Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, February 16, 2019

BERMULANYA KEMPEN SECARA RASMI, MAHATHIR MUNCUL DENGAN KEMPEN TERBAIKNYA, PAS TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP UMNO!!!



Dengan selesainya majlis penamaan calon di Dewan Seri Cempaka, Semenyih tadi, maka bermulalah kempen PRK DUN Semenyih secara rasmi sehingga tengah malam 2 Mac 2019.

PPBM meletakkan menantu bekas ADUN Semenyih yang meninggal dunia pada 11 Januari lalu. Digambarkan sebagai anak tempatan dan berkelulusan tinggi, namun netizen mendapati kelulusan tinggi yang dipaparkan oleh Aiman Razali sebagai 'amat meragukan' terutama pada bahagian 'sedang mengikuti kursus doktor falsafah.'

Barisan Nasional yang dibantu oleh PAS pula meletakkan calon anak tempatan yang merupakan aktivis masyarakat dan seorang pembantu pegawai tadbir, Zakaria Haji Hanafi.



Awal-awal lagi, Syed Saddiq yang cuba meniru Najib Abdul Razak, melakukan provokasi yang dirancang dengan memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional. Dia kemudiannya mengadu kononnya telah dikasari dan diancam keselamatannya. Satu laporan polis turut dibuat.

Bagaimanapun, saksi-saksi di tempat kejadian pula mengesahkan yang Syed Saddiq berbohong.


Namun cerita yang paling panas dan paling menarik ialah apabila Dr. Mahathir menyatakan, dalam pertemuannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di pejabatnya, Presiden PAS itu berjanji, PAS tidak akan membantu UMNO di PRK DUN Semenyih. Untuk mengukuhkan hujahnya, Mahathir mendakwa, dia mempunyai surat dan janji yang ditandatangani oleh Abdul Hadi Awang. Dan sebagai balasannya, Mahathir bersetuju 'AKAN' memulangkan semula royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Sebenarnya selain cubaan memecahkan kesatuan antara PAS dan UMNO, Mahathir dan Pakatan juga perlu mengalihkan perhatian dan pertanyaan orang Melayu tentang dasar-dasar baru Tabung Haji yang memperlihatkan kehalobaan pentadbiran Mahathir yang kewangannya di ketuai oleh Lim Guan Eng, merompak dan menjarah harta orang Islam.

Sehingga setakat ini, PAS belum lagi menarik usaha berkempen di DUN Semenyih walaupun yang mengatakan Presiden PAS berjanji berbuat begitu adalah Perdana Menteri.


Namun yang mula diperkatakan sekarang ini adalah usaha terdesak Mahathir untuk mengekalkan jawatannya selaku Perdana Menteri dengan menyingkirkan Anwar Ibrahim dan penguasaan DAP yang telah memalukannya di mata rakyat dan mata dunia.

Mahathir dikatakan sedang terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam dan Bumiputera bagi tujuan tersebut. Difahamkan dari blok UMNO, Mahathir sudah dapat sokongan yang diperlukan. Manakala dari PAS pula, Mahathir perlu meyakinkan Abdul Hadi Awang, dia bukanlah Mahathir yang dapat mendengar dengan jelas, berfikir dengan penuh strategik, bercakap dengan tegas dan membuat keputusan yang tidak boleh didakwa seperti ketika dia menjadi Perdana Menteri 22 tahun dahulu.


Yang pasti, PRK DUN Semenyih adalah medan terbaik untuk mendesak Mahathir dan pentadbirannya berterus terang, mengapa Tabung Haji dirompak dan dijarah. Mengapa Tabung Haji yang dikatakan rugi ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional mampu memberikan pelbagai kemudahan termasuklah kepada pengiring dan golongan yang baru mendaftar tetapi sebaik-baik sahaja berada di bawah kekuasaan Azmin Ali, pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang menguntungkan telah dipindahkan kepada SPV yang berada di bawah Lim Guan Eng, dan sekarang ini, Tabung Haji sedang dalam kesempitan untuk meneruskan tanggungjawabnya kepada masyarakat Islam yang merupakan pendeposit utama badan tersebut?

Bukan sedikit-sedikit wang umat Islam di Tabung Haji yang sedang cuba disakau, berbelas-belas bilion ringgit!

Cerita tentang PAS tarik balik sokongan kepada UMNO dan Mahathir hendak menguasai pentadbiran dengan menyingkirkan Anwar serta DAP sebenarnya tidak ubah seperti cerita tahi cicak!

Hitam keseluruhan tapi hujungnya sedikit putih.

Thursday, February 14, 2019

MENANGIS KONON!!!! MASA INSENTIF PELADANG, PETANI DAN PEKEBUN KECIL DIPOTONG LIM GUAN ENG, MANA SUARA DAN TANGISAN SALAHUDDIN AYUB?!!!



Dalam kesibukan kempen PRK DUN Semenyih walaupun belum dimulakan secara rasmi, drama air mata sudah mula ditampilkan. Dan memandangkan majoriti pengundi di Semenyih adalah Melayu, maka air mata tersebut kononnya bersimpati dan sayu dengan malang yang menimpa orang Melayu. Biarkan berbeza lokasi, namun liputan dan penyebaran berita propaganda tersebut oleh media, menjadikan lokasi yang berbeza bukanlah satu masalah besar.

Oleh kerana orang Melayu seringkali dikaitkan sebagai petani miskin dan nelayan papa yang perlu mengharapkan bantuan kerajaan, maka Menteri yang paling layak untuk mengalirkan air mata, memburu simpati dan rasa bersalah orang Melayu sendiri adalah Menteri Pertanian.

Menteri Pertanian sekarang adalah Salahuddin Ayub.

Berita Harian Online memaparkan sebuah berita tentang bagaimana sayunya dan tersentuhnya hati Salahuddin Ayub apabila membaca sepucuk surat yang diutuskan oleh seorang petani bernama Ibas Hamud yang merupakan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

Ibas Hamud turut berada di atas pentas bersama-sama Salahuddin ketika Menteri Pertanian itu membaca suratnya.

Dan seperti biasalah, sebagai orang politik yang enggan mengakui kegagalan serta ketidakpekaan dan ketidakpeduliannya, Salahuddin beretorik kononnya dia akan membantu kaum petani dengan seberapa daya yang mungkin.

Sungguh kelakar melihat gelagat Salahuddin Ayub.

Masakan dia baru tahu tentang masalah yang membelenggu kaum petani? Takkan dia sebagai anggota kabinet tidak tahu, dasar-dasar dan polisi-polisi yang diamalkan oleh kerajaannya bukan sahaja cuba membunuh kaum petani malah, melianglahad dan seterusnya memupuskan terus sektor pertanian negara?

Dan lebih ralat lagi, masakan Salahuddin yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Ismail Sabri selepas kekalahan BN pada 9 Mei 2019 langsung tidak menyedari bahawa kerajaan BN di bawah Najib Abdul Razak telah menyediakan pelbagai insentif, peruntukan dan bantuan kepada kaum petani. Malahan, kaum petani juga diberikan wang sara hidup bagi tempoh terutama apabila cuaca dan bencana menjadi penyebab mereka kehilangan sumber pendapatan.

Bukankah sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, perkara pertama dan utama yang mereka lakukan adalah memotong dan melupuskan semua bentuk bantuan tunai kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh?

Bukankah Salahuddin sendiri yang bercakap kononnya ada 3 bilion ikan kembung di laut Malaysia yang tidak sepatutnya menyebabkan nelayan jatuh papa kerana tidak ada bantuan dari kerajaan?

Sekarang, Salahuddin nak raih sokongan dengan air mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir? Dia sudah lupa, berapa puluh ribu petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh yang kehidupan mereka sangat-sangat terjejas kerana kepincangan kerajaan sekarang?

Bukankah lebih baik kalau Salahuddin berterus terang sahaja, dia minta maaf kerana dia tidak dapat mempertahankan bantuan kepada petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah seperti yang diberikan oleh Najib Abdul Razak, kerana dia sangat takut dengan Lim Guan Eng dan dia sangat takut kehilangan jawatan yang baru dipegangnya!!!


Wednesday, February 13, 2019

CABARAN AZMIN KEPADA NAJIB, BUKAN SAHAJA DISAMBUT OLEH NAJIB TETAPI JUGA RIBUAN ORANG RAMAI YANG BERKERUMUN DI TESCO SEMENYIH!!!



Tiba-tiba TESCO Semenyih jadi tempat kerumuman ramai manusia!

Semuanya gara-gara kehadiran Najib Abdul Razak, mantan Perdana Menteri.

Malam tadi, bakal Timbalan Perdana Menteri, Azmin Ali dengan sombong dan bongkaknya ketika merasmikan Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan PRK Semenyih mencabar Najib datang dan menunjukkan diri di Semenyih. Katanya, dia sendiri akan mengejar Najib Abdul Razak.


Lebih daripada itu, kata Azmin, Melayu Semenyih tidak sama seperti Melayu Cameron Highland yang 'peghak' melihat Najib. Melayu Semenyih juga tidak sama seperti Melayu Pekan yang memberikan kemenangan dan majoriti besar kepada Najib dalam PRU-14 lalu. Melayu Semenyih adalah Melayu pekan yang menurut Azmin, lebih bijak dan lebih berfikiran intelektual.

Tetapi apa yang berlaku malam tadi, jauh berbeza daripada apa yang dikatakan oleh Azmin Ali. Azmin Ali sendiri tidak kelihatan langsung di Tesco Semenyih untuk mengejar Najib Abdul Razak seperti yang diikrarkannya.


Ribuan orang membanjiri pusat membeli belah itu, luar dan dalam. Malah sebelum ketibaan Najib lagi, di luar Tesco, orang ramai sudah sedia menunggu.

Azmin gelarkan Najib sebagai 'PENCURIKU' tapi di Tesco Semenyih, Najib bertukar menjadi 'PENCURI HATIKU'. Tagline itu juga nampaknya bermaharajalela di LIVE FBnya selain 'BOSSKU' yang dilaungkan oleh orang ramai dan ditulis oleh pengkomen LIVE FB.



Berdasarkan sambutan orang ramai di Semenyih yang bakal menyaksikan pilihanraya kecil DUN Semenyih ekoran kematian penyandangnya, Najib benar-benar seorang 'pencuri'. Bagaimanapun, lebih tepat kalau dikatakan Najib adalah pencuri hati rakyat.

Sukar untuk Pakatan Harapan dan Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan untuk menafikan, rakyat semakin bosan dan muak dengan gelagat bodoh sombong mereka sekarang. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh Pakatan, sama ada kerana mereka tidak berpengalaman atau barangkali kerana mereka terlalu seronok menjadi kerajaan.



Pada masa yang sama, rakyat mulai mempersoalkan dasar-dasar dan polisi Pakatan Harapan terhadap rakyat, khususnya orang Melayu yang dijadikan hamba undi untuk Pakatan. Terlalu banyak hak dan peruntukan untuk orang Melayu dirampas dan diserahkan kepada kaum lain, termasuklah Bantuan Sara Hidup 2019 yang menggantikan BR1M, yang sekarang ini melalui pelbagai prosedur dan borang yang perlu diisi selain perlu beratur di LHDN semata-mata untuk mendapatkan bantuan yang tidak seberapa.

Laungan 'Bossku', 'Malu Apa' dan 'Hidup' selain takbir 'Allahu Akbar' memenuhi udara sebaik-baik sahaja Najib tiba di pekarangan Tesco Semenyih pada jam lebih kurang 8:40 malam tadi.

Apa lagi yang Azmin nak katakan? Azmin tak mahu turun ke Tesco Semenyih untuk buktikan dia lebih mampu menarik perhatian dan kerumunan orang ramai ke? Kan dia pernah jadi Menteri Besar Selangor yang hebat?





DAP SUDAH MENGAMUK... SERANGAN DIMULAKAN DENGAN MEMALUKAN DAN MEROSAKKAN INTEGRITI PDRM!!!



Di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP bahawa pemergian pegawai-pegawai PDRM ke Turki dibiayai oleh syarikat nombor ramalan, satu lagi kenyataannya yang jelas cuba menunjukkan kuasa ialah mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir dan kepimpinan tertinggi PPBM menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen bekas UMNO tanpa merujuk dan tanpa kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kalau Mahathir mengisbathkan negara kepada batang tubuhnya, Lim Guan Eng pula mengisbathkan Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada DAP.

Dengan kata lain tindakan Mahathir dan PPBM telah melanggar kuasa dan kehormatan terhadap DAP yang dia adalah pemimpin tertinggi bersama-sama bapanya, Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa rombongan kerja polis ke Istanbul, Turki dibiayai oleh DA MA CAI, sebuah syarikat perjudian ramalan nombor dan diluluskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. (RUJUK SINI)


Sarawak Report yang menjadi rujukan utama Pakatan Harapan, mendedahkan, pada 10 Februari, sekurang-kurangnya 16 orang pegawai polis berpangkat tinggi telah pergi ke Istanbul untuk lawatan kerja dan portal berkenaan menganggarkan lebih kurang RM312,441 telah dibelanjakan untuk kelas ekonomi penerbangan dan hotel untuk kumpulan berkenaan.

Menurut Sarawak Report lagi, antara yang turut menemani Ketua Polis Negara itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisyener Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Datuk Seri Mohamad Salleh dan beberapa orang pegawai tinggi yang lain.

Pendedahan 'jujur' yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu seolah-olah ingin memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam bahawa PDRM pun sudah dikuasai oleh syarikat perjudian. Perjudian sekarang perlu dikompromi dan ditoleransi memandangkan syarikat perjudian yang menaja PDRM.

Satu perspektif dan persepsi yang sangat buruk untuk imej dan integriti PDRM sendiri!

Dan tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut.


Semuanya kerana tindakan Mahathir menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen Melayu ke dalam PPBM tanpa persetujuan DAP dan mengancam kedudukan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan serta orang-orangnya yang dimasukkan beramai-ramai ke Kementerian Kewangan, menjadikan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya tidak ubah seperti Pasar Cina!

Menurut Lim Guan Eng, perkara ini perlu dibincangkan semula dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Atau dalam maksud yang lain, DAP sebenarnya tidak suka PPBM menambah bilangan kerusi dan mempunyai kekuatan yang lebih baik termasuklah memperolehi sokongan apatah lagi masukan tambahan dari UMNO, PAS, Warisan mahupun GPS kerana sokongan atau masukan tersebut akan menyebabkan DAP terpinggir terus dari kemuncak kuasa.

Perlu diingat, kekuatan DAP sekarang sangat bergantung kepada undi Melayu walaupun DAP cuba berlagak sombong dengan orang Melayu. Tanpa sokongan Melayu dalam PPBM, PAN dan PKR, Lim Guan Eng yang lebih dikenali dengan nama jolokan di kalangan netizen sebagai NOBITA, tidak akan mampu menjawat jawatan Menteri Kewangan, apatah lagi setelah kelulusan akademiknya terdedah kepada umum.

Seorang penyokong kuat Lim Guan Eng yang juga merupakan pemimpin utama DAP Selangor, Ronnie Liu pula lebih keras mengecam Mahathir dan berkata, Mahathir telah melupakan janji-janjinya sendiri.

"Belum pun lama lagi, saya telah menulis surat berhubung PRU-14, Dr. Mahathir memberitahu kumpulan aktivis dan NGO yang dia tidak akan menerima katak-katak UMNO. Saya tahu kerana saya ada di situ.

"Saya mendengar dengan telinga saya sendiri... dan saya mempercayainya.

"Apabila Ahli-Ahli Parlimen UMNO lompat parti, sudah terdengar yang mereka akan diterima masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," katanya. (RUJUK SINI)


Sama seperti Lim Guan Eng, menurut Liu, salah seorang Ahli Parlimen katak tersebut, Shahbudin Yahya yang sebelum ini pernah menggemparkan apabila mendedahkan tentang skandal rumah banglo milik Lim Guan Eng dan tanah PPR Taman Manggis yang telah dijual oleh Lim Guan Eng, sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak berada di dalam PPBM.

Namun sesuatu yang sangat ketara sedang berlaku ialah, yang beria-ia menentang dan marahkan tindakan PPBM menerima 'katak-katak' berkenaan semuanya adalah Cina dan DAP atau PKR yang pro-DAP seperti Chang Li Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim.



PRK DUN SEMENYIH DAH JADI LANGKAH AZMIN DAN AMARAN KERAS MAHATHIR KEPADA PKR, DAP DAN PAN!!!



Kenyataan Mahathir bahawa dia akan bertukar parti sekiranya DAP, PKR dan PAN tidak setia kepada 'negara', sebenarnya mempunyai signifikan yang sangat besar.

Sudah tentulah 'negara' yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah batang tubuhnya sendiri. Mahathir Mohamad adalah negara. Manakala Malaysia pula dianggap menumpang batang tubuh Mahathir Mohamad.

Perkembangan terbaharu yang membawa kepada kemasukan 7 orang bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM bagi menguatkan parti pimpinan Mahathir itu, sebenarnya merupakan amaran yang cukup keras kepada Anwar Ibrahim yang khabarnya sekarang ini sedang berada di luar negara bersama-sama entiti asing yang menajanya untuk satu program yang memperkatakan tentang kuku besi.

Secara tidak langsung, PPBM sekarang sudah menguasai 20 kerusi Parlimen. Dicampur dengan kerusi-kerusi Parlimen blok Azmin Ali, setidak-tidaknya Mahathir sudah pun menguasai 40 kerusi tanpa dicampur kerusi-kerusi Parlimen Warisan Sabah.

Jadi tidak hairanlah mengapa Chang Li Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim dari PKR begitu menyinga dan mengingatkan para penyokong Pakatan bahawa mereka tidak seharusnya membiarkan UMNO 2.0 wujud. Malah Chang Li Kang juga mengatakan, Mahathir sebenarnya mengkhianati Pakatan kerana menerima kemasukan ketujuh-tujuh orang Ahli Parlimen tersebut ke dalam PPBM.

Rujuk:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/13/an-act-of-betrayal-by-dr-m-to-accept-defecting-umno-mps/

Namun berbeza dengan Azmin Ali yang kelihatan semakin yakin dan bersemangat.


Di Semenyih, ketika berkempen di Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan malam tadi, Azmin Ali terus memerli Najib Abdul Razak.

Katanya, "Ini bukan Melayu di Cameron Highland. Ini bukan Melayu Pekan. Melayu Pekan pun dah faham dah dan mahu melihat 'bossku' datang atau tidak."

Rujuk:
https://www.kinitv.com/video/70467O74

Mengejek dan menghina Melayu sudah tidak menakutkan Azmin Ali kerana Azmin Ali cukup yakin di belakangnya ada beberapa kerusi yang telah dirunding oleh Mahathir 'ikut jalan belakang' untuk menyingkirkan Anwar dan menaikkan Azmin.

Azmin sendiri sebenarnya memainkan peranan penting dalam 'kejayaan' Mahathir memperolehi kerusi-kerusi lompat. Walaupun secara luaran, Azmin adalah Timbalan Presiden PKR yang sangat bermusuh dengan UMNO namun hubungan Azmin dengan Ahli-Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO bukanlah satu perkara rahsia. Lebih-lebih lagi, Azmin sendiri merupakan keluaran kilang UMNO sebelum dia rapat dengan Anwar Ibrahim dan mengenepikan Ezam Mohd Nor yang lebih akrab dan lebih ke depan membela Anwar.

Kenyataan Mahathir bahawa ahli politik perlu 'mobile' dan dia sendiri tidak akan teragak-agak untuk bertukar parti, merupakan amaran keras kepada DAP, PKR dan PAN yang banyak memalukannya kerana menyediakan nama-nama sebagai Menteri Kabinet yang tidak berkelayakan dan ditertawakan oleh seluruh rakyat Malaysia, bahkan dunia juga!

Rujuk:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/422407/ahli-politik-perlu-bersifat-mobile

Dengan hanya 14 sahaja lagi kerusi Parlimen yang diperlukan oleh Mahathir untuk membentuk Kerajaan Majoriti 2/3, amaran keras yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR dan beberapa kata sinis pemimpin-pemimpin DAP, akan berlakukah 'rundingan jalan belakang' seperti yang dimomokkan sebelum ini dengan 32 orang Ahli Parlimen UMNO sudah bersedia untuk 'membantu' Mahathir sekaligus mengenepikan Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan kem Anwar-Wan Azizah dalam PKR?

Cerita ini sebenarnya baru sahaja bermula...

PRK DUN Semenyih merupakan Langkah Semenyih. Cuma langkah kali ini adalah langkah Mahathir, bukan lagi langkah Anwar, apatah lagi lagi Wan Azizah!


Tuesday, February 12, 2019

DEMI SELAMATKAN AIR MUKANYA DARI DITERTAWAKAN DUNIA, MAHATHIR TERPAKSA LANGGAR PANTANG 'COOLING PERIOD' DENGAN MENYERAP 7 BEKAS AHLI PARLIMEN UMNO KE PPBM!!!


7 orang bekas pemimpin UMNO dengan beberapa orang daripada mereka pernah menjawat kedudukan dalam Kabinet Najib Abdul Razak, akhirnya diterima masuk ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walaupun pada masa yang sama kenyataan Dr. Mahathir selaku Pengerusi PPBM kononnya mereka hanya akan menjadi ahli biasa dan tidak diberikan sebarang jawatan, kedudukan Kabinetnya yang sangat kritikal serta menjadi bahan lawak di kalangan media-media antarabangsa, pastinya menjadi pemangkin dan penyebab sebenar Dr. Mahathir melanggar pantang yang telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pada 28 Disember 2018, Muhyiddin Yasin yang merupakan Presiden PPBM menafikan, PPBM telah bermesyuarat untuk menerima kemasukan ketujuh-tujuh orang berkenaan ke dalam parti itu. Sebaliknya berkata, kemasukan mereka tidak boleh dibuat kerana peraturan 'cooling period'.

Kononnya juga ketujuh-tujuh orang tersebut akan melalui saringan SPRM, PDRM dan akan melihat sejauh manakah kebagusan mereka selain sumbangan mereka kepada parti. (RUJUK SINI)

Tidak sampai sebulan, keputusan nampaknya telah dibuat. Keputusan berkenaan kelihatan terlalu sinonim dengan pendedahan demi pendedahan penipuan kelulusan di kalangan menteri-menteri kabinet, termasuklah dua orang Menteri Besar PPBM.


Lebih daripada itu, keputusan menerima ketujuh-tujuh orang Ahli Parlimen bekas UMNO itu ke dalam PPBM dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan isu tentang kejayaan 1MDB apabila Lim Guan Eng secara tidak malunya selepas menjadikan 1MDB sebagai penjahat, merasmikan TRX dan bercakap tentang kejayaan projek 1MDB itu.

Mahathir perlu menggandingkan Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya dengan barisan kabinet yang lebih mantap. Setakat ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang disandang oleh Azmin Ali, Menteri Kewangan yang disandang oleh Lim Guan Eng, Bank Negara dan tokoh-tokoh yang dilantik mengetuai beberapa GLC, misalnya PNB dan Khazanah Nasional seperti tidak berfungsi.

Azmin Ali misalnya, lebih banyak berjalan dan makan angin di luar negara berbanding memacu ekonomi negara. Lim Guan Eng pula, lebih banyak berpolitik dan beretorik sambil mencuri kredit daripada hasil kerja yang telah ditinggalkan oleh Najib Abdul Razak dan Kementerian Kewangan dahulu. Manakala mereka yang mengetuai Bank Negara dan GLC pula kelihatan seperti tidak tentu arah dan hanya mahu mengambil hati Dr. Mahathir sahaja.

Pengalaman Mahathir yang selama 22 tahun mentadbir negara, ternyata gagal mengenalpasti kelemahan dan kekangan ekonomi yang dihadapi negara sekarang.

Dan kehadiran 7 orang Ahli Parlimen bekas UMNO itu sangat tepat pada masanya, walaupun pada masa yang sama, memberi ancaman kepada DAP dan PAN serta kem Anwar Ibrahim di dalam PKR.

.

SELEPAS MAJLIS 'ORANG TUA-TUA', MAHATHIR TUBUHKAN PULA MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SEMATA-MATA KERANA MENTERI KABINETNYA MEMALUKAN DAN TIDAK TAHU BUAT KERJA!!!



Selepas Council of Elders yang 'dibintangi' oleh Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti, Robert Kuok, Prof Jomo K.S dan Tan Sri Hasan Merican, kni Dr. Mahathir menubuhkan satu lagi majlis yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Ekonomi yang senarai ahli majlisnya lebih panjang termasuklah Azmin Ali dan Lim Guan Eng, selain Rafidah Aziz.

Gambaran-gambaran dan kempen-kempen sebelum PRU-14 kononnya Malaysia sedang berhadapan dengan kemuflisan, akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Pun begitu, Mahathir dan kerajaannya masih juga menyalahkan Najib dan pentadbiran Barisan Nasional yang mereka tumpaskan pada 9 Mei 2018.

Dan yang paling kerap menjadi momokan adalah 1MDB. Di mana-mana, dan lebih-lebih utama dari mulut Lim Guan Eng, 1MDB adalah penyebab kepada hutang negara yang banyak.

Anehnya, dalam berita yang dipaparkan oleh media, Lim Guan Eng kelihatan sangat berbangga dengan pelaburan yang masuk menerusi Bandar TRX.

Rujuk:
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/the-exchange-trx-terima-pelaburan-rm2-15-bilion-1.839228

Dan sudah pastilah, sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan 1MDB akan tahu, siapakah sebenarnya pemilik The Exchange TRX.


Berbeza daripada momokan Lim Guan Eng dan Mahathir, 1MDB tidak pernah cuba dilupuskan dan aset-asetnya dicairkan untuk membayar hutang-hutangnya yang kononnya membebankan negara. Sebaliknya sebaik-baik sahaja memegang jawatan Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir adalah memasukkan orangnya ke dalam 1MDB.

Pengerusi 1MDB sekarang adalah Asri Hamidon.

Rujuk: 
http://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-gets-new-chairman-exco-run-daily-ops

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi secara tidak langsung menunjukkan Pakatan Harapan sebenarnya telah gagal dalam mentadbir dan menguruskan negara ini walaupun dibekalkan dengan rezab tunai yang cukup banyak dan prasarana pelaburan yang cukup besar oleh pentadbiran Najib Abdul Razak.

Suku Ketiga 2018, data-data ekonomi termasuklah pengeksportan, kemasukan pelaburan, pembuatan dan sebagainya menunjukkan penurunan yang sangat ketara.

Rujuk:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=100&bul_id=NUtDV2RPTktsZXRjMlcxWXpHS0RYZz09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09


Justeru tindakan Dr. Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi yang mana dia sendiri adalah Pengerusinya, mungkin gambaran sebenar tentang kegagalan kerajaannya. Barisan menteri kabinetnya sekarang bukan sahaja telah memalukan Dr. Mahathir ke serata dunia dengan kepandiran mereka, tetapi juga penipuan kelulusan akademik mereka, yang mana beritanya turut dipetik oleh pelbagai agensi berita asing, ditambah pula dengan kegagalan Peguam Negara pilihan Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng, Tommy Thomas dalam beberapa kes Najib, bakal menjadikan Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir lebih ditertawakan berbanding tuduhan KLEPTOKRASI.

Mahathir nampaknya tenggelam dalam cerita-ceritanya sendiri. Lim Guan Eng dan DAP serta Azmin Ali yang sebelum ini bercakap hebat tentang betapa teruknya ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Najib, kini terpaksa bergelut untuk mempertahankan apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran Najib sekurang-kurangnya untuk ekonomi dan kewangan Malaysia.


Bagaimanapun selepas 9 bulan menjadi Kerajaan, apa yang rakyat dapat saksikan ialah kemelut ekonomi yang semakin teruk melanda semua sektor. Kos sara hidup tidak berkurangan, bahkan semakin naik. Semua janji Pakatan hanya tinggal janji. Malahan, gaji minima dan peluang pekerjaan yang dijanjikan pun, hilang entah ke mana.

Yang rakyat khususnya orang Melayu nampak sekarang ialah, betapa kalutnya Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Kerajaan Pakatan mencairkan aset-aset entiti yang berkaitan Melayu, Bumiputera dan Islam. Malah lebih teruk dari itu, di sebalik alasan negara tidak ada wang, boleh pula Lim Guan Eng tanpa menggunakan saluran Parlimen, menyalurkan bantuan dan peruntukan berbelas-belas juta kepada sekolah-sekolah persendirian dan kolej-kolej swasta Cina!

Mungkin inilah KUALITI KERAJAAN yang diterajui oleh para pemegang ijazah palsu!


Kata Penasihat Media Perdana Menteri, A.Kadir Jasin, "Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan kegagalan Kabinet dalam menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat, kata Datuk A Kadir Jasin.

Penasihat khas media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, selepas 8 bulan Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya, pentadbiran 4 parti itu belum menampakkan hasil yang boleh dirasai rakyat.


 
Blogger Templates