Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 16, 2019

KEBUNTUAN TOMMY THOMAS, PRK KIMANIS, KETERDESAKAN BANDUAN AKHIR, AIR MUKA LIM KIT SIANG SERTA MAHATHIR DAN KERAJAANNYA... AKHIRNYA SD AZILAH HADRI MUNCUL!!!



Tidak nampak cara untuk menutup mulut Najib. Tidak nampak cara untuk menahan jari-jari Najib daripada menulis menggunakan media sosial tentang kebejatan, kebodohan, ketongongan dan kejahatan Kerajaan Pakatan membaham harta rakyat selain sentiasa melakukan penipuan dalam usaha untuk memanjangkan hayat pemerintahan mereka. Malah, tiada juga cara untuk menahan tubuh Najib daripada bertemu dengan rakyat jelata yang semakin menyambut baik kehadirannya, walaupun sebelum PRU-14, Najib merupakan orang yang paling dibenci dan paling banyak disumpah seranah.

Selepas 13 tahun kes pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan dua orang pelakunya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan selama 19 bulan Kerajaan Pakatan memerintah Malaysia, hanya kerana PRK Kimanis yang terlihat penting selain kebuntuan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam pengendalian kes 1MDB dan SRC International, muncul kembali isu pembunuhan Altantuya.

Cuma kali ini tidak lagi membabitkan Rosmah Mansor, sebaliknya terus kepada Najib Razak!


11 Oktober 2018, Najib Abdul Razak telah mengarahkan pembantunya membuat laporan polis terhadap dirinya bagi membolehkan satu siasatan polis di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dijalankan membabitkan dakwaan yang dia terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuklah Altantuya Shiiribu dan Timbalan Pendakwaraya Anthony Kevin Morais. (RUJUK SINI)

Najib mengambil langkah tersebut selepas Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang enggan membuka semula kertas siasatan berhubung pembunuhan-pembunuhan berkenaan. Justeru, menurut Najib, Kerajaan Pakatan bukan sahaja perlu menyiasat kembali kes tersebut sebaliknya menubuhkan satu pasukan penyiasat khas bagi tujuan tersebut memandangkan mereka kini berkuasa. (RUJUK KINI)


Lim Kit Siang dan DAP pula dilihat sangat terdesak untuk mengenakan Najib dan Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shiiribu selepas mendapati agak sukar untuk Tommy Thomas mensabitkan Najib dalam skandal RM42 bilion, RM2.6 bilion, RM42 juta dan apa-apa sahaja jumlahnya. (RUJUK SINI) dan (SINI)

22 Februari 2019, PDRM bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu. (RUJUK SINI)

Dengan PRK Kimanis yang semakin dekat dan Pakatan Harapan ketandusan isu, terutama sekali apabila kes perbicaraan 1MDB dan SRC International yang diharapkan dapat memakukan Najib ke lantai penjara, nampak jauh daripada digapai, tiba-tiba muncul pula Akuan Bersumpah banduan akhir Azilah Hadri yang mendakwa Najib Abdul Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu.

TEKS PENUH SD AZILAH HADRI BOLEH DIBACA DI SINI


Sepanjang perbicaraan 1MDB dan SRC International, semua dapat melihat bagaimana Tommy Thomas berada dalam keadaan panik. Minggu lepas sahaja, Najib Razak sekali lagi membidas Tommy Thomas yang serba tidak tahu dalam beberapa kes termasuklah kes SRC International Sdn. Bhd. Dan sepanjang minggu lepas sahaja, Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya kelihatan tidak ubah seperti badut yang hilang punca sehingga bertanyakan tentang kaitan antara Najib dengan Mahathir dalam pemilihan agung UMNO tahun 1987.

Beberapa kes membabitkan 'TOMMY THOMAS TAK TAHU' termasuklah rayuan oleh Pejabat Peguam Negara terhadap pembebasan Rafizi Ramli di bawah Akta BAFIA yang menurut Peguam Negara dibuat di luar pengetahuannya.

Begitu juga dengan kes pada April 2019 di mana Tommy Thomas tidak tahu mengapa rayuan tidak dibuat oleh pejabatnya berhubung pembebasan seorang majikan yang dituduh mendera dan membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia di Pulau Pinang.

Pada Julai 2019 pula, Tommy Thomas dilaporkan berkata, dia tidak tahu menahu tentang rayuan balas terhadap penceramah agama Wan Ji Wan Hussin kerana membuat kenyataan fitnah.

Sekali lagi pada Julai 2019, Tommy Thomas dilaporkan menafikan pembabitannya dalam penfailan afidavit di Mahkamah Rayuan yang anggota bomba, kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah disebabkan kecederaan akibat dibelasah.


Sebelum itu, pada Julai 2018, Peguam Negara Switzerland telah bertemu dengan Tommy Thomas dan mengesahkan bahawa Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak pernah membuka sebarang prosiding terhadap Najib Razak dalam kes 1MDB memandangkan Najib Razak bukanlah salah seorang yang dituduh. Pejabat Peguam Negara Malaysia bagaimana pun tidak membuka sebarang prosiding terhadap dua orang pegawai 1MDB walaupun Pejabat Peguam Negara Switzerland bertindak sebaliknya. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Hari ini, secara tiba-tiba muncul SD Azilah Hadri. Malahan peguambela Azilah sendiri terkejut dengan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh banduan akhir tersebut. (RUJUK SINI)

Pada 30 Januari 2016, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan tersebut, Sirul Azhar Umar dalam satu klip video telah menafikan pembabitan atau keterkaitan Najib Razak dalam pembunuhan model Mongolia tersebut.




Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shiiribu telah dilakukan selama ratusan hari dan selama bertahun-tahun membabitkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan yang kemudian mengekalkan hukuman mati terhadap Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar lima tahun dahulu.

Satu tandatanya yang muncul sekarang ialah, kalau benar Azilah Hadri mahu Mahkamah Persekutuan menyemak semula sabitannya, mengapa dia failkan afidavit sahaja? Mengapa dia perlu membuat akaun berkanun dan kemudian memaklumkan kepada umum? 


Adakah itu merupakan petunjuk bahawa Azilah telah diberikan 'jaminan' oleh pihak-pihak berkaitan bahawa hukuman gantung sampai mati ke atasnya akan ditarik balik sekiranya dia menuduh Najib Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu? 

Atau adakah itu merupakan satu cara untuk menutup mulut Najib dan menghilangkan tubuh badan Najib daripada pandangan orang awam, memandangkan tertuduh hukuman bunuh akan dilokapkan dan disimpan dalam penjara kerana undang-undang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, walaupun dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, pembunuh berjaya 'menghilangkan diri' sehingga ke hari ini?

Atau adakah pengakuan bersumpah Azilah Hadri ini muncul setelah Tan Sri Shafee Abdullah berjaya memperolehi kebenaran untuk mengakses dokumen-dokumen Xavier Justo sekaligus menyukarkan lagi Tommy Thomas dalam pendakwaan terhadap Najib?


Sunday, December 15, 2019

HARGA SAWIT MENINGKAT DAN KERAJAAN PAKATAN DABIK DADA? TAK PAYAH BERLAGAK... BUAH TENGAH MELAWAS!!!



Penulis: Megat Hisemuddin Megat Kassim

Sebagai pemain saham & komoditi saya memang nampak harga CPO (minyak sawit mentah) agak meningkat sejak sebulan yg lepas.

Namun harga itu tidak digambarkan kpd harga buah tandan segar di ladang yg masih rendah. Lebih-lebih lagi pekebun sawit menjual hasil sawit kpd pemborong atau orang tengah.

Kerajaan PH mendabik dada kerana mengatakan harga sawit dah naik berdasarkan harga quote di pasaran derivatif utk CPO. Begitu juga harga MPOB mengikut zon bagi "harga di pintu kilang".

Namun harga yg diperolehi oleh pekebun kecil yg menjual kpd orang tengah tidak bnyk berubah.

Mengapa tiba-tiba harga CPO meningkat ?

Ada 4 faktor :

Pertama, musim lawas hasil tuaian agak sedikit. Yakni pengeluaran agak rendah. Tentulah harga akn naik.

Kedua, permintaan dari China bertambah disebabkan hampir dgn Tahun Baru China. Selain itu di setengah kawasan pendalaman China yg menggunakan lemah binatang sebagai sumber minyak masak terpaksa bertukar kpd minyak sawit atau minyak kacang soya disebabkan minyak lemah binatang membeku di waktu musim sejuk sekarang.

Ketiga, China mengalih membeli lebih banyak minyak sawit disebabkan perang dagang AS-China yg memasukkan item tariff import minyak kacang soya darii AS terutamanya sebelum tarikh 15hb Disember, tarikh yg akn dikenakan oleh pentadbiran Trump.

Keempat, penghasilan minyak jagung menurun di peringkat antarabangsa menyebabkan permintaan lbh tinggi utk minyak sawit.

Apakah harga minyak sawit akn terus naik selepas ini ?

Dikhabarkan Trump telah membatalkan kenaikan tariff import yg sepatutnya bermula pada 15hb Disember (hari ini). Oleh itu mungkin China akn kembali membeli minyak kacang soya dari AS sebagai tukaran dagangan yg mana ketika ini dagangan memihak kpd China.

Selepas musim perayaan Tahun Baru China penggunaan minyak sawit akn menurun. Kemudian bermula musim bunga dan musim panas di China, sebahagian pengguna kembali beralih ke minyak lemak binatang.

Secara tak langsung import minyak sawit akn berkurangan tak lama lagi. Harga CPO kembali turun dan harga buah tandan segar juga akn turut turun.

Bagaimana dgn eksport ke India ?

Setelah diboikot oleh India terhadap minyak sawit Malaysia memperlihatkan kejatuhan sekitar 63% sejak dua bulan kebelakangan ini.

Disebabkan kemarahan rakyat India terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir yg mengkritik India di Perhimpunan Agong PBB atas isu Kashmir.

Peluang ini diambil oleh Indonesia utk mrmbekalkan minyak sawit kpd India bagi memenuhi kekosongan yg ditinggalkan oleh Malaysia.

Sudah tentu Indonesia akn mencengkap pasaran baru ini yg akhirnya merugikan Malaysia.

SELAIN BERBOHONG TENTANG PENDAPATAN NEGARA, LIM GUAN ENG BERBOHONG TENTANG TINDAKAN POLIS KE ATAS LAGU NEGARAKU BERBAHASA MANDARIN!!!



DAP terutama dari mulut Lim Guan Eng seringkali mendakwa dan menuduh UMNO-BN dan PAS merupakan pihak yang paling kerap membangkitkan isu-isu agama dan perkauman untuk kekal relevan dalam politik negara. Malah lebih tidak malu lagi, Lim Guan Eng dan DAP seringkali memberikan gambaran bahawa DAP adalah yang terbaik, yang paling tidak perkauman, yang paling toleransi dan yang paling memperjuangkan kebersamaan walaupun pada masa yang sama, merampas, mencuri dan merompak hak-hak Melayu-Bumiputera dengan cara-cara yang sopan, sepertimana yang mereka lakukan terhadap GLC-GLC yang menjaga kepentingan Bumiputera dan orang Islam Malaysia seperti Tabung Haji dan Felda.

Dengan bermodalkan, pembohongan dan putar belit inilah, Lim Guan Eng dan DAP yang sekarang ini berada di puncak kuasa, terus-menerus meniupkan api kebencian sesama kaum memandangkan kekuatan DAP sebenarnya berakar umbi kepada kebencian antara kaum.

Tahun 1969 adalah buktinya... dan kini, setelah berkuasa, DAP dengan Lim Guan Eng yang menguasai Kementerian Kewangan selain Kementerian Komunikasi dan Multi Media, melakukan pelbagai perkara yang tidak terlintas di fikiran Melayu-Bumiputera dan umat Islam pun.


Selepas kemelut perhimpunan semula komunis di Banting dan Kajang, Dong Zhong yang merupakan antara 'anak syarikat' DAP, kembali melaksanakan agenda tersusun mereka untuk memperemehkan Bahasa Kebangsaan mahupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera walaupun perkara berkenaan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dan yang lebih menarik lagi ialah bilamana DAP memperkatakan tentang kedudukan sekolah-sekolah vernakular khususnya sekolah-sekolah aliran Cina dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun sebenarnya, kedudukan tersebut langsung tidak wujud. Benci sekolah-sekolah vernakular bermakna, memerangi Perlembagaan Persekutuan, kata mereka.

Ramai yang tidak peduli tentang Perlembagaan Persekutuan, menerima bulat-bulat pembohongan tersebut!

Berita dan video tular tentang lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin di sebuah sekolah vernakular, menjadi perhatian dan hebat diperkatakan oleh warga netizen beberapa minggu lepas.

Seolah-olah mahu menunjukkan bahawa Bahasa Mandarin tidak bersendirian, lagu Negaraku dalam Bahasa Arab turut divideokan dan ditularkan. Bahkan turut ketinggalan lagu Negaraku dalam Bahasa Kadazan!

Pihak berkuasa telah menyatakan bahawa mereka akan menyiasat kes lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa selain Bahasa Kebangsaan sejajar dengan Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk menunjukkan dia adalah seorang pejuang dan hero dalam hal ini?

Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini, Lim Guan Eng yang tidak pernah gagal untuk berbohong, segera mengambil kesempatan untuk menipu dan mengapi-apikan sentimen perkauman, terutama di kalangan ahli-ahli DAP yang kita semua tahu, apa majoriti bangsanya dengan kebanyakan daripada mereka hanya faham bahasa yang dituturkan oleh Lim Guan Eng.

Kata, Lim Guan Eng, polemik lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin 'had left many non-Malays and non-Muslims slighted and feeling that they were targeted.'

"When the Negaraku was sung ini Arabic by a school, there was no action taken," Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata. (RUJUK SINI)


Mempropagandakan bahawa orang bukan Melayu (baca: Cina) dianaktirikan dan kerap dijadikan sasaran, merupakan hujah yang paling kerap digunakan oleh kepimpinan DAP khususnya Lim Guan Eng. Setiap kali wujud polemik tentang bahasa, kaum dan agama, setiap kali itulah DAP akan mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera akan dijadikan sasaran, walaupun hakikatnya polemik tersebut dimulakan oleh bukan Melayu dan bukan Bumiputera seperti dalam isu tulisan Jawi dan seni kaligrafi khat.

Hakikatnya, polis turut menyiasat kes lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Arab, sama seperti kes Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin. (RUJUK SINI)

Mengapa Lim Guan Eng sanggup membohongi perwakilan-perwakilan DAP negeri dan rakyat tentang perkara yang memang jelas dilaporkan oleh media-media mereka sendiri?

Sampai bila Lim Guan Eng dan DAP terus bergantung kepada sentimen kecinaan mereka dan rasisme melampau yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan kemudian menyalahkan UMNO-PAS apabila kontroversi tersebut mencetuskan masalah yang lebih besar?

Adakah Lim Guan Eng dan DAP beranggapan semua orang Cina itu bodoh, buta perut, dan hanya bergantung kepada pembohongannya setelah melihat 95% orang Cina menyokong Pakatan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu terutama sekali pada PRU-14 dan di kawasan-kawasan bandar?

Adakah Lim Guan Eng sengaja mahu mencetuskan keraguan dan rasa tidak selesa antara kaum di negara ini sepertimana yang dilakukan oleh bapanya dan partinya sebelum tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969?

Saturday, December 14, 2019

RINTIHAN CLARE REWCASTLE BROWN, DIA TAK MAMPU BAYAR RM100 JUTA KALAU KALAH SAMAN FITNAH DYMM SULTANAH NUR ZAHIRAH... PADANLAH MUKA KAU!!!



Ingat lagi dengan wanita British yang mendakwa dia dilahirkan di Sarawak dan mengendalikan portal Sarawak Report? 

Sarawak Report pada asalnya adalah sebuah portal berita atau lebih tepat lagi laman sesawang yang menyerang Abdul Taib Mahmud yang pada ketika Ketua Menteri Sarawak dan sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak. Sarawak Report ditubuhkan untuk mempertahankan tindakan pencerobohan dan penjarahan yang dilakukan oleh Bruno Manser di hutan Sarawak walaupun alasan klise lelaki Switzerland itu adalah menyelamatkan hutan, balak dan kaum Penan. Bruno Manser yang merupakan aktivis asal Switzerland dilaporkan hilang di Hutan Bukit Batu Lawi pada tahun 2000.

Beroperasi di bawah Bruno Manser Fund, Sarawak Report mula beroperasi di London pada tahun 2010 oleh Clare Rewcastle-Brown yang merupakan ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Tumpuan dan sasaran Sarawak Report adalah melaporkan tentang skandal rasuah, penyelewengan kuasa serta salahguna kedudukan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional, khususnya dari kalangan UMNO dan PBB.


Sarawak Report dihalang siarannya di Malaysia pada tahun 2015 sehingga 2018 kerana melaporkan tentang skandal 1MDB. Namun walaupun dilarang siarannya, Sarawak Report tetap menjadi punca maklumat utama tentang 1MDB dan 'salahguna' serta 'penyelewengan' Najib Razak. 


Pada 4 Ogos 2015, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Clare Rewcastle-Brown oleh PDRM atas dakwaan menjalankan kegiatan yang mengancam demokrasi di Malaysia. Dia juga dikehendaki kerana menerbitkan laporan palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, dengan nada sinis, Clare berkata, dia tidak boleh diekstradisi ke Malaysia kerana tidak mempunyai cara walaupun telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Katanya, 'jenayah' yang dituduh oleh polis Malaysia ke atasnya itu, tidak wujud di United Kingdom mahupun di negara-negara lain. (RUJUK SINI) 


Nama Clare Rewcastle-Brown semakin popular ketika Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi ditangkap di Thailand. Dalam keterangan yang diberikan oleh Xavier Justo, Clare merupakan antara orang penting selain Tony Pua yang menemukannya dengan pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat. (RUJUK SINI)

Berdasarkan dokumen siasatan pihak berkuasa Thailand, Rewcastle -Brown yang bertindak sebagai Broker Justo dalam penjualan data yang dicuri daripada PetroSaudi, menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu beliau bersama Pua, sudah mengatur mengatur penjualan data dicuri itu kepada pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.




Nama Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan Transkrip mesej WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle Brown, Justo dan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.

Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Rewcastle Brown (mereka menggunakan nama samaran Fullerton dan Athene Ban) bagi membincangkan bayaran dijanji kepada Justo tetapi belum dilunaskan, Rewcastle-Brown memberitahu Justo (terjemahan):”Saya sudah meminta Tony mengatur pertemuan dengan Tong’.

Setelah usaha bersungguh-sungguh Tony Pua membabitkan Clare, Sarawak Report dan Justo, akhirnya Kerajaan Najib Razak tumbang pada 9 Mei 2018.

Kekalahan Najib dan kerajaan disambut gembira oleh Clare Rewcastle-Brown yang datang ke Malaysia pada 20 Mei 2018 untuk meraikan kejayaannya, selain menerima laba daripada Pakatan Harapan kerana peranan yang dimainkannya. (RUJUK SINI)


Sebelum itu pada November 2017, Presiden PAS menyaman ke atas Clare Rewcastle-Brown kerana fitnah RM90 juta yang kononnya rasuah Najib dan UMNO kepada PAS. Kes fitnah berkenaan difailkan di mahkamah London. Bagaimanapun, pada Februari 2019, PAS telah menemui persefahaman dengan Clare untuk menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah. (RUJUK SINI)

Keterujaannya kerana berjaya menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN menerusi pendedahan 1MDB yang turut membantu Mahathir dan DAP untuk berkuasa di Putrajaya, membolehkan Clare menerbitkan sebuah buku berjudul, The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposé pada 8 September 2018 yang majlis pelancarannya turut dihadiri oleh Tony Pua di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. (RUJUK SINI)


Dan kerana tulisannya di dalam buku itulah, DYMM Sultanah Terengganu menerusi Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq pada Rabu 21 November 2018 menyaman Clare Rewcastle-Brown, selain pengedar buku tersebut di Malaysia Gerakbudaya Enterprise dan pencetaknya, Vinlin Press Sdn. Bhd selaku defendan bersama dengan Clare. (RUJUK SINI)

Ternyata kali ini Clare bersendirian tanpa bantuan Tony Pua, DAP mahupun Mahathir. Sekaligus menyaksikan perubahan format Sarawak Report yang kembali menghentam Kerajaan Malaysia, walaupun Kerajaan itulah yang dibantunya untuk berkuasa pada 9 Mei 2018. (RUJUK SINI)


Kerajaan Pakatan kelihatan seperti lepas tangan dalam isu saman DYMM Sultanah Terengganu Nur Zahirah ke atas Clare.lebih-lebih lagi selepas mahkamah pada 13 Disember 2019 memutuskan bahawa Clare perlu membela diri setelah mahkamah mendapati ada asas fitnah yang dilakukan oleh pemilik Sarawak Report itu ke atas baginda Sultanah. (RUJUK SINI)

Reaksi menarik yang diberikan oleh Clare sejurus selepas Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan yang dia perlu membela diri, dia berasa sedih kerana 'dihadiahkan' dengan keputusan mahkamah itu selepas kerja kerasnya membuat pendedahan tentang skandal 1MDB. (RUJUK SINI)

Seperti sudah tahu, kekalahan akan menimpanya, Clare mengeluh yang dia tidak mungkin akan mampu membayar RM100 juta seperti yang dituntut oleh DYMM Sultanah Johor itu.


Belum pun lama lagi, sebahagian besar daripada kita tentu masih ingat dengan kegembiraannya kerana segala kerja kerasnya semakin membuahkan hasil apabila Kerajaan UMNO-BN dan Najib Razak dibenci oleh rakyat Malaysia. Malahan pelbagai cerita tentang 1MDB, lebih banyak diambil daripada cerita-cerita karangan Clare berbanding daripada maklumat rasmi. 

Yang dinantikan ialah peranan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ong Kay Tat... dalam isu penggunaan Justo, Clare adalah orang hubungan utama mereka. Menerusi Clare jugalah, mereka berjaya memperolehi matlamat mereka menumbangkan Najib dan menyingkirkan Kerajaan UMNO-BN dari Putrajaya. 

Adakah dengan saman fitnah ini, mereka akan menggembelengkan tenaga dan membantu Clare secara senyap-senyap supaya tidak kelihatan seperti mereka menentang institusi kesultanan Melayu? Atau selepas 1MDB, khidmat Clare tidak lagi diperlukan dan dia perlu berdiri di atas kakinya sendiri?



KURANGKAN KAKITANGAN AWAM 5% SETAHUN... DAH DIPERINGATKAN BERKALI-KALI, DAP MEMANG NAK BUANG KAKITANGAN AWAM, TETAP JUGA PILIH PAKATAN!!!



Ingat lagi tak dengan poster di atas? Poster yang mensasarkan penjawat awam agar mengubah undi mereka dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, agak popular sebelum PRU-14. Poster yang dijaja dan dicanang-canangkan itu menggalakkan penjawat awam menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional tanpa ragu-ragu dengan alasan-alasan yang diberikan yang difikirkan wajar. Malahan ramai penjawat awam yang menyambut kempen poster tersebut dengan gembira, bersemangat dan penuh harapan.


Kebanyakan penjawat awam, lupa atau tidak ambil tahu tentang kata-kata Tony Pua membabitkan penjawat awam.

Pada 11 November 2011, Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP mencadangkan kerajaan pusat mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia. Perhidmatan mereka akan ditamatkan jika tidak efisyen sebagaimana negara China. Tapi disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun. MCA mencabar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan. (RUJUK SINI)

\
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak, selain kesukaran bagi DAP untuk memujuk golongan penjawat awam agar mengundi DAP pada PRU, menyebabkan DAP terpaksa memberikan alasan dan menukar kenyataan Tony Pua kepada 'kesalahan UMNO-BN'.(RUJUK SINI)

Pada 25 Ogos 2016, sekali lagi Tony Pua menzahirkan cita-cita besarnya mahu mengurangkan sebahagian besar penjawat awam kerana penjawat awam baginya adalah satu bebanan kepada kewangan negara.


“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)

Apabila Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mengambilalih pentadbiran negara, ramai yang menjangkakan keinginan besar Tony Pua akan segera dilaksanakan. 

Bagaimanapun, dalam sidang Dewan Rakyat pada 7 Mac 2017, Anthony Loke yang pada ketika itu Ahli Parlimen Seremban telah menafikan yang DAP mahu mengurangkan jumlah penjawat awam. 



Ketika kali pertama Tony Pua menyatakan buah fikirannya, Tony Pua berkata, jikalau Pakatan dapat memerintah Kerajaan Pusat, akan dikemukakan satu projek yang dinamakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun. 

Katanya lagi, Pakatan tidak akan gunakan budaya lama yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, sebaliknya Pakatan akan membuat penambahan kakitangan awam yang berkualiti tinggi dan memilih kakitangan awam yang mempunyai daya saing. (RUJUK SINI)


Pada ketika itu, ramai yang tidak percaya, DAP akan benar-benar mengotakan cadangan Tony Pua terutama sekali dari kalangan kakitangan awam. Sebaliknya ramai pula yang berkata, kakitangan awam yang cemerlang tidak perlu gusar dengan cadangan tersebut. Malah, ia bukanlah sesuatu yang besar berbanding usaha UMNO menakut-nakutkan penjawat awam tentang 'ancaman' DAP.

Sabtu 14 Disember 2019, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah membuat kenyataan yang jelas telah merealisasikan impian Tony Pua. Bezanya, kenyataan tersebut beralas sama seperti ketika DAP mempertahankan cadangan Tony Pua di Dewan Rakyat pada 7 Mac 2017.


Menurut Borhan Dolah, mulai tahun 2020, lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik. Langkah itu menurutnya, telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion. (RUJUK SINI)

13 Disember 2019, Timbalan Menteri Undang-Undang, Hanipa Maidin mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan akan membuat pengurangan perjawatan awam sebanyak 5% setiap tahun. 


"Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu. (RUJUK SINI)

Yang dituai oleh kebanyakan penjawat awam, kini telah pun berhasil. Namun, beras yang disangkakan, padi usang pula yang penuh kepuk. 

Begitu mudah ditipu dengan alasan-alasan klise, bahkan ketika DAP dan Pakatan Harapan menambahbanyakkan lagi perlantikan politik dalam GLC, GLIC, PLC dan sebagainya, keputusan untuk mengurangkan sejumlah besar kakitangan awam, masih lagi tidak dipandang serius. Kesan daripada keputusan kerajaan tersebut yang akan menambahkan beban kerja kepada kakitangan sedia ada, tidak begitu dirasakan sekalipun pada masa yang sama, rakyat yang menggunakan perkhidmatan awam termasuklah perkhidmatan hospital dan perubatan, mengeluh tentang tempoh masa yang dibazirkan terlalu panjang ekoran kekurangan kakitangan awam di sektor terbabit.

Inilah satu-satunya manifesto Pakatan yang ditunaikan. Pengurangan dan pembuangan penjawat-penjawat awam... dan seperti yang dikatakan oleh KPPA, Borhan Dolah, 

"...lantikan kontrak yang akan diperkenalkan lebih dinamik dan bersesuaian dengan generasi Y yang tidak begitu 'setia' dan memberi mereka opsyen untuk keluar daripada perkhidmatan awam dengan mudah selepas berkhidmat untuk tempoh tertentu." (RUJUK SINI)
Ironinya, DAP menerusi Tony Pua sendiri, memperbanyakkan lagi pengambilan kakitangan propaganda yang bertujuan mempertahankan DAP di Putrajaya dengan tangga gaji yang lebih lumayan berbanding perkhidmatan awam setelah DAP terutama sekali Lim Guan Eng, semakin teruk dikecam, dicerca, dimaki hamun dan disumpah seranah kerana kegagalannya sebagai Menteri Kewangan.

Friday, December 13, 2019

APABILA TOMMY THOMAS SI PEGUAM NEGARA YANG SERBA TAK TAHU!!!



Tommy Thomas merupakan watak yang cukup menarik. Bermula dengan pembatalan sidang media apabila dia gagal bertutur dalam Bahasa Melayu dan keinginannya agar perbicaraan Najib dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Sehinggalah apabila Tommy Thomas tidak tahu prosedur Jabatan Peguam Negara sendiri walaupun dia adalah Peguam Negara.

Walau bagaimanapun berkat perlantikannya sebagai Peguam Negara yang disokong kuat oleh DAP, Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan DAP berjaya diselamatkan daripada perbicaraan. Malahan dalam kes Lim Guan Eng, walaupun saksi-saksi sedang memberikan keterangan, Tommy Thomas telah menggugurkan kes rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng, membuatkan Lim Guan Eng mendabik dada konon-kononnya dia tak bersalah walaupun sebenarnya perbicaraan sedang berlangsung dan Lim Guan Eng tidak mempunyai peluang untuk melepaskan diri melainkan perlantikan seorang Peguam Negara yang boleh menggugurkan kesnya.

Berikut adalah senarai 5 contoh klasik 'TAK TAHU' yang melibatkan Tommy Thomas. 

KES 1. Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara gugurkan kes majikan Pulau Pinang dera dan bunuh amah Indonesia.

21 April 2019: Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-akan-siasat-isu-gugur-kes-bunuh-amah-steven-sim-205402


KES 2. Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan balas terhadap sabitan dan hukuman penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin

12 Julai 2019: Kes Wan Ji: Tommy tak sedar rayuan balas pendakwaan

https://www.sinarharian.com.my/article/37398/BERITA/Mahkamah/Kes-Wan-Ji-Tommy-tak-sedar-rayuan-balas-pendakwaan

KES 3: Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan affidavit bahawa ahli Bomba Muhammad Adib tidak dipukul.

"Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata bahawa walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC), beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing."

24 Jul 2019: AG nafi afidavit kata Adib tak dipukul perusuh

https://www.malaysiakini.com/news/485181


KES 4: Peguam Negara tak tahu kenapa dua pertuduhan tambahan dikenakan ke atas wakil rakyat DAP sehingga dua pertuduhan baru ini digugurkan sebaik sahaja ianya difailkan dalam Mahkamah dengan alasan pertuduhan baru ini adalah berlebihan.

7 Nov 2019: LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal

KES 5: Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kebebasan Raja Formula Negara.

6 Dis 2019: "AG says appeal against Rafizi acquittal done without his knowledge"

https://www.theedgemarkets.com/article/ag-says-appeal-against-rafizi-acquittal-done-without-his-knowledge

Itu dah 5 kes "tak tahu" dalam masa 8 bulan untuk satu jabatan kerajaan dengan 1,200 kakitangan sahaja.

Apatah lagi untuk seluruh kerajaan dengan 1.6 juta kakitangan dalam tempoh 9 tahun?






Terbaru ialah apabila Tommy Thomas enggan membuat rayuan berhubung pelepasan suspek LTTE di bawah SOSMA. Suspek-suspek tersebut sepatutnya ditahan berdasarkan undang-undang pencegahan.

Sebagaimana yang berlaku dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib dalam kemelut kuil haram Seafield, sikap yang ditunjukkan Tommy Thomas amat berat sebelah. Kesalahan yang dilakukan oleh kaum-kaum tertentu dilepaskan dan dibebaskan dengan sewenang-wenangnya walaupun Tommy Thomas cuba berselindung di sebalik undang-undang.

Secara jelas, Tommy Thomas telah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng kuasanya dalam banyak kes, termasuklah kes terbaru membabitkan suspek LTTE.

Seharusnya Peguam Negara mengutamakan keselamatan negara dan melaksanakan undang-undang, bukannya mengutamakan kaum dan agenda tertentu seperti membebaskan suspek termasuklah pembebasan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

RANGKUMAN TIGA HARI PERBICARAAN SRC INTERNATIONAL SEBELUM PEGUAM KERAJAAN MINTA TANGGUH SELEPAS KEHABISAN SOALAN TERHADAP NAJIB!!!



Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak akan bersambung pada Rabu hadapan selepas diminta oleh DPP V. Sithambaram. Alasan yang diberikan oleh V. Sithambaram adalah, dia memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti keterangan Najib Razak.

Selama tiga hari berturut-turut, Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya kelihatan seperti tidak tentu arah dan tidak tentu punca. Tommy Thomas yang suatu ketika dahulu, cukup berazam untuk memastikan Najib didapati bersalah dan dipenjarakan atas semua tuduhan yang dihadapinya, dilihat seperti langsung tidak bersedia dengan fakta-fakta kes.

Pada 10 Disember 2013, ketika menyoal Najib, Tommy Thomas bertanyakan mengapa, Najib melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan. Pertanyaan Tommy Thomas itu sebenarnya merupakan satu perangkap untuk menunjukkan Najib sebenarnya mempunyai agenda menyonglap duit SRC International dari awal lagi.


Najib kemudiannya menjawab, dia mempunyai pendidikan ekonomi, merupakan bekas Menteri Besar Pahang, Timbalan Menteri dan menteri-menteri penuh pelbagai kementerian. Najib percaya, dia mempunyai keupayaan, kebolehan dan kelayakan untuk memajukan ekonomi negara.

Pada ketika itulah, Najib memberikan fakta-fakta dan data-data berupa nombor.

Menurut Najib, semasa dia menjadi Menteri Kewangan, aset bersih Khazanah telah naik dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion. Aset PETRONAS pula telah naik menjadi setengah trillion dan mempunyai rezab tunai sebanyak RM173 bilion yang kemudian digunakan oleh Kerajaan Pakatan sesuka hati mereka.

Ketika dia menjadi Menteri Kewangan juga, Ringgit Malaysia turut stabil, KDNK meningkat 5.9% pada tahun 2017, kebajikan rakyat terbela, pembangunan infrastruktur turut mantap selain peningkatan pelaburan asing ke dalam negara yang juga semakin bertambah.

Sekaligus, Najib memberikan peluang kepada Tommy Thomas untuk mempertikaikan angka-angka dan fakta-fakta tersebut seluas-luasnya. Malangnya, Tommy Thomas langsung tidak pertikaikan dan nafikan kata-kata Najib itu.

Malah apabila Najib berkata, ketika dia menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara tumbuh lebih pantas dan pesat berbanding 4 negara Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan), Tommy Thomas juga tidak nafikan atau menggunakan fakta-fakta Lim Guan Eng mahupun Mahathir.






Lebih-lebih lagi apabila Najib memberitahu, dia bukanlah Perdana Menteri pertama yang juga menjadi Menteri Kewangan memandangkan trend tersebut telah dimulakan oleh Mahathir, kemudian diteruskan oleh Abdullah Badawi dan Najib sendiri.

Yang mampu Tommy Thomas katakan ialah, pengkritik-pengkritik Najib mungkin berbeza pandangan berbanding fakta-fakta dan data-data yang diberikan oleh Najib. Namun apabila Najib berkata, KDNK negara menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan itu merupakan satu fakta, Tommy Thomas terkedu dan hilang akal.

"Ini bukanlah tempat untuk membincangkan hal itu." Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Tommy seolah-olah dia sudah hilang segala upaya untuk terus memerangkap Najib.


Pada hari yang sama, mahkamah turut diberitahu, pada tahun 2010, Najib telah bertemu dengan Raja Abdullah dan diberitahu bahawa Raja Saudi itu akan memberikan sumbangan politik. Najib kemudiannya memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia dan AMBANK.

Money trail menunjukkan akaun Najib ada menerima sumbangan terus daripada akaun rasmi Kementerian Kewangan Riyadh, akaun Putera Faisal bin Turki serta selebihnya melalui beberapa akaun syarikat berjumlah sekitar USD1.05 bilion atau lebih kurang RM4 bilion pada 2011 sehingga 2013.

Pada tahun 2014, Najib turut menerima sejumlah wang berjumlah £9.46 juta lagi.




Justeru, dengan sepengetahuan itulah, segala perbelanjaan politik, sosial, CSR dan kebajikan yang dibuat oleh Najib pada tahun 2011 sehingga PRU-13 serta pada tahun 2014, Najib menganggap wang tersebut adalah sumbangan politik daripada Raja Abdullah menerusi akaun AMBANK yang dibuka khas untuk menguruskan sumbangan derma berkenaan.

Berdasarkan perbelanjaan Najib dari 'akaun 906' dan '898', dari Ogos 2013 sehingga Mac 2015, hanya 0.4% sahaja digunakan untuk perbelanjaan peribadi walaupun secara jelas, Raja Abdullah menyatakan kegunaan sumbangan baginda itu adalah sepenuhnya mengikut kehendak Najib seperti yang tertera dalam suratnya.

Majoriti perbelanjaan adalah 45% untuk parti politik, 39.3% untuk kegunaan sosial CSR, 13.7% untuk kebajikan NGO, 0.1% untuk menaik tarafkan kediaman di Langgak Duta dan Seri Kayangan manakala 1.5% pula merupakan hadiah permata di De Grisigano kepada pasangan pemimpin Qatar.

Joanna Yu Ging Ping


Ung Su Ling, bekas CEO YR1M - Najib kata, pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya, telah merosakkan reputasinya. (BACA SINI)


Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Najib, Jho Low secara senyap-senyap, dengan bantuan beberapa orang pegawai AMBANK yang memberikan maklumat tentang akaun-akaun Najib serta beberapa orang pegawai anak-anak syarikat berkaitan 1MDB yang bersekongkol dengan Jho Low telah memasukkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib di luar pengetahuannya, malahan disembunyikan daripada pengetahuannya sebelum maklumat berkenaan dibocorkan kepada Wall Street Journal untuk disensasikan.

Perkara tersebut terdedah setelah saksi pendakwaraya sendiri, Joanna Yu Ging Ping memberitahu bahawa dia mengikut arahan Jho Low untuk menyembunyikan maklumat kewangan menerusi penyata-penyata bank dari akaun AMBANK Najib serta tidak menghantarnya ke rumah Najib di Taman Duta.

Ketika ditanya oleh peguambela Najib ketika itu, Harvinderjit, Yu bersetuju dan mengesahkan arahan Jho Low dan keakurannya. (RUJUK SINI)

Pendedahan di mahkamah pada 26 Julai 2019 itulah yang membuatkan Najib mengambil keputusan untuk menyaman Joanna Yu Ging Ping, AMBANK, AMBANK Islamic Berhad berkenaan akaun '694', '880', '898' dan '906' kerana telah membocorkan maklumat kepada pihak buat diberikan kebenaran iaitu Jho Low selain melakukan transaksi di luar pengetahuan pemilik akaun.

Malah Joanna Yu juga disaman kerana tidak menghalang amaran 'red flags' terhadap akaun Najib sekaligus turut menghalang Najib daripada dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Berdasarkan bukti perbualan Blackberry Messenger, beberapa arahan telah diambil daripada Jho Low menyebabkan Bank Negara Malaysia turut tidak mengeluarkan amaran 'red flags' anti penggubahan wang haram.

Yu bertindak memberi nasihat tentang kelulusan cek di bawah akaun '694', '880', '898' dan '906' serta telah mengambil langkah-langkah untuk menyembunyikan penyata akaun-akaun bank itu daripada pengetahuan Najib Razak. (RUJUK SINI)


Pada 1 Julai 2019, bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Suboh Md Yassin, tidak menolak kemungkinan tandatangannya dipalsukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, pada surat pindahan wang ke dalam dua akaun anak syarikatnya.

Suboh, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi, berkata demikian selepas pihak pembelaan membuat perbandingan tiga jenis tandatangan Suboh dengan menggunakan projektor slaid di mahkamah.

Tiga jenis tandatangan itu tertera pada dokumen pengesahan keterangan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), surat pindahan wang SRC ke akaun dua anak syarikat dan tandatangan diturunkan Suboh pada dua kertas pagi tadi untuk dibuat perbandingan. (RUJUK SINI)

Pada 6 Julai 2019, sebuah NGO Gerakan Tuntut Malaysia menerusi aktivisnya, A'zlan Muhammad Abu Bakar telah membuat laporan polis dan mendakwa saksi ke-42 pendakwaan, Suboh Md Yasin secara terbuka mengakui 17 tandatangan di dalam Arahan Perbankan yang dihantar kepada Bank AMBANK Islamik melibatkan pemindahan wang berjuta-juta ringgit bukanlah tandatangannya. 

Dalam laporan polisnya juga, A'zlan mendakwa keterangan Suboh itu menunjukkan dokumen yang mempunyai tandatangan-tandatangan palsu berkenaan adalah bertujuan untuk 'mengenakan' Najib. (RUJUK SINI)



Tujuh dokumen yang mengandungi tandatangan palsu dan pihak peguambela Najib memohon untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia yang kemudian dibantah oleh pasukan Peguam Negara. 

Ketujuh-tujuh dokumen bukti pendakwaan palsu itu itu ialah P277, P497 (3-4), P530 (2-9), P501, D534, D535 dan P510
P277 - pemindahan 29 Disember 2014;
P497 - minit MKD terhadap 1MDB;
P530 - minit EGM dan resolusi pemegang saham khas;
P501 - minit MKD pada 17 Disember 2012 mengarahkan bagaimana dana SRC perlu digunakan;
D534 - dokumen MKD
D535 - kelulusan utk SRC dapatkan pinjaman RM2 bilion tambahan daripada KWAP
P510 - Minit MKD meluluskan pindaan terhadap M&A SRC.

Menariknya, pasukan Tommy Thomas bukan sahaja membantah usaha Najib untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia, malahan Tommy Thomas juga membantah Najib menggunakan Bahasa Melayu dan meminta keseluruhan perbicaraan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. (RUJUK SINI)

Keseluruhan perjalanan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan boleh diikuti DI SINI dan DI SINI.


Menariknya, perbicaraan dan pemeriksaan balas oleh pasukan Tommy Thomas terhadap Najib Razak yang sepatutnya lebih menyenangkan dan lebih mudah, seakan-akan menemui jalan buntu. Lebih menarik apabila Tommy Thomas dan pasukan pendakwaannya kelihatan seperti sudah kehabisan soalan untuk ditanya sehinggakan pembabitan Najib mengekalkan kuasa Dr. Mahathir pada Pemilihan Agung UMNO 1987 turut ditanya.

Permohonan pasukan Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sesi perbicaraan dan pemeriksaan balas itu sehingga Rabu hadapan untuk mengkaji jawapan Najib yang direkod dalam 'kitab' setebal 243 muka surat telah dibenarkan oleh hakim, Nazlan Ghazali.

Anehnya, hakim yang sama hanya memberikan masa selama 11 hari untuk pasukan Najib menemuramah 66 orang saksi dan tidak boleh ditangguh. Malahan untuk mengkaji pengesahan tandatangan pun ditentang selain penentangan terhadap permintaan peguam-peguam Najib untuk meminta keterangan daripada beberapa orang yang disiasat SPRM yang ditolak oleh hakim. 


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Najib Razak berjaya mendapatkan dokumen PetroSaudi yang diserahkan oleh Xavier Justo kepada SPRM menerusi perintah mahkamah. Dokumen-dokumen tersebut penting bagi membuktikan yang Tarek Obaid, Patrick Mahony dan Jho Low telah berkomplot untuk menipu dan mengenakan Najib Razak. Ini juga kerana terdapat bukti perbualan yang merancang bagaimana mereka mahu menipu untuk memberikan laporan palsu kepada Najib Razak. 


 
Blogger Templates