekarang.

Lebih daripada itu, tidak mungkin akan wujud provokasi melampau seperti salib besar di Jelutong, Pulau Pinang.

DAP mula menikmati kuasa apabila PAS bertahaluf siyasi dengan mereka pada tahun 2008. Dengan promosi percuma yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan penceramah-penceramah PAS untuk DAP terutama di kalangan orang Melayu-Islam, akhirnya DAP berjaya meletakkan diri sebagai antara parti politik paling berjaya di Malaysia tahun-tahun kebelakangan ini.

PAS walau bagaimanapun disepak keluar dari gabungan Pakatan Rakyat yang dibentuknya oleh DAP selepas DAP secara berterus-terang enggan mengakui ketuanan DAP pada penghujung 2015 selepas DAP berjaya memperolehi keyakinan hampir 100% daripada pengundi-pengundi Cina dan India di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar pemimpin PAS yang kuat menyokong DAP dan kalah dalam pemilihan walaupun ditaja oleh DAP, keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Mat Sabu.

Pada 17 November 2014, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yang pada ketika itu merupakan Mursyidul Am PAS menempelak Lim Guan Eng kerana mengecam Abdul Hadi Awang, Presiden PAS kerana enggan hadir mesyuarat Pakatan atas alasan keuzuran. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, pada 9 Ogos 2014, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat menyokong penuh sebarang keputusan Abdul Hadi Awang selepas Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS (RUJUK SINI), mulai runtuh selepas Lim Guan Eng secara peribadi dan sebagai kuasa utama DAP menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI dan SINI)

Biarpun hanya 1% undi Cina diperolehi pakatan UMNO-PAS di Cameron Highland, ianya sangat membimbangkan DAP memandangkan jumlah kerusi di mana majoriti orang Melayu di seluruh negara sebagai pengundi jauh lebih tinggi berbanding kerusi yang bermajoritikan Cina dan India walaupun digabungkan.

Maka disebabkan itulah, DAP terpaksa menukar taktik serangan mereka. Daripada memberikan tumpuan kepada serangan terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak, sasaran utama sekarang ialah bagi memastikan PAS tidak bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.


Hari ini, P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang pernah dikaitkan dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam dan merupakan antara penentang kuat Zakir Naik di Malaysia, menyertai Lim Kit Siang untuk mengingatkan UMNO tentang 'bahayanya' PAS. (RUJUK SINI)

Malah P.Ramasamy berkeyakinan penuh, gabungan PAS-UMNO akan gagal di Semenyih walaupun komposisi kaum melebihkan Melayu memandangkan pengundi Cina dan India merupakan satu pertiga daripada pengundi di seluruh Selangor.


16 Januari lalu, menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, PAS memberikan laluan kepada UMNO-BN untuk meletakkan calon memandangkan pada PRU-14 lalu, calon BN memperolehi undi lebih besar berbanding calon PAS.

Dan selaras dengan itu, PAS telah menggerakkan jentera propaganda dan kempennya untuk membantu Barisan Nasional dalam PRK Semenyih kali ini.
 
Blogger Templates