Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 26, 2014

APA LAGI HELAH BERAPI KHAIRY JAMALUDDIN BILA PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA SAHKAN KEGAGALAN DOPING PEMAIN BADMINTON TERNAMA MALAYSIA!!!

BERITA SEBELUM:
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) difahamkan sedang mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel terkemuka di Subang, hari ini.

Menurut sumber, mesyuarat yang bermula jam 11 pagi yang turut disertai beberapa ahli jawatankuasa tertinggi akan membincangkan isu doping yang menimpa pemain badminton negara seperti diperkatakan media sejak akhir-akhir ini

Sejak laporan pemain badminton negara didakwa gagal ujian doping didedahkan Isnin lalu, belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BERITA KEMUDIAN:
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara yang gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) baru-baru ini adalah pemain dibawah naungan badan induk itu.

Ini diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Grand Dorsert hari ini.

Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi, Norza bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mengumumkan nama atlet terbabit selagi tidak mendapat kebenaran daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF).

SEBELUM ITU:
BEKAS pemain kebangsaan, Roslin Hashim tidak menganggap insiden atlet terkemuka yang gagal ujian doping pada kejohanan antarabangsa baru-baru ini ada kaitan dengan unsur sabotaj.

Roslin ketika dihubungi sebaliknya percaya, ia lebih terjurus kepada kesalahan pemain itu sendiri sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak mengenai kesalahan penggunaan bahan terlarang itu.

"Saya tidak rasa ada unsur aniaya, kalau betul unsur sabotaj, mengapa sekarang, mengapa bukan zaman kegemilangan dia.

"Kenapa nak cakap unsur sabotaj, adakah untuk menutupi kesalahan pemain itu dan menganggap pemain berkenaan bersih dari perbuatannya itu," kata Roslin kepada Sinar Harian.

Menurutnya, atlet itu juga tidak boleh memberi alasan dan menyalahkan pihak lain untuk menutupi kesalahan diri sendiri.

"Ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pada atlet, atlet tidak boleh beri alasan jurulatih yang bagi bahan tersebut, dia mesti bertanggungjawab tentang apa sahaja yang dia makan dan rawatan yang dia terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberitahu atlet berkenaan terkejut apabila mengetahui gagal dalam ujian doping.

Mungkin tidak berpuas hati, atlet berkenaan itu mahu melihat sendiri sampel air kencing tersebut dibuka ketika ujian semula itu dijalankan di sebuah institusi dipercayai bertempat di Norway.

Roslin yang mengakui kecewa dengan insiden berkenaan bagaimanapun mengharapkan supaya sekiranya ikon negara itu betul-betul mengambil ubat terlarang, dia seharusnya berani tampil ke depan dan jangan cuba menegakkan benang yang basah.

"Perkara ini serius, ia bukan sahaja melibatkan karier dia sahaja tapi imej sukan terbabit juga akan terjejas. Saya tak tuduh dia ambil dan sebolehnya saya harap perkara ini tidak benar kerana dia adalah atlet ikon negara dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebelum ini.

"Tapi, sekiranya betul, jujur dan berterus terang dan ia boleh memudahkan siasatan," katanya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, sumber Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa pemain elitnya positif dadah melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa kejohanan antarabangsa di Copenhagen, Ogos lalu.

Saturday, October 25, 2014

REAKSI ANAK SULUNG DAN DUA ISTERI AZHAR IDRUS BERHUBUNG PENYEBARAN KLIP VIDEO SEKERAT!!!



Ustaz Azhar Idrus bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi sebagai pendakwah paling berpengaruh di Malaysia dan mempunyai ramai pengikut terutamanya anak muda yang ramai dari mereka dahulunya leka dengan dunia, tetapi kembali mendekatkan diri dengan agama melalui cara dakwah UAI yang menarik dan tersendiri untuk menambat hati anak muda mendekatkan diri pada Allah.

Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah tidak pernah membuatkan dirinya terhindar dari sifat busuk hati manusia. Satu demi satu cabaran dan dugaan datang menerjah hidupnya hinggakan wajahnya kini tidak kelihatan lagi di kaca TV hanya kerana beliau menyampaikan perkara benar yang sukar nak ditelan pihak-pihak yang berkuasa kerana terasa pedas. Anda perlu berdiam diri dan menyokong kejahilan dahulu, barulah wajah anda akan terpapar di kaca TV.
 
Hari ini, heboh seantero Malaya konon tersebarnya satu video skandal seks Ustaz Azhar Idrus berdurasi hampir 1 minit. Jika dilihat sekali imbas, raup wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI yang memiliki janggut yang sangat familiar, cuma memiliki tona kulit yang tidak seperti UAI. Jangan tanya kami mana videonya, kerana tidak mungkin kami tak akan kongsikan di sini.

Dari gambar ini jelas menampakkan perbezaan tona kulit yang sangat ketara yang meninggalkan tanda tanya ianya mungkin lelaki mirip/pelanduk dua serupa dengan UAI

Usaha jahat seperti ini biasa kita lihat melibatkan ahli politik seketikanya ingin tiba Pilihan Raya Umum dan kemudiannya akan berlalu senyap begitu sahaja tanpa khabar berita. Hari ini dugaan yang sama terpaksa dipikul oleh Ustaz Azhar Idrus. Manusia sememangnya tidak dapat lari dari hasad dengki dan dengan melihat seseorang itu jatuh tersungkur, hanya itu yang dapat memuaskan hati hitam mereka. Jika zaman Rasulullah sendiri dahulu pun tidak dapat lari dari sifat busuk hati manusia apa lagi di zaman serba moden ini, pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan seseorang oleh golongan fasik ini.
Allah SWT berfirman; "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" - Al-Hujurat ayat 6


Zaman canggih seperti hari ini, terlalu banyak cara yang boleh digunakan untuk menerbitkan satu video jahat bagi menjatuhkan atau memalukan seseorang. Tak perlu berbicara tentang teknik lain seperti CGI mahupun mendapatkan seseorang dengan wajah seiras, cukuplah sekadar dengan teknik mekap sudah mampu mengubah wajah sesiapa sahaja menjadi apa yang mereka mahu. Ya, hanya melalui mekap.

(Kemaskini) Berikut adalah keratan akhbar Metro;

‘Niat jahat jatuhkan ulama’

Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.


Seorang lelaki di Instagram dengan nama @pochoy_29 menggunakan teknik mekap pada wajahnya untuk menyerupai ramai selebriti terkenal dunia.

Pochoy_29 sebagai Megan Fox

Pochoy_29 sebagai Miley Cyrus

Pochoy_29 sebagai Katy Perry
Banyak lagi selebriti lain di akaun Instagram miliknya yang anda boleh lihat sendiri. Jika dengan teknik mekap sebegini pun memberikan hasil sebegini, apalagi dengan sebarang teknik lain.

Ada juga beberapa pendapat mengatakan, isu skandal UAI ini sengaja dicipta untuk memalingkan orang ramai dari kes Anwar Ibrahim yang mungkin akan ke penjara tidak lama lagi. Sejauh mana kebenarannya, itu hanyalah omong-omong kosong mereka sahaja.


Apa yang penting, usahlah kita percaya bulat-bulat dengan hal-hal sebegini atau anda sebenarnya masih duduk berehat di dalam gua. Ibarat katak di bawah tempurung yang sudahlah ditutup dengan tempurung, dihempap batu belah batu bertangkup di atasnya. Samaada UAI ingin memberikan respon kepada isu ini atau tidak, itu adalah hak dirinya.

Astaghfirullahalazim. Semoga Ustaz Azhar Idrus tabah dan teruskan berdakwah. Anak-anak muda dan insan yang mengenali anda tahu siapakah anda dan paling penting, redha Allah SWT sahajalah yang berhak menentukan siapa kita.

Wallahualam.



Satu Malaysia dah tahu tentang isu hangat yang melanda penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Biarpun pembantu beliau telah menafikan sekeras-kerasnya, namun isu ini tidak senyap begitu sahaja dan terus hangat dipaparkan di muka depan akhbar seluruhnya.

Selain Ustaz Azhar sendiri, insan lain yang terkena tempiasnya tentulah para isteri dan anak-anak beliau. Berikut kami paparkan luahan rasa hati para isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini untuk kita nilaikan;

Respon dari anak sulong UAI, Nur Madiha Asyikin.

SumberFacebook Oh! Media
Respon dari isteri pertama UAI, Rogayah Sulong


Respon dari isteri kedua UAI, Nisya Wan


Apapun isteri ke-3 UAI masih tidak memberikan sebarang kenyataan. OhMedia akan kemaskini nanti.

Apapun kita doakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sangat tidak boleh diterima akal hanya kerana kewujudan video yang tidak sampai 1 minit dan dirakam dengan kualiti kamera ala potatot itu mampu membuatkan sesiapa sahaja percaya ianya adalah UAI. Ketika ini merupakan akhir zaman di mana para pelaku maksiat akan diangkat dan para ulama' akan dijatuhkan. Beringatlah saudara semua, usah dengan video tidak sampai seminit itu mampu membenamkan diri anda sebahagian dari mereka yang fasik selagi tiada wujudnya sebarang bukti ke jalan kebenaran.

COPY PASTE SEPENUHNYA DARIPADA OHMEDIA

INILAH PRODUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YANG DIBANGGA-BANGGAKAN... HARAM TAK BOLEH MENULIS, BERTUTUR DAN MEMAHAMI BAHASA KEBANGSAAN!!!

Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.
Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.

“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

Utusan.

Friday, October 24, 2014

HABISLAH PKR, AZMIN SUDAH RANCANG UNTUK GULINGKAN WAN AZIZAH DAN SAPU BERSIH SEMUA KUMPULAN PRO-ANWAR DALAM PKR!!!


CheguBard dakwa ada bukti ‘permainan kotor’ Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Terbaru, ahli PKR yang digantung itu berkata, dia ada bukti akuan bersumpah (SD) lima ADUN Selangor yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelima-lima ADUN tersebut tetapi meminta siapa yang makan cili itu sendiri membuat penjelasan.

“Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai lima ADUN (2 DAP, 3 PKR) selepas mengikrarkan sokongan kepada Wan Azizah telah membuat satu SD berbeza.

“Masing-masing menarik sokongan ke atas Wan Azizah dam kononnya taat setia dengan pilihan siapa sahaja oleh Sultan Selangor. Maka muncul persoalan, siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB?,” ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataannya sebelum ini jelas membuktikan Azmin telah melanggar disiplin parti dengan tidak mematuhi arahan parti yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB Selangor.

“Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri sehingga Datuk Seria Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

“Jelas Pas menghantar tiga nama tidak ada nama Azmin dan DAP serta PKR hantar satu nama jelas bukan Azmin. Siapa yang hantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri?

“Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR setuju satu nama sebagai calon MB, dia (Azmin) menghantar nama sendiri ke Istana melalui Badan Perhubungan PKR Selangor.

“Itulah yang dimaksudkan oleh bekas MB, Tan Sri Khalid Ibrahim, semasa PRU 2008 ada dua nama diberi kepada Sultan Selangor,” katanya.

Jika benar, katanya, istana tidak boleh dipersalahkan kerana yang bersalah ialah PKR kerana mempunyai seorang timbalan presiden yang tidak berdisiplin, tidak mampu bergerak mengikut organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita-cita peribadi.

Dalam pada itu, CheguBard juga mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang didakwa ada dua pertimbangan berbeza melibatkan tindakan kepada ahli.

“Jika PKR mampu deal dengan pemimpin tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti? Adakah PKR ada dua set undang-undang berbeza, satu untuk ahli biasa dan satu untuk mereka yang istimewa?,” soalnya.

Orang kuat NGO, Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga mahu ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang dahulunya menafikan dia menandatangani SD tidak sokong sokong Wan Azizah sehingga mahu keluar parti supaya tampil dengan bukti sokongan.

“Dia (Xavier) menafikannya. Jika ya, buktikan. Balai polis mana? Nombor aduan berapa? Kalau betul SD itu palsu, dia sebagai Naib Presiden PKR sudah tentu perlu tampil menafikannya,” tegasnya.

PENGANJUR 'MARI SENTUH ANJING' MOHON MAAF, BUAT SIDANG MEDIA DAN MINTA PARA PESERTA PADAM GAMBAR MEREKA!!!!

Setelah bikin heboh dan cuba menimbulkan kegemparan kononnya dia diugut dan akan dibunuh, akhirnya si bedebah bernama Syed Adzmi Alhabshi muncul semula untuk menimbulkan satu lagi polemik. Menurutnya, dia akan mengadakan satu sidang media esok untuk menerangkan isu yang menimbulkan kegemparan dan kemarahan umat Islam di Malaysia, bahkan sehingga ke Brunei Darussalam.

Syed Adzmi yang lembik dan tergedik-gedik juga telah menyarankan agar para peserta yang kebanyakannya perempuan Melayu bertudung, memadamkan gambar-gambar mereka di Facebook selain meminta maaf kerana kesukaran yang sedang mereka hadapi sekarang.

Sebelum ini, MAIS telah menafikan memberikan kebenaran kepada Syed Adzmi untuk menganjurkan umat Islam memeluk, membelai, mencium dan membela anjing tanpa sebarang keperluan, berbeza daripada hujah yang diberikan oleh Syed Adzmi konon-kononnya program yang dianjurkannya telah diberikan kebenaran oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Manakala Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali pula menyatakan dengan sombong, dia enggan mengulas tentang program tersebut kerana menyifatkannya sebagai REMEH. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula, memandang ringan perkara itu dengan mengejek dan menyindir mereka yang menentangnya sambil berkata dalam ceramahnya di Permatang Pauh dua hari sudah, banyak perkara besar lain yang boleh ditentang oleh umat Islam, bukannya bab menyentuh anjing.

Majoriti ulama Malaysia yang berpegang kepada Qaul Ashah, Qaul Azhar Ashhab Al-Syafie, Qaul Sahih dan Qaul Rajih Mazhab As-Syafie, menyeru agar penganjur, peserta dan penyokong program 'PEGANG ANJING' itu bertaubat.

Mazhab As-Syafie adalah mazhab rasmi Malaysia.

BILA PENDEDAHAN TENTANG SARANG PENJENAYAH DIBUAT, MENGAPA DAP MENGGELUPUR SANGAT?


Sejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif, “Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”. Pada Ahadnya, akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?”

Sungguhpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Namun jelas Khalid, pihaknya tidak menafikan berlakunya jenayah di kawasan terlibat namun tidaklah serius seperti yang digambarkan termasuk didalangi kumpulan mafia yang kebal daripada tindakan penguat kuasa.

“Belum ada tempat di mana-mana juga di negara ini yang membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa takut untuk berhadapan apatah lagi jika keadaan tersebut mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”

Bagaimanapun apa yang menarik ialah kesungguhan ADUN Kuala Sepetang (PKR) yang menafikan jenayah merupakan masalah di Kuala Sepetang.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling, menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang, Perak.

Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah, sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam.

“Selepas (laporan) mafia bermaharajalela, sekarang Robin Hood berkuasa, saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia.

“Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan.

“Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal,” kata beliau.

Tanda Tanya

Kesungguhan Chua Yee Ling menafikan laporan penyiasatan Utusan Malaysia sangat mengelirukan kerana ia bukan dalam bidang kuasa beliau. Apa yang diutarakan oleh Utusan ialah aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mungkin diketahui oleh penduduk setempat.

Sungguhpun Polis tidak menganggap ia kegiatan mafia atau jenayah terancang, namun Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud masalah kegiatan jenayah ini dan telah mengarahkan telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Jadi apakah ada hubungan tertentu untuk ADUN Kuala Sepetang tersebut sehingga perlu muncul membelasah Utusan Malaysia dan mengalihkan tumpuan kepada isu prasarana Kuala Sepetang yang semakin daif?

Isu yang ditimbulkan oleh Utusan bukan isu rakyat setempat tetapi isu keselamatan negara. Justeru adalah sangat menghairankan untuk seorang wakil rakyat yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang jenayah tampil untuk meremeh-temehkan laporan tersebut.

Apakah ada hubungan tertentu antara adun terbabit dengan pihak-pihak yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut. “Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.”

SUMBER

AZHAR IDRUS SUDAH NAFIKAN, DAN PEMBANTUNYA SALAHKAN GOLONGAN LIBERAL YANG SAKIT HATI KERANA TEGURAN-TEGURAN KERAS AZHAR IDRUS, YANG MENYEBARKANNYA!!!


Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya memetik laporan beberapa laman media hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

Thursday, October 23, 2014

ACARA MAKAN KATAK, PENDEDAHAN SEBENAR DIBUAT OLEH ORANG TERLIBAT!!!

Status : Palsu (Disalah Tafsir)

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu

Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.

Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi.

SUMBER: PENA MERAH

POLIS TAK GENTAR UNTUK SERBU KAWASAN MAFIA DI KUALA SEPETANG, KATA KETUA POLIS NEGARA!!!


Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.

"Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut).

"Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Menurut Khalid, kegiatan jenayah di Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan mafia.

"Kita tak nafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya.

Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan.

"Saya percaya masih berlaku penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk keadaannya.

"Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga.

Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut.

Katanya, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

POLEMIK SENTUH ANJING DAH BERLAKU TAHUN 1937 LALU DI KELANTAN DAN IANYA ADALAH POLEMIK SIA-SIA!!!


(BAGI YANG TAK TAHU BACA TULISAN JAWI: Gambar ini diambil selepas perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, Yang Teramat Mulia Raja Kelantan, Yang Mulia Haji Abas Taha, Qadi Singapura dan Haji Nik Muhammad Sidiki Haji Wan Musa. Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah 
Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Dr. Burhanuddin Al-Halimi, 
Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud)

Program ‘I want to touch a dog’ merupakan program ulangan. Satu perdebatan berkaitan dengan perihal jilatan anjing telah berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ini bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda ketika itu, yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj. Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.

Perbezaan ini bermula dari tahun 1936, apabila Hj. Nik Abdullah dipanggil oleh Raja Kelantan ketika itu YM Tengku Ibrahim ibnu Sultan Muhammad IV ke istana bagi meminta pandangannya berkaitan hasrat baginda untuk memelihara anjing. Hj. Nik Abdullah menjawab, jika ada keperlun seperti menjaga keselamatan maka ia adalah diharuskan. Berkaitan perihal jilatan anjing pula beliau memberikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie. Beliau menyatakan, jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut.

Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi.

Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu. Ayahnya yang merupakan bekas Mufti Kelantan, meyakini kebenaran pandangan anaknya, Hj. Wan Musa bertindak mempertahankan pandangan anaknya dalam kuliah-kuliah pengajian yang dikendalikannya.

Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Sultan Kelantan ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memanggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk mendapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini.

Usaha pihak istana tidak terhenti disitu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang. Perdebatan itu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa. Sultan Ismail bertindak sebagai hakim.

Namun seperti sebelumnya, Sultan Ismail tidak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan.

Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori. Tidak cukup setakat itu, Raja Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar 3 soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937.

Jelas dicatatkan dalam sejarah, orang Melayu telah berbincang berkaitan hal ini kira-kira 90 tahun yang lalu. Oleh itu hasrat Sdr. Syed Azmi al-Habshi selaku penganjur program ‘I Want to touch a dog’ tidak lebih dari sekadar mengulang kisah lama. Jika mahu diukur dari sudut keupayaan dan potensi terhadap impak menukar persepsi orang Melayu khususnya terhadap makhluk Allah yang kita namakan sebagai anjing, jelas perdebatan tahun 1937 jauh lebih berupaya kerana melibatkan istana dan kelompok ulama’ berpengaruh.

Natijahnya, tiada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang memelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya. Oleh itu, ia merupakan polemik yang sia-sia dan tidak membawa perubahan dalam masyarakat.

Wednesday, October 22, 2014

WAJIB BAGI ORANG MELAYU-ISLAM MENYOKONG PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN!!!


AIDCNews – 22/10/14 – Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya, lapor Mstar

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan PAS serius mahu melaksanakan hudud dengan dibuktikan melalui penganjuran seminar membentangkan kertas kerja Ahad ini, termasuk menjemput penceramah dari Brunei, di mana hudud berkuatkuasa secara berperingkat mulai April tahun ini.

Seminar itu akan berlangsung di Terengganu dan bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, sementara majlis penutup dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bertemakan "Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu", antara tajuk kertas kerja akan dibentangkan termasuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Syariat di Aceh dan Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.

Panel yang dijemput bagi mengupas isu itu terdiri daripada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Program tersebut dianjur bersama Dewan Ulama PAS Terengganu dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.

"Langkah ini memperlihatkan kesungguhan parti Islam tersebut di mana sebelum ini mereka membawa usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan Mei lalu," lapor portal itu.

SILA ISI MINYAK KERETA ANDA BERDASARKAN JUMLAH LITER BUKANNYA DENGAN JUMLAH WANG BAGI MENGELAKKAN DITIPU!!!



Semakin ramai yang mendedahkan bagaimana pemilik stesen minyak menipu para pelanggan dengan mengubah meter dan sukatan mereka untuk mendapatkan keuntungan besar. Kecenderungan pengguna mengisi minyak berdasarkan jumlah wang, dan bukannya berdasarkan jumlah liter, menyebabkan ramai yang terpedaya dan ditipu oleh stesen-stesen minyak.

Ditambah pula dengan kelembapan dan kelemahan pihak KPDNKK yang langsung tidak memantau serta melakukan pemeriksaan, menjadikan pemilik-pemilik stesen minyak melakukan penipuan secara terang-terangan.

Harga RON95 sekarang adalah RM2.30. Bermakna untuk mendapatkan 10 liter, anda perlu membayar RM23.00, bukannya anda bayar RM23.00 tetapi jumlah minyak yang anda dapat adalah 9.999 liter atau kurang dari itu.

Sila isi minyak anda berdasarkan jumlah liter dan bukannya berdasarkan jumlah wang bagi mengelakkan ditipu oleh pemilik stesen minyak.

Rekodkan atau rakamkan kekurangan jumlah liter berbanding harga yang dibayar untuk disiarkan di mana-mana media atau anda boleh membuat laporan terus kepada KPDNKK walaupun KPDNKK mungkin akan bersilat itu ini dan sangat lembap bertindak.

MUALAF LUAHKAN PERASAANNYA APABILA DIHERDIK DAN MUKANYA DILUDAH KERANA MENGINTAI ORANG BERSOLAT DI MASJID!!!


"Suatu ketika dahulu, hidup saya kosong setelah anak saya dibawa lari bekas isteri. Saban hari, arak menjadi teman melepaskan tekanan. Sehingga segala kerja saya terbengkalai", ujar Adnan atau nama asalnya Anantha Raj A/L S.E Rajah berasal dari Machang, Kelantan.

Benci masjid

Pemuda bertubuh sasa ini membesar dalam keluarga yang berpegang kukuh kepada kepercayaan Hindu.

“Dahulu, saya tinggal dalam komuniti Melayu. Jadi, agama Islam bukan asing bagi saya. Hendak dikatakan keputusan saya menganut Islam hasil pengaruh persekitaran, saya tidak rasa begitu. Semasa berumur enam tahun, kami telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana ibu berkhidmat sebagai doktor di sana,” kata Adnan.

Beliau akui sejak kecil dia bukanlah berminat dengan Islam. Bahkan beliau amat membenci Islam disebabkan beberapa peristiwa yang dialaminya daripada sikap umat Islam sendiri.

“Saya membesar dengan melihat kebaikan dan keburukan orang Islam di depan mata. Saya pernah ponteng sekolah dan bersiar-siar di kota raya. “Saya hendak pulang tapi wang dah habis. Tiada siapa sudi bantu hulur sedikit wang walaupun beberapa syiling untuk menelefon mama.

“Tiba-tiba seorang lelaki tua berbangsa Melayu menyapa saya. Setelah mengetahui kesulitan yang dihadapi, dia membawa saya makan dan menghulurkan RM50 untuk tambang teksi. Alhamdulillah, dengan pertolongan itu saya berjaya mengelakkan mama tahu saya ponteng sekolah,” ujar Adnan yang masih mengingati wajah lelaki budiman itu.

Namun, pengalaman buruk dengan segelintir orang Islam lebih mempengaruhi diri Adnan. Beliau memberitahu sikap ingin tahu ketika zaman persekolahan telah mendorong beliau mengintai jemaah masjid bersolat.

“Saya lihat di kuil, gereja dan tokong, dari luar kita boleh lihat mereka beribadah. Tetapi, saya tidak tahu langsung bagaimana orang Islam beribadah.

“Jadi, saya mengintai mereka dari tingkap masjid. Apa yang saya dapat ketika itu? Saya diherdik dihalau. Pernah juga muka saya diludah oleh seorang jemaah masjid kerana duduk memerhatikan orang solat dari tangga masjid. “Sejak itu, masjid adalah tempat yang saya paling benci. Saya pernah berjanji tidak akan sesekali masuk masjid lagi,” katanya.

Bagaimanapun, perancangan ALLAH SWT tidak siapa boleh mengubahnya. Adnan bekerja dengan seorang majikan beragama Islam. Setiap kali bekerja di luar, mereka kerap singgah di masjid berdekatan. Namun, biarpun dipelawa berkali-kali, Adnan lebih rela menanti di kereta daripada melangkah ke tempat paling dibencinya.

Tuhan memanggil saya

“Ketika itu di Masjid Kapitan Ke.ling, Pulau Pinang. Majikan saya menunaikan solat manakala, saya pula asyik menghisap rokok sambil memandang jelik rumah ibadah umat Islam ini. Tiba-tiba, saya terlihat satu papan tanda tertulis 'Non-Muslim are Most Welcome' di dinding masjid tersebut.

“Tidak semena-mena kaki saya ringan melangkah ke pintu masjid. Saya disambut dengan mesra oleh pemandu pelancong masjid dan dibawa menjelajah ke seluruh masjid. Alangkah puas dan tenangnya hati dapat melihat keindahan masjid dan orang bersolat. Sejak itu, saya sering melawat masjid-masjid besar demi melepaskan hajat yang pernah tertahan dahulu,” cerita Adnan lagi.

Adnan tidak lagi membenci Islam. Bahkan, semakin ingin tahu dan melihat mereka beribadah. Suatu hari, majikannya yang bertugas sebagai pendakwah di Hidayah Centre meminta pertolongannya. “Saya diminta membantu menyelesaikan masalah seorang lelaki India yang ingin memeluk Islam.

“Pada hari yang dinantikan, kami menunggu lelaki itu di sebuah kedai. Dalam penantian itu, saya bersama majikan dan teman-temannya berbual mengenai pelbagai perkara hinggalah kepada hal berkenaan Islam. Pada satu detik, saya ditanya apakah bersedia menjadi seorang Muslim. Lalu, tanpa berfikir saya jawab ‘Ya, saya sedia’.

“Selesai melafazkan syahadah, saya rasa terbit satu kekuatan dalam hati ini. Ketika itu, saya masih tertekan dengan hal keluarga. Apabila memeluk Islam, masalah itu seolah-olah hilang begitu sahaja,” ujar beliau tersenyum.

Setelah dua minggu bergelar Muslim, perkara itu dikhabarkan kepada ibunya.

“Ketika saya menghulurkan kad pengenalan Islam saya, mama terdiam agak lama. Saya sangka dia akan menangis dan mengamuk. Saya terkejut apabila dia tanya, senang ke masuk Islam?”. “ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya apabila mengetahui mama memang sudah lama berhajat memeluk Islam, hanya tidak tahu kepada siapa harus dia pergi,” ceritanya.

Matanya bergenang. “ALLAHuakbar, mama meninggal dunia dalam Islam pada 2011. Itu yang saya paling syukuri,” katanya.

Serah pada ALLAH

Ditanya tentang anaknya, beliau hanya berserah pada ALLAH SWT.

“Isteri saya curang dengan sepupu saya sendiri. Kami bercerai sebelum saya masuk Islam lagi dan mereka berdua bawa anak saya lari. Sehingga hari ini, saya tidak berjumpa dengannya.

“Insya-ALLAH, saya percaya andai ALLAH ingin ketemukan saya dengan anak saya, kami akan bertemu jua satu hari nanti. Kini, saya hanya berdoa dan berserah kepada-Nya,” ujar Adnan lembut mengusap-usap parut di tangannya kesan torehan pisau sepupunya sewaktu ingin berbincang hak penjagaan anaknya.

Kini, Adnan turut bertugas separuh masa di Hidayah Centre bagi membantu golongan insan yang ingin memeluk Islam.
Sumber mymediahubonline.blogspot.com

ALE UTO... KESIAN BUDAK PEREMPUAN NI KALAU DIA BETUL-BETUL TIDAK TAHU APA MAKSUD SEBENAR 'ALE UTO'!!!



Ini pun satu masalah lagi...

Barangkali budak perempuan tu tak faham apa yang dimaksudkan dengan ALE UTO yang kini merupakan perkataan trending di media sosial.

Tak apa, kita bersangka baik...

Dah semakin menjadi-jadi masalah kebingungan, kebangangan dan kebodohan generasi muda yang mengaku mereka adalah generasi yang lebih pintar daripada generasi-generasi sebelum mereka, sehingga mereka hilang malu dan hilang kehormatan hanya kerana mahu menunjukkan yang mereka terlalu pandai!!!

MAKIN TERBONGKAR... PATUTLAH MAMAT LEMBUT NIH KELAM-KABUT BUAT DALIH KONONNYA DIA DIANCAM BUNUH DAN DITUDUH MURTAD!!!





TAKTIK LAPUK TAGIH SIMPATI... JANTAN LEMBUT TERGEDIK YANG ANJUR MARI SENTUH ANJING, MENGADU ADA ORANG NAK BUNUH DIA!!!



Dengar kata.., penganjur program sentuh anjing di ibukota tu sekarang ni berada didalam ketakutan ekoran dari ancaman bunuh yang di keluarkan dalam laman media sosial terhadap dirinya.. Mengikut berita dari sebuah portal, penganjur tu sekarang ni dah sembunyikan diri dari orang ramai..

Tahu pulak dia takut ye.. Ingatkan penganjur tu jenis melayu yang berani mati sebab dia sanggup anjur program sentuh anjing untuk orang Islam didalam negara yang agama rasminya adalah Islam.

Tapi kann.., rasanya penganjur tu mungkin sengaja nak cari simpati dari rakyat Malaysia khususnya kaum lain.. Mana taknya.., hidup dia mesti penuh kerisauan selepas program sentuh anjing tu menerima kecaman hebat dari orang melayu seluruh negara..

Malah, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pun kutuk penganjur tu.. Cuma tinggal Anwar je yang tak keluarkan kenyataan apa-apa.. Mungkin Anwar sibuk buat persediaan nak masuk dalam penjara gamaknya kot..

Berbalik pada kisah penganjur tu tadi.., dikhabarkan kini dia sedang mengasingkan diri selepas menerima banyak kecaman dan ugutan didalam laman Facebook. Hidupnya kini dikatakan tidak tenteram dan kucar kacir dek kerana program "mulia" yang dianjurkannya..

Satu nasihat buat penganjur program tu.., jangan lah takut sangat ye.. Buat biasa dah la sebab tak pernah lagi ada rakyat Malaysia yang kena bunuh hanya kerana anjur program hina Islam..

Lain la kalau penganjur tu buat program sedemikian di Pakistan atau negara-negara arab.., itu sudah pasti akan dicari hingga ke lubang cacing dan akan direjam secara berjemaah oleh orang-orang muslim di negara berkenaan..

Di Malaysia ni orang melayu hanya bersemangat hangat-hangat taik ayam je.. Marahnya cuma dua tiga hari.. Tak percaya? Cuba tengok isu Alvin Tan dan juga Namawee.. Elok je hidup kaya raya sampai sekarang.. Jangan kata bunuh.., jentik pun melayu tak berani tauu...

APA SALAH PEGANG DAN PELUK BABI PULAK... LEPAS PEGANG DAN PELUK, BOLEH SAMAK, KAN?


Babi Pun Boleh Samak, Bila Nak Buat Program 'Touch'?

Setelah program menyentuh anjing di Selangor Ahad lepas mendapat pujian dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kini timbul persoalan bilakah agaknya program seumpamanya, tapi kali ini melibatkan babi pula nak diadakan?

Bagi kesedaran tentang anjing saja tak cukup, perlu beri kesedaran tentang babi juga kerana kedua-duanya tergolong dalam kategori yang sama - najis berat, kalau tersentuh perlu disamak.


Apatah lagi, ada kategori babi ini yang dijadikan orang binatang peliharaan, dipeluk, dibelai dan tak kurang yang dipakaikan baju, letak reben dan yang seperti itu.

Penganjur serupa yang mengadakan program sentuh anjing ini, perlu mengadakan program sama membabitkan babi pula kalau betul tujuannya nak beri kesedaran kepada orang Islam seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Kita pun nak tahu berapa ramai orang Islam di Malaysia ini yang sanggup nak bercium mulut dengan babi seperti mana mereka bercium mulut dengan anjing Ahad lepas.

Agak-agak ada 1,000 orang?

Sementara itu, cerdik pandai agama berkenaan boleh membantu dan memberi sokongan masing-masing terhadap program itu nanti seperti mana mereka menggalakkan program 'touch' anjing Ahad lepas.

Tuesday, October 21, 2014

NIK AZIZ SIFATKAN ORANG YANG ANJUR KEMPEN 'SAYA MAHU SENTUH ANJING' SEBAGAI ORANG TAK ADA OTAK!!!


Saya Akan Saman PKR Jika Ditempat Khalid Ibrahim – Nik Aziz  peganganjing

KOTA BHARU 21 Okt. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ sebagai kerja orang tiada otak.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam berbanding memegang anjing tanpa alasan kukuh.

“Apabila keluar berita orang ramai pegang anjing, dalam kepala (mereka) tiada otak, tetapi ada ulat. Tidak munasabah orang Melayu, Islam sengaja himpun ramai-ramai pegang anjing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di sini hari ini.

Utusan Online

HUKUM SENTUH ANJING HARAM ADALAH HUKUM YANG CETEK, KATA DR. MAZA!!!


Hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan itu tergolong dalam najis berat, kata bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.

“Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah.

“Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah,” katanya memetik Riwayat al-Bukhari dalam responnya terhadap program “I Want To Touch A Dog”, semalam.

Katanya, jika najis itu dianggap haram, ‎maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. ‎

Begitu juga dengan ‎mereka yang bekerja yang membabitkan bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain, katanya.‎

“‎Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.”

‎Menyentuh isu memelihara anjing dalam rumah, katanya jika tiada tujuan selain buruan atau menjaga ternakan, hukumnya adalah makruh.

Katanya, walaupun ada ulama yang mengharamkan, tetapi hadis Islam tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

“Maka hukum makruh dipilih oleh sebahagian ahli fekah.

“Hikmahnya mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan,” katanya.

Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Islam ada sebab menghalang penganutnya memelihara anjing, antaranya baunya dan salakannya menakutkan sesetengah orang.‎


Katanya aspek fizikal anjing itu bertentangan dengan agama yang mementingkan kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara dan sahabat sandai.‎

“Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

“Salakan anjing dan bulu di sana sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu,” katanya.

Tambahnya, anjing juga berisiko dari segi keselamatan dan kesihatan termasuk gigitan, najis, serta jilatannya.

Namun beliau menegaskan, cubaan Islam mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian tidak bererti membenarkan penindasan terhadap anjing.

“Un‎tuk mengelak jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan saintifik, maka Islam melarang kita memelihara anjing dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan,” katanya.

Program itu dianjurkan bagi menghapuskan perasaan takut dan skeptikal masyarakat terutamanya Melayu dan Islam terhadap anjing.

Walaupun mendapat sambutan, namun ia juga mendapat kecaman termasuk mufti di beberapa negeri yang menganggapnya melanggar budaya masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.

Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya. -  Bernama.

SEMUANYA SALAH DAN ANGKARA UMNO, LEE CHONG WEI GAGAL UJIAN DADAH DI KEJOHANAN BADMINTON DUNIA DI COPENHAGEN!!!

Sepatutnya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan melakukan pengumuman khas pada pukul 4 petang ini berhubung kes seorang pemain badminton utama negara yang gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas, bagaimanapun telah dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang sebab-musabab diberikan.

Keputusan ujian sampel A telah diketahui Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Khairy sendiri.

Menurut laporan media, kesemua pihak ketika ini masih enggan mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan identiti pemain itu kerana dikatakan sedang menunggu keputusan ujian sampel B.

Bagaimanapun, dikatakan pemain itu ialah pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dikesan positif ujian dadah.

Jika bukan beliau, masakan Khairy sendiri akan membuat pengumuman itu.

Menurut laporan media, seorang Pegawai Kanan MSN mendedahkan bahawa keputusan ujian itu diketahui selepas temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Biasanya, jika sampel A sudah didapati positif begitu juga keputusannya untuk sampel B.

Perkembangan ini pastinya menggemparkan arena sukan tanah air dikala Malaysia dilihat amat bergantung harap kepada sukan badminton dalam membawa pulang pingat emas pada temasya sukan yang berprestij seperti Sukan Olimpik.

Selain menggemparkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pasukan pengurusan serta kejurulatihan pasti dipalit imej memalukan kerana perkembangan ini.

Sudahlah prestasi mereka terumbang-ambing, kini terpaksa berdepan dengan kejadian seperti ini.

Dikatakan, pemain itu akan menghadapi hukuman penggantungan selama dua tahun tetapi dia boleh mengemukakan rayuan akibat penggantungan itu.

HARIS IBRAHIM, CADANGKAN KEMPEN PEGANG ANJING DIBUAT DI HADAPAN PEJABAT PERDANA MENTERI DI PUTRAJAYA!!!


Patutlah dia keluar dari UMNO dan menyertai Anwar Ibrahim!
Patutlah dia menyokong kuat murtad dan minum arak!

KESIAN... JAKIM HANYA MAMPU KELUARKAN KENYATAAN, PENJELASAN DAN BUAT AGAK-AGAK TANPA BERANI AMBIL TINDAKAN!!!


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”
________________________________________

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www. e-fatwa.gov.my

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014


NOTA TFK: 

Ingat lagi kes membabitkan seorang TOMBOI yang juga seorang pelatih anjing bernama Chetz Yusof sekalipun nama sebenarnya adalah Maznah Yusof? (BACA DI SINI)

Maznah Yusof telah ditahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. 

Adakah Syed Azmi Alhabshi bebas daripada sebarang undang-undang kerana kekebalan Pakatan Rakyat di sekelilingnya, sehingga membolehkan dia menganjurkan pesta pegang anjing secara terbuka seolah-olah mencabar pihak berkuasa di negara ini?

PENGANJURAN 'I'M TOUCH A DOG': MAIS NAFI KELUAR KEBENARAN, USTAZ KATA DIPERDAYA TAPI PENGANJUR KATA TAK SALAH!!!


Maka tidak hairanlah mengapa penganjur hanya menunjukkan sebahagian sahaja surat yang didakwa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk dia menganjurkan program 'I'M TOUCH A DOG' yang diadakan di Bandar Utama tiga hari lepas.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan 'pengurniaan' surat kebenaran sebagaimana yang didakwa oleh penganjur. Malahan mengalu-alukan campurtangan JAKIM dalam isu tersebut untuk menyiasat keseluruhan kes tersebut. Pada masa yang sama, Mufti Selangor itu juga menyatakan, kelulusan bagi sebarang penganjuran seperti itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan.


Penceramah bebas yang merupakan jemputan dalam program 'sentuh anjing' itu, Mohd Iqbal Parjin turut menafikan, dia merupakan sebahagian daripada golongan yang menggalak dan bersetuju dengan perbuatan menyentuh, memeluk dan mencium anjing. Bahkan daripada penjelasan yang dibuat menerusi akaun Facebooknya, Abu Zulfaqar, penceramah itu juga kesal dan berasa seperti diperdayakan oleh penganjur.

Sebahagian kecil daripada surat itu sahaja diperagaka oleh lelaki yang menjadi penganjur program berkenaan untuk menunjukkan dia telah mendapat kelulusan daripada MAIS. Keratan itulah yang digunakan sebagai bukti dan untuk dijaja-jaja. Dan kerana keratan surat itulah juga, MAIS dan Mohd Iqbal Parjin menjadi bahan sesahan sebahagian besar umat Islam yang berang dengan perbuatan lelaki bernama Syed Azmi Alhabshi itu.


Menariknya, dalam gambar-gambar yang disiarkan, semuanya melibatkan wanita bertudung, malah ada juga yang berhijab menyentuh anjing selain memeluk haiwan tersebut. Pendapat ramai ialah, penganjuran program berkenaan adalah untuk menyuntik fahaman liberal dan pluralisme yang menjadi dokongan para pengikut Anwar Ibrahim ke dalam masyarakat Islam Malaysia.
 
Blogger Templates