Namun selepas Shahrir Samad diangkat menjadi Pengerusi FELDA, Rafizi menunjukkan kebimbangan yang bukan sedikit terutama apabila Shahril membakulsampahkan pengiraan matematik Rafizi tentang kerugian yang bakal dialami oleh FELDA kesan daripada penyahsenaraian FGV.
Menurut Rafizi, penyahsenaraian FGV akan menghasilkan kerugian bernilai RM7.8 bilion. Kerugian tersebut disebabkan:
(1) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV bagi membeli kembali stok daripada pemegang-pemegang saham.
(2) RM2 bilion dana awam yang telah rugi kesan daripada kejatuhan harga saham FGV
(3) RM2.9 bilion yang perlu dibayar oleh FGV kepada EPF dan perbelanjaan-perbelanjaan lain.
FELDA memegang kepentingan sebanyak 37% dalam FGV. Untuk membeli balik baki saham seperti yang didakwa Rafizi bernilai RM2.9 bilion, FELDA perlu memiliki kepentingan 100% di dalam FGV. Berdasarkan kepada harga pasaran saham hari ini, FGV bernilai RM2.67 bilion.
Ketika kali pertama disenaraikan, saham-saham bernilai RM10.5 bilion telah dijual dengan RM6 bilion berpatah balik kepada FELDA manakala RM4.5 bilion pula kekal di dalam FGV. Baki berkenaan telah digunakan untuk mengambilalih beberapa syarikat perladangan termasuklah Pontian Plantation yang dimiliki oleh pengasas DAP, Chen Man Hin.
RM6 bilion yang dimiliki oleh FELDA pula telah digunakan untuk penanaman semula dan membayar bonus khas sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka berserta dividen-dividen lain.
Selain daripada menerima RM6 bilion semasa penyenaraian, FELDA turut menerima RM250 juta setiap tahun dan 15% daripada keuntungan operasi setiap tahun semenjak FGV disenaraikan yang terhasil daripada Perjanjian Pajakan Tanah.
Keetika sebahagian dana kerugian akibat kejatuhan harga saham FGV, FELDA tidak rugi apa-apa kerana FELDA telah pun membuat wang selepas harga CPO disenaraikan pada premium tertinggi dan tidak terjejas akibat kesan kejatuhan harga saham.
Dana yang kerugian adalah dana portfolio dan akan mencatatkan keuntungan menerusi pelaburan lain atau penyenaraian, termasuklah penyenaraian IHH Berhad yang sekarang ini harganya adalah tiga kali ganda.
Penyahsenaraian tidak bermakna FGV atau FELDA perlu membayar semula pinjaman bernilai RM2 bilion daripada EPF. Ini adalah kali pertama wujud keperluan pembayaran semula pinjaman hanya kerana kita menyenarai atau menyahsenaraikan syarikat. Apatah lagi FGV telah pun membuat bayaran tersebut beberapa tahun sebelum ini dan jumlah berkenaan telah turun menjadi RM1.58 bilion.
Jadi di mana ruginya FELDA seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli? Fahaman ekonomi mana yang mengajar bahawa membayar pinjaman dianggap sebagai satu kerugian?
Dan kalau benarlah seperti yang dikatakan oleh Rafizi, sudah tentu Ananda Krishnan tidak akan berhenti menyenarai dan menyahsenaraikan syarikat-syarikatnya seperti ASTRO, MAXIS, Bumi Armada, Times dan sebagainya berkali-kali. Kalau benarlah seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli, penyenaraian dan penyahsenaraian merugikan, takkanlah Ananda Krishnan buat berbilion ringgit daripada aktiviti tersebut?


















